Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 8 :check: : DEKOLONISASI - Coggle Diagram
TOPIK 8 :check: : DEKOLONISASI
Konsep Dekolonisasi
Istilah Dekolonisasi berasal dari bahasa Inggeris,
Decolonization yang terdiri daride (tidak) dan Colonization (penjajahan)
Dua kata tersebut dapat didefinisikan sebagai kemerdekaan. Sejak permulaan abad-20 bangsa-bangsa di Kawasan Asia-Afrika mula bangkit menentang kekuasaan bangsa-bangsa Eropah.
TUJUAN
Perjuangan yang dilakukan oleh bangsa-bangsa di Asia-Afrika itu bertujuan untuk mencapai kemerdekaannya agar terbebas daripada segala bentuk kekuasaan bangsa asing.
Semangat perjuangan bangsa ini meningkat dikawasan negara sekitar Asia dan Afrika.
Lalu muncul proses Dekolonisasi dikawasan Asia Afrika bermula oleh bangkitnya semangat Rasionalism lalu seterusnya mendorong kepada kemunculan gerakan Nasionalisme.
Proses pelepasan negara jajahan dari negara induknya ini disebut proses dekolonisasi
Jadi kalau kita fahami apa yang kita maksudkan dengan kolonial atau kolonisasi, sudah tentulah kita dapat memberi pengertian kepada istilah yang derivative iaitu dekolonisasi ini.
Kolonisasi kita maksudkan sebagai satu keadaan di mana kita tertakluk kepada penjajah, samada dari segi fizikal, material ataupun pemikiran dan intelektual.
Keadaanyang digambarkan oleh dekolonisasi pula adalah keadaan yang sebaliknya, iaitu pembebasan daripada keadaan di mana kita dijajah dari segi material, mentalatau pemikiran.
Umumnya dekolonisasi merujuk kepada satu keadaan atau proses di mana kita dapat membebaskan diri daripada pengaruh kolonial.
PEMIKIRAN FALSAFAH BARAT DALAM MEMPENGARUHI TINDAK TANDUK MANUSIA ABAD KE-16
Pemikiran falsafah barat ini dapat dilihat pada perkembangan sejarah barat kita seperti di abad ke-16 dengan munculnya zaman Renaissance di mana keadaannya berubah daripada masyarakat pemikiran Medieval kepada satu pemikiran yang lebih terbuka dan liberal yang mula merujuk kembali kepada pemikiran Greek dan ahli-ahli fikir Greek, bukan sahaja dalam bidang falsafah, tetapi juga di dalam bidang sastera, pemikiran, dan sebagainya.
Jadi, zaman Renaissance itu biasanya dianggap sebagai zaman kebangkitan semula dari segi ilmu, di Itali bermulanya, kemudian merebak ke bahagian Eropah yang lain. Ini juga boleh dianggap sebagai bermulanya proses sekularisasi di Barat.
ABAD KE-17
Kemudian di abad ke-17 pula, dapat dilihat timbulnya Revolusi Saintifik, iaitu satu revolusi yang membawa kepada kemajuan sains yang begitu pesat yang mendirikan asas kepada sains moden yang kita punyai pada hari ini.
Jadi ini merupakan satu penambahan kepada kekuasaan Barat kerana ia melahirkan asas bagi pembinaan ilmu sains yang berkembang seterusnya
ABAD KE-18
Kemudian di abad ke-18 pula terdapat satu lagi perkembangan sejarah yang begitu berpengaruh dan mempunyai kesan yang agak mendalam di dalam perkembangan ekonomi dunia, iaitu munculnya Revolusi Industri di Great Britain,dan bagaimana Revolusi Industri ini merebak ke negara-negara lain di Eropah seperti negara Perancis,Jerman, Belanda dan sebagainya.
Pada abad ke-18 juga terdapat Revolusi Pemikiran melalui Gerakan Enlightenment di Eropah, di mana ahli-ahli falsafah seperti Immanuel Kant, John Locke dan David Hume telah menyumbang idea-idea mereka ke arah satu pemikiran yang lebih rasional dan lebih saintifik.
Bagaimana mereka menganggap penggunaan reason, akal yang rasional dan penggunaan ilmu sains dan teknologi dapat membangunkan masyarakat Eropah ke suatu zaman yang lebih gemilang.
Ini juga menandakan satu pembaharuan di dalam orientasi dan pemikiran masyarakat tersebut ke arah masyarakat yang sekular dan mementingkan perkembangan sains danteknologi dan juga pemikiran yang rasional. Ini semua adalah ciri-ciri modeniti sebenarnya dan dipelopori oleh Gerakan Enlightenment / Pencerahan di Eropah pada abad ke-18.
