Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 7 : IDEOLOGI SEMASA - Coggle Diagram
BAB 7 : IDEOLOGI SEMASA
Konsep utama dalam sekularisme:
- Pemisah antara sacred (suci) dan profane (tidak suci)
- Pemisah antara spirit (rohani) dan matter(material/benda)
- Pemisah antara revolution (wahyu) dan reason (akal)
Ciri-ciri utama sekularisme:
- DISENCHANTMENT OF NATURE
- Menghilangkan makna spritual daripada alam kehidupan.
- Pemisah alam tabi'e daripada makna rohaniah (Tuhan, dewa dan lain2)
- Alam tabi'e bebas daripada kekuasaan Tuhan, dewa, roh
- Maka, manusia boleh mengeksploitasi dan memanipulasi alam dengan sesuka hati tanpa rasa takut, was2 dan sebagainya.
- DE-SACRALIZATION OF POLITICS
- Menghilangkan unsur-unsur keagamaan dalam dalam politik daripada hal ehwal manusia
- Penafian kepimpinan yang disahkan oleh agama
- Menafikan kewujudan keturunan dewa2, perkenan dari alam ghaib tauliah dari Tuhan.
- Setiap manusia boleh dan berhak menjadi pemimpin walaupun tidak mempunyai kelayakan akhlak dan akal.
- DE-CONSECRATION OF VALUES
- Menghilangkan unsur-unsur penyucian nilai agama daripada minda dan tingkah laku manusia.
- Penafian kesucian dan kekekalan nila-nilai- hidup.
- Sistem nilai sebagai hasil kebudayaan bersifat relatif dan sementara sahaja termasuk agama
Aliran berkembang pada abad ke-18 iaitu zaman pencerahan (Englightanment), modernisme adalah aliran pemikiran yang berjuang untuk mengantikan segala pemikiran tradisionalisme agar sesuai dengan keadaan semasa yang dianggap modern
Gagasan Modernisme
- Manusia sebagai Pusat Dunia : Individu memiliki keistimewaan dan potensi diri yang dapat membentuk dan menentukan arah mengikut acuan potensi diri sendiri.
- Pendewaan Akal Fikiran dan Pembebesan dari Keagamaan : Asas kepada kewujudan budya kehidupan baharu seperti penghapusan ikatan sosial dalam masayarakat.
- Emansipasi Wanita : Membebaskan wanita dari tradisi ibu dan isteri
-
- IDEOLOGI PASCA MODERNISME
Merupakan fenomena baharu kesan daripada ketidakpuasan hati terhadap gagasan modernisme yang dilihat gagal dalam menindas manusia kerana:
Modernisme bersifat logocentric yang tidak seimbang sedangkan manusia terdiri daripada intelek, rohani, emosi dan intuitif.
Kegagalan modernisme utk memberikan suatu pemikiran baru dan solusi dalam pandangannya terhadap ilmu pengetahuan.
-
CIRI PASCA MODERNISME
- Tiada kebenaran mutlak dan absolute : Idea ttng wujudnya kebenaran mutlak suatu ilusi yng dibuat-buat oleh sesetengah pihak utk berkuasa dan mempengaruhi manusia lain
- Benar dan salah saling sinonim : Suatu yang dianggap fakta hari ini boleh dinilai salah dikemudian hari.
- Pengopresian diri sendiri dan rasionalisasi : Metodologi saintifik berdasarkan teori yang objektif dan digantikan dengan kebergantungan kepada pandangan diri sendiri.
- Kuasa autoriti oleh institusi tradisi : Nilai moral yang dipandu agama atau institusi sekular disebut suatu kekangan manakala kewujudan pihak autoriti agama dipertikaikan.
- Prinsip moral bersifat personal atau peribadi : Kod moral ditentukan sendiri secara peribadi oleh setiap individu tanpa dia perlu merunjuk dan menilai mengikut peraturan tradisional.
- IDEOLOGI RELATIVISME PASCA MODERN
Relatiisme merupakan satu istilah yang digunakan utk menggambarkan sesuatu perkara yng bersifat tidak tetap dan mutlak. Ia boleh berubah mengikut suasana persekitaran. Doktrin menyatakan bahawa ilmu pengetahuan, kebenaran dan nilai moral yng ditentukan berkaitan dgn budaya, masyarakat dan konteks pensejarahan. Teori atau pengetahuan dinilai secara relatif dan berbeza-beza mengikut situasi, peristiwa, dan individu yng mengalaminya.
Ciri-ciri Relativisme
- Menafikan Absolutisme : Tidak wujud nilai-nalai yang bersifat tepat dan tidak berubah seperti nilai kebenaran, kebaikan, keburukan dan lain-lain.
- Menafikan Universalisme : Tidak wujud satu persetujuan sejagat berkenaan dengan kebenaran, kebaikan dan lain-lain.
- Menafikan Objektivisme : Nilai kognitif, etika dan estetika tidak bebas dari pengaruh minda (mind independent). Nilai ini tidak mampu bebas tanpa bergantung kepada pemikiran manusia (yang saling berbeza)
- Menafikan Monisme : Tiada bidang yang menyediakan hanya satu pandangan, penilaian dan norma yangtepat. Relativisme mungkin menerima nilai tempatan(local monisme) tetapi bukan nilai sejagat (universal monisme)