Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Permuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia - Coggle…
Permuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
Implikasi Penjajahan
Kemasukan penjajah telah menghakis kuasa Sultan.
Perjanjian Pangkor 1874
Campur tangan kolonial melalui pengenalan Sistem Residen.
Kedudukan Sultan lemah khasnya dalam pungutan cukai dan kuasa terhad kepada agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja.
Penguasaan negeri-negeri Melayu oleh penjajah Inggeris:
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896)
Menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dalam satu unit pentadbiran
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
British memperoleh Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok (1909)
Diletak bersama dengan Johor.
Kesedaran Politik
Penguasaan British melalui Malayan Union
Diperkenalkan pada 1 April 1946.
Menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri jajahan.
Mendapat tentangan orang Melayu – kuasa Sultan dilenyapkan.
UMNO kemudiannya ditubuhkan bagi menentang Malayan Union.
Tentangan hebat menyebabkan Malayan Union dimansuhkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Pembangunan Politik di Malaysia
Faktor etnik merupakan elemen utama yang mempengaruhi penubuhan parti politik dalam tempoh sebelum dan awal kemerdekaan.
Kerjasama parti politik menjurus kepada permuafakatan sehingga membentuk gabungan politik.
Permuafakatan berteraskan konsep tolak ansur, tawar menawar, akomodasi dan konsensus dalam pelbagai parti yang menyertai gabungan membolehkan parti-parti membentuk kerajaan dan mengekalkan kuasa.
Parti politik berkongsi kuasa kerana menyedari tidak mungkin bagi satu-satu kaum mendominasi kuasa dan memerintah negara ini.
Pembangunan Politik
Matlamat utama pembangunan politik ialah untuk pembinaan negara bangsa.
Wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan, warganegara dan bangsa.
Dicapai melalui penerapan dasar awam, pemupukan semangat nasionalisme (lagu dan bendera kebangsaan, perayaan hari kemerdekaan)
Usaha mewujudkan negara bangsa mengambil kira faktor:
Kesan penjajahan
Kepelbagaian etnik
Gabungan wilayah
Gabungan kerajaan
Demografi dan Politik
Aspek demografi mempunyai pengaruh kuat terhadap demografi politik khasnya dalam pilihan raya.
Jumlah ahli dalam parti politik dan jumlah pengundi di sesebuah kawasan mempengaruhi kemenangan sesebuah parti.
Komposisi dan pola taburan penduduk di sesebuah kawasan akan menentukan parti yang akan mewakili kawasan tersebut.
Parti Politik Sebelum Merdeka
PKMM
Parti Kebangsaan Melayu Malaya
Dikenali sebagai Parti Nasionalis Melayu
Ditubuhkan 17 Oktober 1945
Parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun
Matlamat:
Menuntut kemerdekaan penuh Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan
PKMM berusaha mengatasi masalah orang Melayu dalam aspek pelajaran, sosial, ekonomi dan kebebasan bersuara
Hizbul Muslimin
Bermaksud Pertubuhan Kaum Muslimin
Pertubuhan politik Islam terawal dari tahun 1948 – 1950-an
Matlamat:
Menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Tanah Melayu yang merdeka
Diharamkan oleh British kerana dianggap mempunyai hubungan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan
Perkembangan Politik di Sarawak
Komposisi penduduk di Sarawak lebih kompleks.
Sekitar 30 etnik
Dayak- 44.3 peratus
Melayu – 23.2 peratus
Melanau – 5.7 peratus
Cina – 26.5 peratus
India – 0.2 peratus
Pelbagai parti politik ditubuhkan menjelang penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Peringkat awal – keanggotaan parti bersifat berbilang kaum.
Seterusnya, lebih kepada perkauman