Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Unit 1: PRINSIP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN - Coggle Diagram
Unit 1: PRINSIP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN
Definisi
Keberishan Makanan: Pemprosesan, Penyediaan dan penyimpanan makanan atau minuman dengan cara yang dapat mengurangkan risiko pengguna dijangkiti penyakit bawaan makanan
Keselamatan Makanan: Satu disiplin saintifik yang menerangkan pengendalian, penyediaa dan penyimpanan makanan dengan cara yang menghalang daripada berlakunya penyakit bawaan makanan.
Sekuriti Makanan: Kewujudan bekalan makanan dan kemampuan untuk memperolehinya
Penyakit bawaan Makanan: Semua jenis penyakit yang disebabkan oleh sebarang organisma atau bahan yang terdapat dalam makanan dan memasuki badan seseorang individu apabila ia dimakan
Kepentingan kebersihan untuk kualiti dan keselamatan makanan
Kebersihan dan keselamatan makanan menghalang kuman daripada membiak dalam makanan dan mencapai tahap berbahaya
Kebersihan makanan memastikan kehidupan keluarga yang sihat setiap hari. Ia memastikan seseorang itu sihat dan menghalang kos tambahan untuk membeli ubat-ubatan dan pemeriksaan perubatan.
Ia meminimumkan penyebaran mikroorganisma daripada merebak dari permukaan kepada manusia.
Ia meminimumkan kadar di mana seseorang boleh mendapat keracunan makanan.
Memandangkan mencuci tangan adalah amalan kebersihan diri yang penting, ia membantu meminimumkan dan mencegah penyebaran bakteria pada makanan dan pada peralatan dapur
Makanan sedia untuk dimakan hendaklah disejukkan di dalam peti sejuk dengan menyimpan makanan tersebut di dalam peti sejuk bagi menghalang bakteria membiak padanya
Faktor yang mempengaruhi kemunculan patogen baru
Ciri-ciri demografi: Kewujudan patogen baru berpunca daripada bentuk muka bumi,cuaca, status penduduk sesebuah kawasan serta amalan penduduk sesuatu tempat.
Perubahan dalam amalan pengguna: Perubahan amalan makanan eksotik dan viral dalam kalangan pengguna menyebabkan pembentukan patogen baru.
Perubahan dalam pilihan makanan dan tabiat makanan: Makanan yang lebih pelbagai serta perubahan tabiat makanan yang baru dalam kalangan pengguna menjadi faktor wujudnya patogen baru
Kerumitan dalam sistem makanan: Kerumitan dalam sistem makanan yang bermula dari ladang sehingga ke pengguna yang melalui banyak proses menyebabkan berlaku pencemaran silang
Globalisasi dalam bekalan makanan: Pengimportan makanan secara global dapat memindahkan patogen dari sebuah kawasan ke kawasan yang lain sperti pengimportan bahan mentah.
Perubahan dalam teknologi pemprosesan makanan: Perubahan dalam teknologi pemprosesan makanan seperti penambahan bahan pengawet,penambah perisa,pewarna dan bahan kimia lain menjadi faktor kewujudan patogen baru.
Perubahan dalam patogen bawaan makanan: Patogen yang bermutasi menyebabkan kemunculan varian baru dalam penyakit bawaan makanan
Teknik diagnostik: Penggunaan teknik seperti pengiraan data bagi mengetahui statistik wabak yang berlaku meliputi kawasan mana seperti SPSS