Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perlembagaan Persekutuan tiang Seri Hubungan Etnik - Coggle Diagram
Perlembagaan Persekutuan tiang Seri Hubungan Etnik
Definisi Perlembagaan
Satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan
Jenis Perlembagaan
Perlembagaan Bertulis
Perlembagaan yang di kumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen.
Sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkannya.
Contoh negara yang mengamalkan: Malaysia
Perlembagaan Bertulis
Perlembagaan yang di kumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen.
Sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkannya.
Contoh negara yang mengamalkan: Malaysia
Keperluan Perlembagaan
Menjamin Kestabilan politik dan sistem pemerintahan
Mewujudkan rangka sistem politik yang sistematik
Mengatur sistem ekonomi dan pengagihan kekayaan negara dengan adil dan saksama
Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan Negara
Melindungi kepentingan semua etnik di dalam negara
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Merupakan perlembagaan bertulis.
Perlembagaan yang unik – mengekalkan 4 unsur tradisi iaitu:
Agama Islam
Bahasa Melayu
Kedudukan istimewa orang Melayu
Pemerintahan beraja
Badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada Perlembagaan.
Terdapat 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual.
Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan
Perjuangan kebangsaan
Sepanjang penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang
Selain perjuangan berdarah yang bermula sejak penjajahan Portugis di Melaka, Belanda, Inggeris & Jepun, perjuangan juga digerakkan melalui semangat kebangsaan.
Pertubuhan
Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dll yang menjadi medium menentang penjajah.
Media Massa
Media massa seperti akhbar & majalah juga berperanan sebagai medium penyebaran semangat perjuangan seperti Utusan Melayu, Majlis, Al-Imam, Saudara dan Warta Sarawak.
Tokoh
Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dll menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naungan Inggeris
Berkait rapat dengan bantahan Melayu terhadap Perlembagaan Malayan Union 1946
Peruntukan dalam Kontrak Sosial 1948 menjamin ketuanan Melayu dalam proses politik negara
Ia mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu Cina dan India dalam negara yang bakal merdeka dari Inggeris
Merupakan hasil proses tawar menawar antara Melayu dan bukan Melayu
Kontrak Sosial 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Melalui Sistem Ahli yang diperkenalkan pada 1951
Tujuan:
Melatih pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi
Proses ke arah berkerajaan sendiri
British melantik beberapa orang pegawai tadbir memegang jawatan dan diberi taraf seperti menteri
Anggota Sistem Ahli:
Dato’ Onn Jaafar (Ahli Dalam Negeri)
Dato’ Mahmud Mat (Ahli Tanah, Perlombongan & Perhutanan)
E.E.C Thuraisingham (Ahli Pelajaran)
Lee Tiang Keng (Ahli Kesihatan)
J.D Mead
Tunku Yaacob
J.D Hodgkinson
O.A Spencer
Ke Arah Pemerintahan Secara Demokrasi
Sebelum pilihan raya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan & kepentingan kaum masing-masing.
Pelawaan orang Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan.
Melalui pilihan raya umum pertama (1955), pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar.
Perikatan yang didominasi oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan MCA & MIC namun hal ini tidak dilakukan.
Inggeris mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu & bekerjasama.
Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kepada Inggeris bahawa orang Melayu & bukan Melayu boleh bekerjasama.
Rasional Unsur Tradisi: Agama Islam
Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan.
Islam telah diterima sebagai agama negeri-negeri Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.
Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris.
Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada raja-raja Melayu.
Sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Peruntukan berkaitan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Sebagai bahasa rasmi bagi tujuan kerajaan baik kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri dan termasuk apa-apa tujuan untuk sesuatu kuasa awam, hendaklah menggunakan bahasa Melayu
Kecuali atas beberapa perkara yang dibenarkan oleh undang-undang seperti termaktub dalam Seksyen 4, Akta Bahasa Kebangsaan.
Penterjemahan Perlembagaan
Perkara 160(b) jelaskan bahawa jika perlembagaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan dan jika terdapat percanggahan teks terjemahan dengan teks dalam bahasa Inggeris, teks kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris.
Diskriminasi Perlindungan
Tujuan diskriminasi perlindungan:
Membetulkan semula ketidakseimbangan politik yang mempunyai rakyat bersifat pelbagai dan baru sahaja mencapai kemerdekaan.
Keutamaan kemasukan ke perkhidmatan awam diberikan kepada orang Melayu.
Tujuan: supaya dapat menguasai keadaan politik negara disebabkan pegawai kerajaan memainkan peranan dalam melaksanakan polisi negara.
Diberikan kepada golongan minoriti agar kepentingan mereka dipertahankan.
Perlembagaannya memberi jaminan kepada hak golongan minoriti (bahasa, kebudayaan dan kepercayaan)
Elemen Persamaan Piagam Madinah Dan Perlembagaan Malaysia
Kebebasan
Beragama
Bekerja dan mencari keuntungan
Menjawat jawatan dalam Kerajaan
Hak mendapat Perlindungan
Perlindungan dari pencerobohan luar
Perlindungan dari kezaliman dalaman
Perlindungan terhadap darah dan jasad
Ketaatan Kepada Pemimpin
Rujukan kepada al-Quran dan Hadith sekiranya berlaku perbalahan
Jaminan Hak Asasi Kemanusiaan
Ketika lemah, dewasa dan ketiadaan harta