Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam - Coggle Diagram
falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam
PENGENALAN
Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa istilah khusus antaranya tarbiyah, ta’lim, tadris, ta’dib dan irsyad. Pendidikan merupakan satu proses abadi yang membawa perkembangan mental dan fizikal serta kesedaran manusia terhadap Tuhan.
Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa istilah seperti tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu, ta’lim iaitu proses pemindahan ilmu, ta’dib iaitu proses pembentukan sahsiah sebagimana yang kehendaki oleh Islam dan irsyad iaitu petunjuk berasaskan syariah
ISI 1
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Merupakan Proses Pendidikan Sepanjang Hayat. Tiga elemen falsafah yang kaitkan dengan pendidikan Islam ialah akidah, ilmu dan amal .Bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Kebebasan kepada semua orang untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina, kekayaan dan warna kulit.
Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan atau fardhu, sama ada kepada kaum lelaki mahupun wanita.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab kepada setiap individu untuk mencari ilmu kerana agama Islam sendiri
memandang tinggi dan menghormati orang yang menuntut ilmu.
CIRI CIRI PRNDIDIKAN ISLAM
ISI 2
SUMBER UTAMA BERLANDASKAN AL-QURAN DAN AL SUNNAH
Sumber yang sah dan hakiki, diikuti sunnah atau hadis Rasulullah SAW.
berpandukan sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan parkara-perkara yang tidak dapat diterangkan secara jelas oleh sumber al-quran dan sunnah.
Fokus utama ialah memenuhi keperluan kerohanian, menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan hati, pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa merdeka
ISI 3
MEMPERTINGKATKAN DAYA PEMIKIRAN
Tahap pemikiran yang tinggi, seseorang itu dapat membuat pelbagai pekerjaan dan menambahkan daya
kreativitinya
Memperlengkapkan akhlak manusia sesuai dengan fungsi kejadian manusia sebagai khalifah dan hamba Allah SWT yang wajib mengamalkan nilai-nilai akhlak bertunjangkan amal ma’ruf NAHI MUNGKAR
ISI 4
MEMENUHI KEPERLUAN KEROHANIAN
Menanamkan kepercayaan dan pemikiran dan hati, Pemulihan akhlak .Membangunkan jiwa merdeka
dan Menekankan nilai dan keikhlasan manusia yang bekerja atau melakukan sesuatu kerana Allah SWT
ISI 5
MELENGKAPKAN KEPERLUAN SOSIO-BUDAYA
Seseorang individu akan dapat melengkapkan sosiobudaya kehidupannya dengan membekalkan
kemahiran, kesenian, termasuk muzik, syair, khat, seni bina dan lain-lain
Merupakan satu proses sepanjang hayat dan bersifat dinamis. Setiap individu diberi kebebasan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tanpa mengira jantina, warna kulit, kedudukan atau kekayaan.