Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan Sosial - Coggle Diagram
Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan Sosial
Malaysia-Sejarah Pendidikan Dan Hubungan Etnik
Melalui pendidikan, bahasa dapat dipertahankan dan bahasa juga menggambarkan jiwa sebuah bangsa.
Dalam konteks Malaysia , terdapat warisan nilai budaya dan peradaban berbeza, setiap komuniti etnik ingin mempertahankan sistem pendidikan masing-masing
Kesan: kerajaan menghadapi cabaran membentuk satu sistem identiti kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu ( Bahasa Kebangsaan)
Keutamaan diberikan kepada bahasa penduduk asal / komuniti awal yang mampu membawa perubahan di negara yang didiami.
Contoh konflik : Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand
Latar Belakang Pendidikan Berasaskan Etnik di Tanah Melayu
Sebelum campurtangan British, komuniti Melayu, Cina dan India memiliki sistem pendidikan tersendiri yang bersifat tradisi
Dasar pecah dan perintah mengukuhkan lagi sistem pendidikan vernakular
Usaha menyatukan mereka di peringkat ini tidak timbul sehingga peristiwa Malayan Union (1946)
Peristiwa Malayan Union (1946) – pengukuhan usaha ke arah pembinaan negara bangsa
Komuniti Cina
Huraian
Penghijrahan komuniti Cina ke Tanah Melayu bermula sejak abad ke-3 Masihi.
Faktor-faktor yang menyebabkan penghijrahan komuniti Cina:
Ekonomi (pencarian harta, kesusahan kehidupan)
Pergolakan politik
Bencana alam
Populasi penduduk padat khususnya di Selatan China
Kebangkitan semangat nasionalisme di China (Kuomintang dan Komunis) pada tahun 1920 telah meresap masuk ke Tanah Melayu menerusi sekolah vernakular Cina.
Mempengaruhi komuniti Cina.
British menggubal Enakmen Pendaftaran Sekolah
Mengawal pendidikan vernakular Cina
Mengurangkan campur tangan sepenuhnya dari persatuan Cina.
Sebahagian besar sekolah menerima bantuan kerajaan dan dipantau kerajaan British.
Akan tetapi, kerajaan British didesak oleh sebahagian komuniti Cina untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal Pendidikan dan kehendak ini berterusan sehingga kini.
Komuniti India
Kedatangan komuniti India ke Tanah Melayu semakin meningkat sekitar tahun 1880 – 1890 untuk memenuhi kehendak pasaran getah British ke Eropah Barat. Kebanyakan mereka datang dari Selatan India dan terdiri daripada subetnik Benggali dan Tamil.
Komuniti India tidak mempunyai dana kewangan tertentu untuk menubuhkan sekolah.
Kebanyakan komuniti India enggan memasuki sekolah vernakular walaupun telah disediakan oleh Kerajaan British.
Kesan: Sekolah vernakular Tamil ditubuhkan oleh pihak pengurusan estet, dan penerapan nilai-nilai ketamilan menjadi keutamaan
Pendidikan Berasaskan Etnik Di Tanah Melayu
Setiap komuniti etnik di Tanah Melayu telah mempunyai bentuk sistem pendidikan tersendiri (diwarisi budaya dan peradaban masing-masing)
Ikatan erat terhadap sistem nilai warisan asal mempengaruhi setiap komuniti etnik untuk terus mempertahankannya daripada tergugat.
Justeru, proses pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai teras kesepaduan sosial telah berhadapan dengan cabaran khususnya selepas negara mencapai kemerdekaan.
Perkembangan Dasar Pendidikan: Era Penjajahan Di Tanah Melayu (1800-1945)
Sehingga tahun 1920, hanya 2 bentuk pendidikan menjadi keutamaan British :
Pendidikan Inggeris disediakan oleh British (free school) dan golongan mubaligh Kristian.
Pendidikan vernakular yang difokuskan kepada kelompok Melayu kelas bawahan.
Terdapat pemisahan dalam pendidikan komuniti Melayu berikutan perkembangan semangat nasionalisme yang tidak sekata dalam proses mencapai kemerdekaan.
Menandakan kemunduran masyarakat Melayu bawahan dalam bidang pendidikan.
Dasar Pendidikan Penjajah Inggeris
Selepas tahun 1920-an, dasar pendidikan Inggeris adalah berdasarkan sistem pendidikan vernakular dengan menekankan empat bahasa, iaitu, Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.
