Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
1.Sejauhmanakah agama Wathani merupakan agama utama masyarakat Arab…
1.Sejauhmanakah agama Wathani merupakan agama utama masyarakat Arab Jahiliah.
Pendahuluan
Sebelum kedatangan islam terdapat zaman yang dikenali sebagai zaman jahiliah. Jahiliah ini merujuk kepada perkataan jahil di mana masyarakatnya tiada petunjuk tetapi mempunyai kemahiran dalam segi ilmu pengetahuan.
Masyarakat ]pada zaman ini tidak mempunyai sebarang kitab petunjuk sebagai panduan mereka dan hanya mengikuti amalan nenek moyang terdahulu.
Oleh itu, wujudlah beberapa agama yang diamalkan antaranya seperti agama wathani yang merupakan agama utama masyarakat arab jahiliah, anmun terdapat juga lain seperti agama majusi, yahudi, hanif dan kristian.
Agama Wathani
Merupakan agama yang paling utama dan dikenali juga sebagai agama berhala yang berasal daripada perkataan wathan yang merujuk kepada berhala.
Agama ini merupakan agama yang mempunyai penganut besar di Semenanjung Tanah Arab Jahiliah.
Pengasas agama wathani ialah Amru bin Luhay.
Amru yang membina berhala tersebut dengan batu,kayu, logam dan sebagainya.
Kota Makkah merupakan pusat untuk menyembah berhala buktinya terdapat kira-kira 360 patung berhala di sekeliling kaabah.
Antara berhala yang terkenal adalah Al-Latta, Al- Uzza, Al- Mannat dan Al- Hubal.
Oleh itu, tidak boleh dinafikan bahawa agama wathani merupakan agam yang paling ramai pengikutnya di tanah arab walaupun ada dalam kalangan mereka menyedari bahawa penyembahan berhala tidak membawa manfaat.
Agama Majusi
Selain agama wathani terdapat juga agama lain yang dianuti oleh masyarakat arab jahiliyah seperti agama majushi.
Agama ini berasal dari Prasi yang diasaskan oleh Zarathusra dan tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi yang diutuskan oleh Allah SWT malah mereka menafikan bahawa nabi-nabi utusan tersebut benar.
Agama ini terbahagi kepada tiga iaitu, Zarawaniyah, Kayurmathiah dan Zardushtiah.
Cara penyembahan mereka adalah dimana pendeta majusi akan menyembah matahari empat kali sehari.
Tegasnya, masyarakat jahiliah masiha tetap menganuti agama majusi ini walaupun tiada nabi dan kitab suci sebagai panduan.
Agama Yahudi
Agama ini diasaskan oleh Bani Israel di Tanah Arab dan agama berasal dari Palestin.
Agama ini mula bertapak di Madinah apabila masyarakat Palestin memasuki dan mendiami Yaman.
Agama ini mempunyai kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa A.S.
Isi kandungan asal kitab ini telah diubah oleh orang Yahudi untuk memenuhi kepentingan mereka.
Kekayaan yang berjaya dimiliki oleh penganutnya telah menarik minat masyarakat arab jahiliah untuk menganut agama yahudi ini.
Di Madinah, agama ini dianuti oleh bani Nadhir, Qainuqa` dan Quzairah.
Jelah bahawa, agama yahudi ini telah terprsong daripada ajaran asalnya demi memenuhi kepentingan penganutnya.
Agama Hanif
Agama hanif ini diturunkan kepada nabi Ibrahim dan penganutnya digelar hunafa.
Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi mentauhidkan Allah sebaagi Tuhan yang Esa.
Hanya sebahagian kecil masyarakat arab jahiliah yang menganut agama ini.
Penganut agama ini tidak mengamlkan amlan agama lain ataupun amalan nenek moyang mereka yang turun temurun serta meningglkan amalan tradisi jahiliah seperti minum arak, berjudi, dan makan bangkai.
Antara rokoh yang manganuti agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan nabi Muhammad saw sendiri.
Jelaslah bahawa, penganut agama ini menentang segala agama dan kepercayaan yang menjadi amalan masyarakat jahiliah sebelum Islam.
Agama Kristian
Agama ini mula bertapak di kota Makkah pada abad ke-4 Masihi apabila kerajaan Rom meluaskan pengaruh dan kuasanya di Yaman.
Anyara pengaruh terawal agama ini ialah penduduk di selatan Tanah Arab, iaitu kaum Taghlil, Ghassan dan Qudhah yang merupakan penduduk Yaman.
Penganut ini juga terdiri daripada kaum bani Israel.
Penganut ini percaya kewujudan dan kebesaran Allah SWT dan mempunyai kitab suci iaitu kitan Injil yang diturnkan kepada nabi Isa A.S sebagai panduan namun, kitab ini telah diubah kandungan atas tujuan peribadi menyebabkan agama ini terpesong daripada konsep asalnya.
Tegasnya, agama kristian telah menjadi agama sesat apabila kitabnya diubah.
Kesimpulan
Agama wathani merupakan agama utama yang dianuti oleh sebahagian besar masyarakat Arab Jahiliah.
Namun begitu, masih juga terdapat agama-agama lain.
Kedatangan Islam selepas kejatuhan empangan Maarib telah membawa kepada perubahan kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dari segi sosial, politik, agama dan kepercayaan mereka.