Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
perkembangan ilmu aqli pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusia dari abad …
perkembangan ilmu aqli pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusia dari abad
ke-11 hingga 13Masihi.
PENGENALAN
Ilmu aqli adalah ilmu bersumberkan akal dan dibahagikan kepada ilmu sains tahii, sains sosial dan sains kemanusiaan
Ilmu aqli menduduki taraf kedua selepas ilmu naqli kerana ilmu ini bersumberkan pemikiran yang ada kalanya benar dan ada kalanya salah.
Galakan pemerintah dan minar terhadap bidang intelektual menyebabkan berlaku perkembangan pesat dalam bidang ilmu aqli di Andalusia pada abad ke-11 hingga 13 Masihi
ISI 1
ILMU FALSAFAH
Golongan intelektual Islam di Andalusia berjaya menggabungkan ilmu falsafah Yunani dengan ilmu falsafah Islam. Ilmu falsafah berkembang pesat di Andalusia Ketika masyarakat Eropah berada dalam Zaman Gelap
Karya-karya ilimiah dan falsafah didatangkan dari Timur dalam jumlah yang besar sehingga
Cordova mempunyai perpustakaan dan universiti yang dapat menyaingi kemegahan Baghdad
sebagai pusat ilmu.
Abad ke-12M menyaksikan zaman keagungan ilmu falsafah di Andalusia. Ibn Bajjah atau Avempace (1095-1138M) terkenal dengan karya falsafahnya, Tadbir al-Mutawahhid. Beliau menulis huraian tentang logik, metafizik dan mengulas karya Aristotle.
ISI 2
ILMU PERUBATAN
Ibn Zuhr (1094-1162M) merupakan ahli perubatan, pakar klinikal dan parasitologi paling terkenal pada zaman pertengahan. Beliau menekankan aspek pemerhatian dan uji kaji. Beliau doctor pertama yang menguji ubat-ubatan ke atas haiwan sebelum memberinya kepada manusia.Dianggap parasitologipertama kerana menerangkan tentang kudis dan hama gatal dengan mendalam.
Ibn Rushd (1126-1198M) terkenal dalam bidang falsafah turut menghasilkan karya perubatan, antaranya al-Kuliyyat fi al-Tibb yang membicarakan tentang anatomi fisiologi, penyakit-penyakit, ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan
ISI 3
ILMU SEJARAH
Ilmu sejarah antara bidang ilmu paling berkembang di Andalusia. Marwan Ibn Hayyan Ibn Khaliaf (987-1075M) dilaporkan menulis tidak kurang 50 buah karuya sejarah. Antaranya al-Muqtabis fi Tarikh Rijal al-Andalus yang menceritakan sejarah tokoh-tokoh ilmuwan, para pemerintah dan umat Islam Andalusia sejak Andalusia dibuka hinggalah ke zamannya.
Tokoh sejarah yang lain ialah Ibn Said al-Maghribi dengan karyanya Kitab al-Maghrib dan Abu alRashid dengan karyanya Kitab al-Mu’jib fi Talkhis al-Maghrib. Kedua-dua karya ini menceritakan
sejarah pemerintahan Khalifah Muwahiddun di Andalusia.
ISI 4
ILMU GEOGRAFI
Ilmu geografi penting atas sebab-sebab dan keperluan keagamaan, ketenteraan dan pemerintahan di samping semangat intelektual serta sifat ingin tahu tentang dunia. Bidang geeografi dan sejarah saling berkaitan. Meskipun bidang geografi sangat dipengaruhi pandangan Ptolemy, namun ahli geografi muslim telah memberi sumbangan besar melalui pemerhatian dan pengkajian lanjutan.
Sumbangan Andalusia yang terbanyak dalam bidang geografi adalah dari segi pengembaraan. IbnJubair (1145-1217M) yang terkenal dengan karyanya Rihlah Ibn Jubair yang menceritakan tentang perjalanannya dari Valencia ke Makkah. Antara tempat yang dilawatinya termasuklah Iskandariah, Cairo, Kufah, Baghdad, Aleppo, Damascus dan Sicily