Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 6 - Kepelbagaian Agama : Mencari Titik Pertemuan - Coggle Diagram
Bab 6 - Kepelbagaian Agama : Mencari Titik Pertemuan
Definisi
Agama
Hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindingan
Hubungan yang suci
Sistem keyakinan yang dianuti dan diamalkan
Adanya konsep hidup selepas mati
Kepercayaan
bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara misalnya amalan adat dan pantang larang
tiada konsep dosa dan pahala
Amalan yang diwarisi secara turun termurun
Peranan Agama
Agama berperanan menjadi kod etika dan aturan moral yang dinamik dan menjadi pedoman bagi penganutnya dalam mengatur kehidupan spiritual supaya lebih bermakna. Mengikut Weber (1930) dengan adanya kod etika, Protestan dapat menyumbangkan kemakmuran ekonomi dan industri moden di England dan Eropah Barat
Keadaan ini terjadi kerana mereka berpegang kepada etika Protestan, iaitu percaya bahawa agama Kristian mengharapkan penganutnya bekerja kuat, menabung, melabur dan menunjukkan inisiatif perniagaan
Etika Protestan juga dikatakan memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan rakyat Amerika Syarikat ke arah mewujudkan peribadi yang tahan lasak, semangat daya usaha, kegiatan perusahaan, dan kejayaan kewangan
Peranan Institusi Keagamaan
Menumbuhkan Semangat Kebangsaan
Di Indonesia, sebelum abad ke-20, muncul pelbagai organisasi nasionalis yang bersifat keagamaan untuk menentang dominasi asing. Akibatnya, berlakulah Perang Jawa dan Perang Aceh
Di Malaysia peranan ulama dalam hubungannya dengan gerakan nasionalis sebelum dan selepas kemerdekaan adalah cukup kuat. Mereka ialah pemimpin gerakan kebangsaan dalam pertempuran melawan Inggeris. Begitu juga di Burma, pengaruh biara Buddha (Pongyikyang) dan organisasi pemuda Buddha (YMBA) adalah sangat besar
Agama merupakan salah satu faktor penting bagi pertumbuhan nasionalisme seperti yang dibuktikan oleh Mehden (1968) dalam kajiannya di Filipina, Indonesia dan Burma. Hal ini kerana agama merupakan identiti yang membezakan antara penjajah dengan anak negeri. Mereka menganggap dirinya sebagai suatu bangsa yang memiliki bahasa, sejarah, adat istiadat dan agama yang sama sejak berabad-abad lamanya
Perpaduan Nasional
Agama dan etnik merupakan dua aspek yang terpenting. Begitu juga ketika Malaysia merdeka, masalah utama yang menentukan kelangsungan sebuah negara baharu ini adalah tentang persoalan agama atau ideologi negara, iaitu Islam
Menurut Geertz (1973), pembentukan negara yang berdaulat timbul kerana faktor sentimen primordial
Dalam konteks ini, Islam memiliki pengalaman sejarah dalam mengelola pluraliti seperti Piagam Madinah yang dapat menjelaskan bagaimana perjanjian untuk hidup bersama, membangunkan masyarakat yang adil, aman dan sejahtera berjaya dilakukan
Kewujudan tamadun
Agama berperanan mendorong manusia untuk membina tamadun manusia. Banyak pertumbuhan dan perkembangan tamadun dipengaruhi oleh perkembangan sesuatu agama
Bukti sejarah menunjukkan bahawa jatuh bangunnya sesuatu tamadun atau kerajaan adalah berkait dengan sesuatu agama
Hal ini dapat dilihat dalam tamadun Barat yang dipengaruhi oleh agama Kristian, tamadun Timur Tengah yang kebanyakannya dipengaruhi oleh Islam dan tamadun Asia Timur oleh Hindu-Buddha
Fungsi Pemerintahan
Mereka kuat kerana dikaitkan dengan doktrin hak ketuhanan raja. Justeru, agama amat berguna untuk memberi sokongan kepada pemimpin serta memelihara aturan pemerintahan dan adat resam
Kadang-kadang kuasa sesebuah negara diperkuat oleh institusi agama seperti pada zaman pemerintahan tradisional Melayu dan pada zaman Pertengahan di Eropah
Bagi sesetengah negara, fungsi pemerintahan juga dijalankan melalui peranan agama. Ketua negara juga menjadi ketua agama, seperti Kerajaan Mesir ketika pemerintahan Firaun
Mengembangkan Kesenian
Agama juga berfungsi mengembangkan kesenian disebabkan agama mempunyai hubungan yang rapat dengan aktiviti kesenian yang menjadi sumber penghargaan dan kenikmatan serta ia juga orientasi estetik seperti seni bina, lukisan, ukir kayu dan seni pahat
Agama-agama di Malaysia
Agama Kristian
Agama Sikh
Agama Hindu
Animisme
Agama Buddha
Agama Islam
Ajaran Konfucius
Konflik Agama
Misalnya pada April 1992, berlaku konflik antara Bosnia-Herzegovina dengan Serbia. Pada Disember 1992 pula berlaku konflik Hindu-Islam di India
Konflik juga berlaku antara Islam-Kristian di Ambon, Maluku dan Almahera di Indonesia
Secara umumnya agama sentiasa mengajar penganutnya erti kasih sayang, pengampunan dan perdamaian. Walau bagaimanapun, banyak konflik agama dapat dilihat berlaku di beberapa negara.
Di samping itu, konflik agama turut tercetus di Tibet, Turkmenistan, Azerbaijan, Kazakhstan, Mesir, Algeria, Afghanistan, Croatia, Filipina dan Ireland Utara