Nilaikan sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang Matematik, Astronomi dan Geografi.

Bidang Matematik

Mempelopori ilmu algebra moden

Karya Al-Mukhtasar fi Hisab Al-Jabr wa al Muqabalah menjadi rujukan penting dan permulaan perkembangan ilmu algebra moden

Terdapat lebih 800 contoh algebra

Kewujudan contoh yang banyak ini memudahkan muridnya Thabit Ibn untuk meneruskan penyelidikan
yang lebih mendalam dalam bidang berkenaan

Al-Khwarizmi dikenali sebagai 'Bapa Imu Algebra'

Sumbangannnya dalam
memperkenalkan jurusan aritmetik iaitu al-Jabar.

Al-Jabar secara ringkasnya merupakan satu
bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan

Melalui kaedah penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan

Bentuk pengiraannya yang menggunakan simbol tertentu
dikenali sebagai algebra dalam ilmu matematik moden

Bidang astronomi

Penciptaan peralatan astronomi

Al-Khwarizmi berjaya mencipta beberapa peralatan berkaitan astronomi termasuk jam dan alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang.

Hasil karya

Buku berjudul Zaij al-Sindhind membincangkan tentang peredaran matahari, bulan dan lima planet yang diketahui ketika itu

Al-Khwarizmi merupakan tokoh pertama yang menghitung jadual astronomi dan memperkenalkan sifir trigonometri.

Istikhrai Tarikh al-Yahudi berkaitan takwim Yahudi.

Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat yang membicarakan tentang alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari

The Book of Astronomi Table berkaitan dengan gerhana dan fasa-fasa bulan

Sumbangan kepada umat Islam

Ilmu kaji bintang dan ilmu falak al-Khwarizmi membantu memudahkan umat Islam dalam urusan ibadah termasuk melihat anak bulan untuk memulakan puasa

Golongan pelayar Islam juga memperoleh manfaat dari penemuan ilmu astronomi al-Khwarizmi.

Bidang Geografi

Hasil karya

Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) berkaitan beberapa koordinat lokasi di Laut Mediterranean, Asia dan Afrika berdasarkan buku geografi Ptolemy.

Beliau tidak hanya menyemak pandangan Ptolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakarkan peta dunia

Kitab Taqwinul Buldan yang menerangkan secara terperinci buku penulisan Bethmulus dengan berpandukan buku lama beliau iaitu Kitab Surat al-Ard

Lakaran peta dunia

Al-Khwarizmi merupakan saintis pertama berjaya melakar peta dunia

Beliau melakukan pemantauan dan kajian terhadap bumi bersama 70 ahli geografi yang lain.

Menghitung garisan Khatulistiwa Bumi

Al-Khwarizmi pernah menghitung Garisan Khatulistiwa bumi dan mendapati ukurannya ialah 40.248 km berbanding penemuan kini ialah 40.070 km