ABAD KE-19
Kalau kita lihat pula di abad ke-19, terdapat apa yang kita sebut sebagai Revolusi Industri Kedua, yang mana ia
adalah lebih hebat lagi daripada Revolusi Industri Pertama. Terdapat teknologiteknologi baru seperti penggunaan telefon dan telekomunikasi seperti pembinaan kereta sebagai jentera pengangkutan dan juga penjanaan kuasa elektrik atau the power industry.
Semua ini memerlukan dan bergantung kepada kemajuan di dalam ilmu sains khususnya ilmu fizik. Ini jelasmenunjukkan bahawa apabila kita sampai ke abad ke-19, maka sains sudah mula bergabung dengan teknologi dan menghasilkan/ menyumbang kepada penciptaan teknologiteknologi baru seperti telefon dan telekomunikasi dan sebagainya.
ABAD KE-20
Sehingga abad ke20 kita lihat trend technology development ini terus berkembang hingga menimbulkan teknologi-teknologi baru seperti sains komputer, teknologi komputer dan juga teknologi internet dan sebagainya.
Ini semua adalah pengaruh yang datang daripada perkembangan-perkembangan di Barat yang kemudiannya mempengaruhi budaya masyarakat dan perkembangan sejarah di seluruh dunia.
Satu cara bagaimana pengaruh itu tersebar luas adalah melalui proses kolonialisme, di mana negara-negara Barat yang mempunyai kuasa baru itu dari segi sains, teknologi dan militer, telah dapat menakluki negara-negara yang bukan Barat dan mempengaruhi perkembangan mereka juga
ALIRAN PEMIKIRAN
Dilihat dari segi pemikiran falsafah, maka terdapat dua aliran utama yang mempengaruhi pemikiran Barat ke arah perkembangan yang baru ini Ia menandakan perubahan daripada pemikiran yang bercorak lama (Medieval) kepada pemikiran yang bercorak moden.
Dua orang ahli falsafah yang saya maksudkan ini, yang pengaruhnya ke atas modeniti dan keadaan/permasalahan yang ditimbulkan oleh modeniti termasuk permasalahan dalam alam sekitar, adalah Francis Bacon, seorang berbangsa Inggeris dan Rene Descartes, seorang berbangsa Perancis.
Dekolonisasi dari Pengaruh BaraT
Pembebasan dari penjajahan dan pemikiran barat amat penting iaitu dengan membangunkan pemikiran falsafah kita sendiri yang bersesuaian dengan keadaan tempatan. Dengan itu dapat membina suatu falsafah yang mengikut acuan sendiri yang tidak dipengaruhi oleh falsafah asing yang mungkin bersesuaian bagi masyarakat dan konteks mereka.
Kalau kita lihat dari segi falsafah Barat yang terdapat dalam pemikiran Bacon dan Descartes, bukan saja ia tidak sesuai kepada masyarakat kita, tetapi juga mana-mana masyarakat di dunia.
Hal ini kerana ia menyumbang kepada keadaan di mana alam itu dimusnahkan.
Masyarakat Barat juga tidak menerima akan akibat seperti ini iaitu akibat kemusnahan alam dan malahan mereka juga sudah mengubah arah kepada ke arah satu konsep pembangunan yang diberi nama sustainable development, yang berbeza daripada strategi pembangunan yang terdahulu yang cuma meningkatkan GNP negara ataupun hasil keluaran negara tanpa mengira kesannya terhadap alam sekitar.
KONSEP HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN
Jadi dua konsep utama ini berhubung dengan hubungan manusia dengan Tuhan, sebagai khalifah manusia mempunyai tanggungjawab dan amanah tertentu yang harus dipikul, iaitu manusia tidak bebas untuk melakukan terhadap alam dengan sesuka hatinya, tetapi sebaliknya manusia haruslah mentadbir alam ini mengikut hukum-hukum Tuhan dan apa yang disuruh oleh Tuhan.
Juga alam dianggap sebagai tanda kebesaran Allah dan dengan itu membawa pengertian simbolik yang mengingatkan kita akan kewujudan dan penciptaan Tuhan. Maksudnya, kita boleh memakmurkan alam ini, tetapi kita tidak boleh memusnahkannya. Di dalam Al-Quran sering disebut tentang “janganlah kamu melampaui batas”, contoh-contoh bagi mereka yang melampaui batasini juga mereka yang memusnahkan alam.