Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
sumbangan Imam al-Ghazali dalamm bidang falsafah. - Coggle Diagram
sumbangan Imam al-Ghazali dalamm bidang falsafah.
PENGENALAN
Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali. Beliau dilahirkan di desa Ghazalah, pinggir Kota Thus, timur laut Iran. Gelaran al-Ghazali bersempena keijaya bapanya sebagai pemintal bulu kambing (al-GhazzaI). Pendapat lain mengatakan gelaran itu diambil sempena nama kampung kelahirannya, Ghazalah.
Imam al-Ghazali pemah menyandang jawatan pengetua di Madrasah Nizamiyah, Baghdad selama 5 tahun (1091-1095M). Di universiti tersebut, beliau menyampaikan kuliah dalam bidang fiqh dan teologi
ISI 1
HASIL KARYA FALSAFAH
Imam al-Ghazali telah mengarang lebih daripada 300 kitab. Namun, sebahagian besar hasil tulisannya hangus dibakar tentera Mongul yang menyerang kota Baghdad.
Penulisan Imam al-Ghazali meliputi skop ilmu yang sangat luas, merangkumi bidang falsafah, keagamaan, kenegaraan dan tanggungjawab seorang ketua negara.
Sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah bermula dengan penulisan kitab Maqasid-Falasifah (Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah. Kitab Tahajut al-Falasifah (Kekacauan Para Filosofi) yang membincangkan penyelewengan falsafah Barat tentang fizik dan metafizik daripada sudut pandangan Islam.
ISI 2
MENYELAMATKAN UMAT ISLAM DARIPADA PENGARUH FALSAFAH YUNANI
kemunculan Imam al-Ghazali bertepatan dengan suasana ketika pemujaan terhadap falsafahYunani telah mencapai kemuncaknya hingga menggoncang akidah umat Islam.
meskipun fahaman rasional dalam mazhab Muktazilah tidak lagi menggugat Ahl as-Sunnah wa alJamaah, namun umat Islam serta sebahagian ulama masih terancam dengan pengaruh falsafah yunani
para ulama tradisional ketika itu tidak begitu mahir dengan aliran Neo-Platonisme lalu tidak berupaya mematahkan kemaraan falsafah Yunani yang dianuti oleh sebahagian ahli falsafah Islam
ISI 3
MEMURNIKAN FAHAMAN TERHADAP ILMU FALSAFAH
Sejak abad ke-3H pemikiran dan falsafah Yunani (Greek) meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam secara meluas setelah berlakunya kegiatan terjemahan karya tamadun Yunani.
Adalah suatu kebenaran bahawa tamadun asing samada Yunani, Mesir, India atau China banyak mempengaruhi perkembangan tamadun Islam terutamanya dalam bidang sains tabie.
Pada hakikatnya Islam menggalakkan perkembangan ini. Tetapi apabila ilmu metafizik dan ketuhanan asing turut diterjemah, maka ia mula mempengaruhi dan mengancam kemurniaan ajaran Islam khususnya akidah umat Islam.
ISI 4
MENGKLASIFASIKAN UMAT ISLAM YANG MEMBAHASKAN ILMU FALSAFAH
Teologi (Ilahiyyun) iaitu golongan yang membincangkan soal-soal ketuhanan seperti Plato, Aristotle dan Secretus. Mereka membahaskan perkara-perkara berkaitan ketuhanan dengan bersumberkan akal semata mata.
Atheis (Dahriyyun) iaitu golongan mengingkari wujudnya Pencipta yang mentadbir seluruh alam.