Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
6.Bincangkan pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke…
6.Bincangkan pelaksanaan zakat pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke-9 hingga 11 Masihi
Pendahuluan
Zakat dari segi bahasa barasal drpd perkataan dasar zaka yang bererti penambahan dan penyucian.
Dari segi syarak,zakat bermaksud sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang berhak menerimanya.
Zakat terbahagi kpd zakat fitrah dan zakat harta.
Zakat merupakan rukun Islam kelima dan mula difardukan pada tahun 2 Hijrah.
Pelaksanaan zakat diteruskan khalifah-khalifah selepas kewafatan nabi.
Kerajaan Abbasiyah dianggap period yang paling kaya dalam sejarah kekhalifahan Islam selepas digelar zaman keemasan Islam(golden age).
Pentadbiran institusi zakat
Setelah mengambil alih pemerintahan dari kerajaan Umayyah,Khalifah Abbasiyah masih meneruskan,malah mengukuhkan lagi dasar dan pelaksanaan zakat.
Kadi yang pakar dalam bidang syariah dilantik terus dari kerajaan pusat bagi melicinkan pengurusan dan pentadbiran zakat.
Pentadbiran institusi zakat di peringkat pusat berada di bawah kuasa khalifah manakala peringkat wilayah berada di bawah gabenor.
Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan untuk urusan pungutan,agihan dan pemantauan pelaksanaan zakat
Khalifah dan gabenor menubuhkan baitulmal bagi menyelenggara hasil pungutan zakat dan sumber-sumber lain serta melantik pegawai khas menguruskan pentadbiran baitulmal berkenaan.
Sumber zakat
Zakat dikenakan kpd umat Islam terbahagi kpd dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta.
Mengikut Imam Syafie,bayaran zakat fitrah dilakukan pada awal bulan Ramadan sehingga pagi 1 Syawal iaitu sebelum solat sunat Aidilfitri.
Zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa dan kadarnya sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah harta.
Pada zaman Khalifah Abdul al-Dawlah,binatang dikenakan zakat seperti kambing,biri-biri dan lembu yang syaratnya cukup nisab dan haul serta diternak di padang rumput bebas dan bukan untuk bekerja.
Kutipan zakat
Pada zaman Khalifah Abbasiyah,kutipan zakat dan cukai semakin bertambah berikutan pertambahan wilayah dan umat Islam serta kepeesatan ekonomi.
Khalifah Abbasiyah menguatkuasakan pungutan zakat secara tegas dalam usaha menegakkan hukum Allah.
Khalifah dan gabenor melantik amil-amil berkelayakan di peringkat pusat dan wilayah dalam urusan pemantauan,kutipan dan agihan zakat.
Khalifah Abbasiyah telah melakukan beberapa penambahbaikan kepada hukum zakat dan memperluaskan asas zakat dengan mengenakan zakat ke atas sesuatu harta yang baharu ditemui atau baharu wujud dalam kalangan masyarakat Islam.
Agihan zakat
Pada zaman Khalifah Abbasiyah,kesemua hasil diperoleh drpd zakat dibahagi dan diagihkan kpd umat Islam yang layak menerimanya berdasarkan undang-undang Islam.
Lapan golongan umat Islam yang layak menerima zakat(golongan asnaf) ialah fakir,miskin,amil,mualaf,riqab,ghamirin,fisabilillah dan ibnu sabil.
Sementara itu,hasil cukai yang diperoleh selain daripada zakat akan dibelanjakan untuk keperluan pembangunan negara.
Urusan agihan zakat kpd golongan asnaf dilakukan amil-amil berkelayakan yang dilantik oelh khalifah di peringkat pusat dan gabenor di peringkat wilayah.
Penutup
Pada zaman Khalifah Abbasiyah,setelah munculnya mazhab-mazhab,maka timbul tafsiran berbeza-beza tentang jenis dan kadar zakat.
Ini disebabkan wujudnya perubahan dari segi jenis dan penilaian barangan serta mata wang.
Pelaksanaan zakat merupakan satu cara di mana keadilan dan keamanan sosial dapat diwujudkan.