Jelaskan peranan Abdul Qadir al-Jazairi dalam Gerakan penentangan terhadap penjajahan Perancis di Algeria pada abad ke-19 Masihi.
Menyatukan penduduk Algeria yang berbilang bangsa dan agama
Sebagai langkah pertama menghadapi penjajahan Perancis, Abdul Qadir berjaya menyatukan pelbagai puak/kabilah di kalangan penduduk Algeria dalam tempoh dua tahun.
Kerana ketokohannya, beliau berjaya menyatukan penduduk Islam, Kristian dan Yahudi Algeria dalam gerakan penentangan terhadap penjajahan Perancis.
Menggunakan taktik perang gerila
Abdul Qadir menyusun barisan tentera di kubu kuatnya di Asnam, Barat Algeria.
Beliau menggunakan strategi perang gerila dalam menghadapi penjajahan Perancis.
Dalam tempoh hampir sedekad iaitu dari 1832 hingga 1842, beliau berjaya mengalahkan tentera Perancis dalam beberapa pertempuran.
Pertempuran Mascara 1832
Penentangan pertama rakyat Algeria terhadap penjajahan Perancis dimulakan oleh Abdul Qadir yang menjadi gabenor Amir Mascara (Maskar).
Beliau keluarkan fatwa bahawa Algerua adalah negara Islam dan mengistiharkan jihad terhadap penjajah Perancis (Kristian).
Pada peringkat awal gerakan, pasukan Abdul Qadir mencapai kemenangan. Namum beribu- ribu umat islam Algeria telah dibunuh dalam pertempuran di wilayah Barat Algeria manakala Abdul Qadir gagal menangkis seranga Perancis di al Asnam
Bergabung dengan Abu Ma’zi, tokoh perjuang Maghribi
Abu Ma’zi berasal dari Maghribi dan datang ke Algeria pada 1835 .
Beliau menggalakkan masyarakat Islam, Kristian dan Yahudi Algeria menentang Perancis di wilayah Oran,selatan Algeria.
Beliau memindahkan aktivti penentangannya di Zawawah dan bergabung dengan amir Abdul Qadir yang kemudiannya melantik Abu Ma’zi sebagai gabenor di wilayah berkenaan.
Pertempuran Macta 1835 / Sikkak
Pertempuran ini berlaku semasa proses penaklulan Perancis ke atas bumi Algeria.
Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan pasukan Abdul Qadir dimana hamper 500 tentera Perancis terbunuh dalam perang gerila berkenaan.
Pertempuran ini berjaya meningkatkan pengaruh Abdul Qadir di kalangan puak Barbar Algeria.
Pertempuran Sig 1835
Penentangan Sig berlaku pada 26-27 Jun 1835 di kawasan hutan Moulay Ismail berhampiran Wadi Sig Mekerra, Algeria.
Tentera Perancis seramai 2500 orang pimpinan Donuir dan Smela berhadapan dengan kumpulan penentangan yang diketuai Abdil Qadir seramai 12000 orang.
Pasukan berkuda al Qadir berjaya mengalahkan tentera Perncis dalam perang gerila berkenaan