Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 8 : Penyahjajahan / Dekolonisasi (Nurul Nabila Binti Rohayzi…
BAB 8 : Penyahjajahan / Dekolonisasi (Nurul Nabila Binti Rohayzi 2022736987)
Rene Descartes dan agagsan "Ego Cogito Ergo Sum"
Cartersian Dualism membahagikan kehidupan kepada dua ekstrem iaitu :
berfikir sebagai sifat mutlak manusia
manakala alam benda sebagai makhluk tiada apa apa nilai dan makna
Gagasan itu telah memutlakkan keupayaan akal-rasional manusia secara bersendirian tanpa peranan aktif tuhan dan alam dalam proses perolehan ilmu
Rasionalisme Descartes yang menyingkirkan peranan tuhan menjadi paradigma ilmu dan universiti moden hari ini
CARTESIAN DUALISM
Gagasan yg dikenali sebagai Rasionalisme Humanisme/ Rasionalisme Antroposentrisme atau Egoisme Descartes ini menjadi paksi ilmu pengetahuan dan disiplin sains tabi'e dan sosial moden
Secara egoistik Descartes mempelopori paradigma ilmu yang bersifat :
Diri sendiri sebagai subjek perolehan ilmu berpandukan akal- rasional/ minda beliau semata-mata
Tuhan bukan sumber ilmu yang utama
Segala sesuatu selain dari akal- rasional/ minda manusia hanya sebagai objek kosong tanpa nilai untuk diketahui dan dikuasai oleh akal- rasional/ minda
Aliran Falsafh Dualisme : Naturalisme > Materialisme > Ateisme > Reduksionism
Naturalisme
Merupakan falsafah yang menerima nature (alam) sebagai keseluruhan realiti
Istilah nature telah dipakai dalam falsafah dengan pelbagai erti, bermula dari dunia yang dapat dilihat oleh manusia, sampai kepada sistem total dari fenomena ruang dan waktu.
Asas kepada falsafah Naturalisme
Alam boleh dikenali melalui pancaindera manusia
Menerima kaedah saintifik tetapi masih menerima segala yang berpunca daripada alam
Berpendapat bahawa manusia tidak harus menjauhkan diri daripada alam
Materialisme
Dari sudut etimologi, materialisme berasal daripada Yunani
materia
yang bermaksud benda (yang berjirim dan berjisim)
Materialisme ialah satu fahaman yang menganggap kewujudan hanyalah berunsurkan material lalu pemikiran, jasad, pengetahuan, alam dan sebagainya semuanya berkembang dan berasaskan material
Fahaman Empirisme telah menyemarakkan lagi fahaman materialisme dan penolakan terhadap kepercayaan metafizik dan alam ghaib
Asas kefahaman materialisme :
Segala yang wujud berasal dari satu sumber iaitu material
Tidak percaya alam ghaib
Pancaindera sebagai satu-satunya alat mendapatkan ilmu
Ilmu sebagai pengganti agama dalam menetapkan hukum
Kecenderungan dan tabiat manusia sebagai akhlak
Ateisme
Dari sudut etimologi, ateisme berasal dari perkataan Yunani
ateis
yang bermaksud tanpa tuhan
Aliran ini tidak percaya atau kurang kepercayaan tentang kewujudan tuhan atau tuhan tuhan
Reduksionisme
Aliran reduksionisme bertujuan untuk merapatkan jurang antara ilmu sains dan kemanusiaan
Reduksionisme ialah satu fahaman yang segala-galanya mestilah diturunkan kepada satu konsep asasi yang mesti dipersetujui oleh semua
Saintisme
Merupakan ideologi materialistik yang menyamakan seluruh realiti dengan material
Menolak segala sesuatu yang tidak memiliki data serta fakta empirik seperti aliran teologi dan metafizik
Saintisme meletakkan martabat sains begitu tinggi sehingga menjadikan sains sebagai satu-satunya sumber kebenaran yang mutlak
Mereka menolak ilmu wahyu sebagai sumber kebenaran
Positivisme
Merupakan satu sistem falsafah yang didasarkan kepada fakta-fakta yang nyata dan juga berdasarkan hukum-hukum sains
Positivisme percaya bahawa sains merupakan satu-satunya pengetahuan yang sah, manakala fakta adalah paling sesuai untuk menerangkan tujuan pengetahuan
Kolonisasi - Penjajahan Epistemologi
Membangunkan ilmu kolonial berasaskan kerangka epistemologi rasionalisme bagi membincangkan tentang agama, budaya, masyarakat, bahasa dan sebagainya.
Sistem yang bertentangan dengan pandangan Barat dianggap sebagai ketinggalan zaman.
Memperkenalkan kerangka pemikiran sekularisme dalam pemikiran masyarakat.
Penjajahan epistemologi mewujudkan karakter
“epistemic arrogance”
Epistemic Arrogance
Epistemic Arrogance atau Keangkuhan Cendekiawan berlaku apabila keyakinan terhadap pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang dan keupayaan untuk mengetahui menjadi berlebih-lebihan.
Ilmu-ilmu yang berasal dan berkembang dari Eropah Barat (Itali, Perancis, England, Jerman dan Amerika Syarikat) telah dijadikan penanda-aras dan rujukan sejagat (universal) tentang sistem, struktur dan sifat universiti dan ilmu.
a turut menafikan kepentingan, keberadaan dan peranan sistem, struktur dan sifat universiti dan ilmu lain yang bukan bercirikan Eropah Barat.
