Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
sistem pendidikan pada zaman Khalifah Umayyah pada abad ke7M hingga 8M -…
sistem pendidikan pada zaman Khalifah Umayyah pada abad ke7M hingga 8M
PENGENALAN
Pada zaman Khalifah Umayyah, berlaku perkembangan pesat dalam bidang pendidikan yang didorong keutuhan kerajaan itu sendiri, perkembangan ilmu dan masyarakat Islam, gerakan agama, falsafah dan sejarah
Usaha-usaha memperkasa bidang pendidikan dapat dilihat melalui usaha Khalifah Umayyah menjadikan kota-kota utama seperti Damsyik, Kufah dan Basrah sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.
INSTITUSI PENDIDIKAN
ISI 1
MASJID
Masjid-masjid di Damsyik seperti Masjid Umawi merupakan pusat pendidikan dan penyebaran ilmu agama
Masjid-masjid di Basrah dan Kufah merupakan pusat pengajian bahasa dan nahu secara saintifik berikutan pengislaman bangsa-bangsa bukan Arab.
Pada zaman Khalifah Umayyah, tanda-tanda bunyi dalam tulisan Arab seperti dhammah, fathah, dan kasrah telah diperkenalkan untuk memudahkan orang bukan Arab mempelajari alQuran dan hadis.
Kurikulum yang diajar di masjid adalah ilmu-ilmu naqli seperti ilmu tafsir dan hadis. kaedah pengajaran di masjid adalah dalam bentuk syarahan bebas.
ISI 2
ISTANA
Istana Khalifah menjadi pusat pendidikan untuk para putera khalifah dan anak-anak pembesar.
Guru-guru berpengalaman dijemput khas termasuk guru bukan Islam.
Mata pelajaran utama adalah sejarah, kesusteraan, ilmu pidato, dan akhlak.
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan sering mengundang para cendekiawan ke istananya di Damsyik untuk membincangkan pelbagai disiplin ilmu pengetahuan, khasnya ilmu sejarah.
ISI 3
KUTTAB
Kuttab merupakan sekolah sekolah permulaan yang menekankan pengajian dan asas ilmu agama sebagai persediaan melangkah ke tahap pengajian lebih tinggi iaitu halaqah yang diadakan di masjid
pada zaman Khalifah Umayyah terdapat 2 jenis kuttab iaitu kuttab untuk orang awam yang dikenakan yuran pengajian dan kuttab al-Sabil untuk kanak-kanak miskin di mana pendidikannya diberi secara percuma
DASAR PENDIDIKAN
ISI 4
Pendidikan percuma untuk golongan miskin di kuttab dan pengajian terbuka di masjid-masjid.
Tiada sukatan kurikulum khas ditetapkan, namun ia berkaitan dengan ilmu fardu ain dan fardu KIFAYAH
Pendidikan formal berlangsung di istana, madrasah dan kuttab, manakala non-formal di masjidmasjid.
Khalifah dan Gabenor memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan pada zaman Khalifah Umayyah
ISI 5
TENAGA PENGAJAR
guru-guru dibayar gaji oleh kerajaan dan ada yang berkhidmat secara sukarela.
terdiri daripada pelbagai mazhab yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran berbeza mengikut tahap pendidikan masing-masing.
ISI 6
KURIKULUM PENDIDIKAN
Bidang pendidikan yang paling berkembang pesat ialah ilmu naqli seperti tafsir al-Quran, hadis, fiqh dan sebagainnya
● Ilmu aqli seperti muzik dan puisi bertemakan cinta dan kasih sayang berpusat di kota Mekah,
Madinah dan Damsyik. Perkembangan ilmu ini digalakkan Khalifa Umayyah untuk melalaikan umat islam dari pemasalahan untuk memilih khalifaah