Situasi ini telah merancakkan lagi pemisahan komuniti yang berbeza mengikut etnik dan budaya masing – masing.
Faktor komuniti Melayu kurang berpeluang dalam Pendidikan:
Perjanjian yang mengesahkan adat resam dan agama Islam tidak boleh digugat, untuk mengelakkan penyebaran ajaran Kristian oleh mubaligh.
Kebanyakkan sekolah Inggeris berada di bandar.
Yuran yang tinggi.
Dasar Pendidikan Semasa Pendudukan Jepun
Dalam tempoh pendudukan Jepun (1942 – 1945) bahasa Jepun telah digunakan sebagai bahasa perantaraan dalam bidang pendidikan,
Sistem pendidikan berdasarkan Bahasa Inggeris dan Cina disekat.
Pentadbiran Jepun tidak menunjukkan inisiatif untuk mengganggu sistem pendidikan Melayu
Jawatankuasa Car-Saunders 1947
Bagi pihak komuniti melayu, percanggahan pandangan berlaku antara golongan berpendidikan Melayu tradisi dengan berpendidikan Inggeris.
Lulusan daripada sekolah Melayu menolak cadangan tersebut kerana tahap pendidikan masih rendah.
Oleh itu, pendidikan Inggeris dilihat gagal menjaga hak kebajikan komuniti Melayu.
Bagi kelompok berpendidikan Inggeris, cadangan berkenaan dipersetujui bagi menyediakan komuniti Melayu dalam bidang pentadbiran.
Walau bagaimanapun, mereka mengusulkan agar peluang dibuka kepada komuniti Melayu untuk memasuki pendidikan Inggeris.
Pendidikan Rendah
Pengekalan kepelbagaian struktur aliran sekolah yang terdapat di negara ini perlu difahami oleh semua pihak, iaitu lebih kepada untuk menjaga kepentingan identiti sesuatu masyarakat, yang merupakan khazanah yang amat berharga bagi masyarakat berkenaan.
Pengekalan yang wujud tidak bermakna struktur pendidikan masih berasakan sistem vernakular zaman kolonial Inggeris yang mengguna pakai kurikulum mengikut negara asal sesuatu etnik.
Pengekalan sistem dan struktur pendidikan jenis kebangsaan ini wujud adalah hasil daripada semangat tolak ansur dalam kalangan pemimpin negara.
Keunikan dalam struktur pendidikan yang pelbagai membawa kepada pemerkasaan sistem pendidikan negara ke arah kesepaduan sosial dengan melakukan banyak penambahbaikan demi mencapai wawasan pendidikan negara.
Pendidikan Menengah
Setelah tamat pengajian di peringkat sekolah rendah, pelajar akan melanjutkan pendidikan ke peringkat sekolah menengah.
Majoriti pelajar akan memilih Sekolah Menengah Kebangsaan dengan kadar bayaran yang minimum.
Bagi pelajar yang tamat di peringkat sekolah rendah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Tamil (SJKT) wajib ditempatkan di kelas peralihan selama setahun sekiranya memilih untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan.
Cabaran Dalam Pendidikan Bahasa
Isu sekolah vernakular dalam sistem pendidikan di Malaysia tidak pernah selesai dan kerap menjadi kontroversi
Masyarakat Cina dan Dong Jiao Zong:
Berpandangan sekolah vernakular sejak berpuluh tahun lalu tidak pernah mengakibatkan masalah jurang antara kaum, malah telah mempertingkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa.
Kewujudan sekolah vernakular ini juga dikatakan tidak pernah menjejaskan perpaduan kaum negara.
Meminta kerajaan bersikap terbuka dalam memberi layanan sama rata kepada sekolah pelbagai aliran bagi mengukuhkan perpaduan dan pembangunan negara.
Akta Pendidikan 1996
Akta Pendidikan 1996 telah mengemukakan satu undang-undang baharu tentang pendidikan bagi maksud melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara, dijangka dapat dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang memperutukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang sama.
Bahasa ialah persoalan yang merumitkan dalam masyarakat yang berbilang etnik kerana dapat menjadi penghalang kepada integrasi jika kumpulan ras dan etnik yang berlainan mahukan pengekalan bahasa mereka sebagai alat untuk menyampaikan kebudayaan dan nilai-nilai sosial.
Kerajaan sedar bahawa pendidikan merupakan satu bidang yang amat penting dalam pembangunan modal insan bagi menjamin kelestarian dan kejayaan sesebuah negara.