5.Bincangkan pengurusan institusi baitulmal pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke 9 Masihi hingga 11 Masihi

Pendahuluan

Baitulmal merupakan perbendaharaan atau institusi bertanggungjawab menyelenggarakan pendapatan dan perbelanjaan negara.

Khalifah Abbasiyah(750-1258M/132-656 H) merupakan zaman paling kaya dalam sejarah kekhalifahan Islam sehingga digelar zaman keemasan Islam(golden age).

Pengurusan dan pelaksanaan baitulmal zaman Khalifah Abbasiyah melalui tiga fasa iaitu zaman pembinaan dan pemantapan,zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan.

Pentadbiran baitulmal

Khalifah Abbasiyah melantik para pegawai khas menguruskan baitulmal di peringkat pusat manakala gabenor mengetuai pentadbiran baitulmal di peringkat wilayah.

Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan untuk memungut sumber-sumber baitulmal.

Keberkesanan Diwan al-Kharaj(Jabatan Percukaian) pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid dalam meraih pentadbiran turut membantu meningkatkan pendapatan baitulmal.

Khalifah telah memerintahkan Abu Yusuf Yaaqub,qadi besar Baghdad agar menyusun segala peraturan percukaian untuk dijadikan panduan dalam pentadbiran negara dan memudahkan amil baitulmal bertugas memungut cukai serta mengelakkan penindasan terhadap rakyat.

Sumber baitulmal

Sumber utama perbendaharaan negara yang disimpan di baitulmal diperolehi daripada umat Islam melalui pungutan zakat termasuk zakat harta benda seperti emas dan perak,zakat pertanian,zakat ternakan,zakat emas dan perak.

Sumber drpd orang bukan Islam diperolehi drpd bayaran jizyah(cukai perlindungan).

Selain itu,kharaj(cukai tanah) dan usyur(cukai perniagaan) dikenakan ke atas orang Islam dan bukan Islam mengikut kadar yang ditentukan pemerintah.

Baitulmal mendapat sumber drpd ghanimah(rampasan perang) dan al-fay(harta rampasan).

Sumber terbesar baitulmal zaman Khalifah Abbasiyah ialah kharaj dan usyur berikutan peluasan kuasa dan perkembangan pesat ekonomi negara.

Pengurusan sumber baitulmal

Pada peringkat awal kerajaan Khalifah Abbasiyah,kebanyakan dana baitulmal digunakan untuk tujuan ketenteraan termasuk pembelian peralatan senjata dan membayar gaji tentera.

Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid,baitulmal mencapai zaman kemuncak sehingga berjaya memainkan peranan penting dalam pelbagai bidangg pentdbiran dan pembangunan negara seperti pembayaran gaji kakitangan kerajaan dan tentera,manaja kegiatan keilmuan,mendirikan masjid,sekolah,hospital,terusan air dan sebagainya.

Namun,dari semasa ke semasa ternyata bebanan baitulmal semakin meruncing terutamanya kos menjaga kota Makkah dan Madinah pada musim haji,menjamin keselamatan para jemaah yang semakin bertambah dan membayar gaji tentera istana semakin meningkat.

Bermula zaman Khalifah al-Radhi,keadaan baitulmal semakin meruncing sehinggakan tidak mampu membayar gaji tentera,malah pda masa tersebut harga barangan melambung tinggi.

Pada zaman Khalifah al-Qadir,sumber baitulmal mengalami sedikit pemulihan disebabkan kejayaan tentera Abbasiyah memenangi peperangan di Turki,Wasit dan Basrah.

Kesannya,kerajaan memperoleh harta rampasan perang yang banyak.

Peranan umum baitulmal

Baitulmal zaman Khalifah Abbasiyah berperanan sebagai institusi atau perbendaharaan yang menyelenggarakan pendapatan dan perbelanjaan negara.

Menguruskan harta umum,tempat penyimpanan barangan berharga dan barangan amanah seperti harta wakaf.

Peranan baitulmal sebagai wakil dalam menguruskan segala harta dan membelanjakan demi kepentingan rakyat dan negara.

Penutup

Pengurusan baitulmal zaman Khalifah Abbasiyah mengalami tiga peringkat iaitu zaman pembinaan,zaman kegemilangan dan zaman kemerosotan sehinggalah kerajaan Abbasiyah diserang dan dikalahkan oleh orang-orang Tartar,sekaligus membolehkan puak tersebut menguasai perbendaharaan kerajaan Abbasiyah.