Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan & Melahirkan Keharmonian -…
Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan & Melahirkan Keharmonian
Pengalaman Harian dalam MenjalinKesepaduan dan Keharmonian
Kemesraan Komunikasi
Budaya Ziarah Menziarahi
Mengambil berat
Hormat Menghormati
Menghormati jiran
Bersama dalam membuat keputusan
Konsep Jiran
Mengikut Kamus Dewan:
Orang yang tinggal berhampiran dengan rumah sendiri yang dikenali sebagai “orang sebelah” atau tetangga.
Menurut Islam:
Orang yang ada hubungan dengan anda dalam sesuatu kawasan, tinggal berdekatan, iaitu bilangan rumah sebanyak 40 rumah dari penjuru timur, barat, utara dan selatan di sekeliling rumah anda”.
Pemangkin Semangat Kejiranan
Mengikut Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, semangat kejiranan boleh dipupuk disebabkan unsur-unsur seperti berikut
Seseorang itu berasa megah dan sayang kepada kawasan atau tempat tinggal.
Kenal-mengenal, kerap bertemu dan saling tolong-menolong antara jiran tetangga.
Penduduk menganggap mereka sebagai satu masyarakat.
Penduduk bertanggungjawab terhadap keharmonian dan keamanan dalam kawasan sejiran mereka.
Penduduk bermuafakat untuk menjalankan satu-satu tindakan bagi faedah bersama.
Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin Perpaduan
Aspek kepelbagaian makanan memberikan ruang kepada pembentukan kesepaduan sosial yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaysia yang bersifat pelbagai.
Keadaan ini telah menjadikan Malaysia memiliki aset yang amat bernilai dari segi kepelbagaian makanan yang bukan hanya menyumbang dalam proses mengeratkan ikatan perpaduan tetapi juga sebagai satu daripada produk menarik dalam industri pelancongan tempatan dan antarabangsa.
Setiap kaum etnik di Malaysia mempunyai makanan-makanan tradisional yang tersendiri
Kesenian
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang kaya dengan pelbagai corak seni warisan yang menggambarkan identiti etnik masing-masing.
Penerimaan, penghormatan dan pengiktirafan masyarakat kepada kepelbagaian corak seni tersebut menjadi salah satu unsur penting dalam memupuk kesepaduan sosial.
Bagaimana ICT Membantu Memupuk Kesepaduan Sosial
Alat komunikasi seperti satelit, mesin faks, telefon, televisyen dan komputer disambungkan kepada sistem internet yang membolehkan maklumat disebarkan ke seluruh dunia dengan pantas.
Penyediaan pelbagai ‘menu’ internet seperti email, chatting, blog, facebook, twitter dan skype telah memberikan wadah baharu dalam membina hubungan sesama manusia merentasi sempadan etnik, agama, budaya dan negara.
Penggunaan telefon bimbit memudahkan lagi manusia mendapatkan maklumat melalui internet dengan hanya menekan hujung jari.
Kemudahan Wifi memberikan ruang dan peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat dan kerajaan, menyuarakan pendapat tentang kemajuan ekonomi, peluang pekerjaan, keselamatan dan sebagainya.