Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan faktor penentangan rakyat Mesir terhadap penjajahan Barat pada…
Huraikan faktor penentangan rakyat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad ke-19 hingga 20 Masihi
Penguasaan British terhadap politik Mesir
Institusi pemerintahan tempatan Mesir diletakkan di bawah Pentadbir utama British iaitu Lord Cromer telah membangkitkan perasaan tidak puashati dalam kalangan nasionalis Mesir
Golongan ini mengkritik penguasaan penuh British dalam pentadbiran Mesir dan keengganan pihak British melaksanakan sistem berparlimen.
Pihak British membenarkan penubuhan majlis- majlis penasihat di peringkat wilayah dan kebangsaan namun tidak memberi sebarang kuasa kepada badan-badan tersebut.
Golongan ini dipimpin oleh Mustafa Kamil dan Mohammad Farid. Mustafa Kamil mendapat sokongan rakyat kerana sikapnya yang keras menentang British.
Pada 7 Disember 1907 Mustafa Kamil telah memimpin Kongres Nasional Pertama yang bertujuan untuk pembangunan Mesir secara liberal dan akhirnya untuk mencapai kemerdekaan penuh Mesir. Pihak British berusaha menindas gerakan ini.
Penguasaan British terhadap ekonomi Mesir
Kekayaan ekonomi Mesir dan kedudukannya di tengah jalan perdagangan antara Barat dan Timur telah menarik kuasa-kuasa barat untuk menguasainya.
Kemerosotan ekonomi Mesir menyebabkan pemerintahnya terpaksa menjual saham Terusan Suez kepada British
Situasi bertambah tegang apabila British sentiasa menolak tuntutan rakyat Mesir termasuk isu belanjawan Mesir dan kadar potongan cukai pendapatan negara yang menguntungkan British untuk dibahaskan dalam Majlis Para Pembesar Negara (Parlimen Mesir).
Perkembangan ini menimbulkan rusuhan di Hilir Mesir yang menyebabkan beberapa orang Kristian dibunuh.
Sentimen agama
Pendudukkan British merupakan peristiwa penting yang mengubah landskap sosio-politik Mesir.
Konsep modenisme dan sekularisme mula meresap dalam pemikiran rakyat Mesir.
Golongan awam terutama ulama menentang penguasaan Barat ke atas Mesir. Mereka bimbang pengaruh sekular dan menentang Barat melalui sentimen agama.
Isu keruntuhan moral
Gerakan penentang masyarakat Mesir bertujuan mengatasi keruntuhan akhlak , diskriminasi sosial dan kemelesetan ekonomi akibat kepincangan dalam pemerintahan Mesir.
Penjajah British telah menyebabkan rakyat terdedah dengan budaya dan cara hidup Barat seperti pusat hiburan, arak, pelacuran dan sebagainya
Situasi ini membawa kesan negatif apabila sebahagian rakyat Mesir mula meninggalkan ajaran Islam .
Kebudayaan Barat yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam sedikit sebanyak meresap ke dalam masyarakat Mesir tanpa disedari.
Budaya tidak sihat yang ditonjolkan tentera British menyebabkan rakyat Mesir terikut-ikut dan hilang jati diri walaupun pada zahirnya masyarakat Mesir masih beragama Islam.