Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ciri-ciri seni bina Islam Moghul di India dari abad ke-16 hingga 17 Masihi…
ciri-ciri seni bina Islam Moghul di India dari abad ke-16 hingga 17 Masihi.
PENGENALAN
Seni bermaksud sesuatu yang bersifat halus atau lembut dan mengandungi unsure-unsur keindahan. Seni bina membawa maksud keindahan yang dicetuskan daripada kemahiran dalam binaan, reka bentuk binan dan pertukangan.
Seni bina Islam merupakan salah satu cabang kebudayaan dan ketamadunan Islam yang dihasilkan manusia
zaman kerajaan Moghul di India menyaksikan perkembangan seni bina mengagumkan hasil gabungan seni bina Arab dengan seni bina tempatan dan Parsi. Monument seni bina terkenal di India seperti Taj Mahal di Agra, Kota Merah di Delhi dan Makan Humayun di Delhi.
Terdapat beberapa ciri-ciri seni bina Islam Moghul di India dari abad ke-16 hingga 17-Masihi.
ISI 1
PENGARUH DALAM SENI BINA TEMPATAN
Dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran, agama dan cuaca tempatan.
Turut dipengaruhi seni binaan Arab, Turki dan Parsi.
Contohnya Masjid Lapan Mutiara yang dilengkapi kubah-kubah berbentuk baharu berupa bunga teratai membuktikan pengaruh Parsi dalam seni bina Moghul.
ISI 2
BAHAN BINAAN
Bahan binaan terdiri daripada batu dan kayu sebagai sumber asas.
Kebanyakan bahan binaan adalah mahal dan berkualiti seperti batu marmar dan batu-batuan merah.
Batu-bata dijadikan asa binaan bangunan-bangunannya yang terdiri daripada pelbagai saiz.
ISI 3
KUBAH BERBENTUK BAHARU
Antara ciri seni bina Moghul ialah terdapatnya kubah-kubah masjid berbentuk baharu berupa bunga teratai dan bebawang yang mempunyai puncak mengecil dan meruncing.
Antaranya, Masjid Lapan Mutiara di Agra.
Binaan kubah menggabungkan gaya Arab, Parsi dan tempatan.
ISI 4
MASJID MEMPUNYAI LEBIH DRPD 1 MIHRAB
Di kompleks Taj Mahal, didirikan masjid-masjid seolah-olah mempunyai tiga hingga tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan.
Terdapat masjid-masjid lain yang berdinding tebal, tiada tingkap dan dibuat kosong tanpa sebarang hiasan. Identitinya hanya terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja.