Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
pelaksanaan sistem cukai pada zaman Abbasiyah dari abad ke 9 hingga 11 …
pelaksanaan sistem cukai pada zaman Abbasiyah dari abad ke 9 hingga 11
masihi
PENGENALAN
Pada zaman Khalifah Abbasiyah wujud dua buah diwan (jabatan) utama iaitu Diwan alJund (Jabatan ketenteraan) dan Diwan al- Kharaj (Jabatan Percukaian).
Setiap diwan diketuai seorang pegawai tadbir yang bertanggungjawab menjalankan urusan tertentu mengikut keperluan negara.
Pelaksanaan cukai pada zaman kerajaan Abbasiyah meliputi sumber utama iaitu kharaj, jizyah dan usyur.
ISI 1
PENUBUHAN DWAN AL- KHARAJ
Diwan al-Kharaj merupakan Jabatan Percukaian Negara yang mengendalikan semua perkara
yang berkaitan dengan pentadbiran cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian
Jabatan ini diketuai oleh seorang pegawai yang berkuasa melantik wakil-wakil pemungut cukai
dan menentukan jumlah cukai mengikut keadaan dan kawasan tertentu
Hasil pungutan kharaj yang diperolehi begitu besar dan dianggap penyumbang utama baitumal
negara.
ISI 2
PELAKSANAAN KHARAJ
Kadar kharaj yang dikenakan tidak sama antara Kawasan
Faktor yang menentukan kadar kharaj termasuk lokasi kawasan, kualiti tanah, penggunaan alat
siraman dan kualiti benih tanaman
Bayaran kharaj dibayar dalam bentuk mata wang dan harta benda. Minima 10 dirham dikenakan
bagi setiap unit tanah pertanian.
Kharaj juga merupakan salah satu sumber terpenting baitumal berikutan kemajuan pesat dalam
bidang pertanian dan pembangunan negara.
ISI 3
PELAKSANAAN JIZYAH
Khalifah Abbasiyah telah mengembalikan sistem pungutan jizyah seperti mana zaman khulafa al-Rasyidin 48 dirham ke atas golongan kaya, 24 dirham ke atas golongan pertengahan dan 12 dirham ke atas golongan miskin.
Pelaksanaan pungutan cukai jizyah dipantau oleh gabenor-gabenor wilayah yang diantik oleh
khalifah.
Golongan yang dikecualikan jizyah termasuk orang perempuan, kanak-kanak, orang tua, fakir
miskin, golongan cacat dan lemah hamba dan golongan sakit berpanjangan
ISI 4
PELAKSANAAN USYUR
Kadar usyur berbeza terhadap jenis pedagang dan berdasarkan nilai dagangan.
Cukai 2.5% dikenakan ke atas peniaga Islam, 5.0% ke atas peniaga kafir harbi.
Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200-dirham apabila cukup kadar nisabnya.
Zaman Abbasiyah mencapai kemajuan ekonomi yang pesat dalam sektor perdagangan,
perindustrian dan pertanian.
Usyur digunakan untuk pembangunan Negara seperti menyediakan kemudahan tempat- tempat
perniagaan dan sebagainya.