EGOSIME
Berasal dari bahasa Latin
ego
yang bermaksud "aku"
Teori yang menganggap sesuatu nilai itu baik apabila ia menguntungkan diri sendiri (individu)
Diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietzshe (1844-1900) menurut beliau kemoralan ialah kepentingan diri, pemeliharan diri, mengasihi diri, kesedaran diri dan seumpamanya
Individu yang berpegang kepada falsafah ini percaya bahawa mereka harus mengambil keputusan yang dapat memaksimumkan faedah kepada diri sendiri
Teori ini bersifat invidualistik
Antroposentrisme
Dari sudut etimologi, antroposentrisme berasal dari perkataan bahasa Yunani ánthrōpos yang bermaksud manusia dan kepercayaan bahawa manusia adalah entity paling penting alam semesta.
Antroposentrisme mentafsirkan atau menganggap dunia dari segi nilai dan pengalaman manusia.Istilah ini boleh digunakan secara bergantian dengan kemanusiaan, dan beberapa merujuk kepada konsep itu sebagai keunggulan manusia atau keistimewaan manusia.
Antroposentrisme dianggap sangat tertanam dalam banyak budaya manusia moden dan tindakan sedar.
Ini adalah konsep utama dalam bidang etika alam sekitar dan falsafah alam sekitar, di mana ia sering dianggap sebagai punca utama masalah yang dicipta oleh Tindakan manusia dalam ekosfera
Eurosentrisme
Eurosentrisme ataupun kepercayaan berpusatkan Eropah merujuk kepada kecenderungan untuk mentafsir sejarah dan budaya masyarakat bukan Eropah dari sudut perspektif pandangan Barat.
Menurut J. M. Blaut, kepercayaan tersebut adalah satu bentuk teori peresapan budaya berpusatkan Eropah (Eurosentric diffusionism) yang mempercayai Eropah sebagai pencetus peradaban manusia sama ada di kawasan yang tertentu atau di seluruh dunia.
Ilmu Kolonial
-Ilmu kolonial adalah ilmu yang mengumpulkan segala maklumat tentang masyarakat tanah jajahan bagi tujuan pengawalan dan pemantauan yang sepatutnya.
Ia berasaskan dasar dan epistemologi (falsafah ,pendekatan, metodologi dan tafsiran) yang dilakukan oleh sarjana penjajah kolonial British terhadap masyarakat Tanah jajahan.
Tujuannya untuk menguasai aspek politik dan pemikiran masyarakat tanah jajahan.
Sewaktu penjajahan, Pejabat Tanah Jajahan (Collonial Office) di London telah menetapkan dasar agar ilmu dan korpus ilmu kolonial diwujudkan bagi memastikan penjajahan dapat bertahan lama.
Kolonisasi Ilmu
Kolonisasi ilmu bermaksud proses menjadikan pendidikan itu dikuasai oleh pengaruh-pengaruh tertentu, contohnya dipengaruhi oleh pemikiran barat
Kolonisasi ilmu berlaku tahap demi tahap sehinggalah pengaruh barat menjadi naratif secara terang-terangan dalam pendidikan.
Penjajah barat memberi perhatian yang serius dalam bidang pendidikan di negara-negara yang mereka jajah.
Melalui proses kolonisasi ilmu, penjajah barat sentiasa berusaha melahirkan anak-anak peribumi yang berfikiran penjajah.
Kolonisasi - Penjajahan Manusia
Penjajahan Imperialisme menggunakan alasan kemunduran dan kerendahan wilayah bukan Eropah bagi menjustifikasi keperluan kepada penjajahan kolonialisme
Proses kolonisasi diperlukan bukan sahaja sebagai penakluk, tetapi juga sebagai pencetus kemajuan dan modenisasi atau pengeropahan
Menekankan tentang idea kemajuan sejarah melalui teori kemajuan yang dipegang berdasarkan pemikiran sejarah berpusatkan Eropah.
Kolonisasi - Penjajahan Wilayah Atau Tanah
Memenuhi inspirasi konsep kolonialisme yang dipengaruhi slogan "Gold, Glory and God”
Faktor pemilihan wilayah :
Lokasi strategik
Bahan mentah
Pasaran baharu
Implikasi Kolonisasi melalui Gagasan Eurosentrisme
Ketamakan Kapitalis : Eurosentrisme dan kolonialisme menjadi pemangkin ketamakan kapitalis-kapitalis global untuk memaksimumkan
keuntungan mereka tanpa menghiraukan eksploitasi dan ketidakadilan kepada negara-negara yang dijajah
Melebar jurang politik, ekonomi dan sosial : Kolonialisme mengakibatkan kewujudan jurang pemisah antara negara-negara sebelah Utara (Eropah/Amerika
Syarikat/Kanada) dengan negara sebelah Selatan (Asia/Afrika/Amerika Selatan/Tengah).
Menyemarakkan proses antropogenik : Egoisme dan saintisme memberikan kesan kepada kemusnahan ekologi dan alam-sekitar disebabkan oleh penggunaan
sains dan teknologi yang bersifat memusnah dan mencemarkan.
Antropogenik
Antropogenik adalah kesan atau akibat yang dihasilkan atau dibuat oleh
manusia atau sesuatu yang berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia
Sumber pencemaran antropogenik adalah istilah untuk pembakaran terbuka, pembukaan tanah untuk tujuan pertanian, peningkatan bilangan kenderaan bermotor serta kepesatan kegiatan perindustrian
Antropogenik memberikan kesan kepada : Kemusnahan alam, Ekosistem, Eksploitasi alam
Dekolonisasi (Penyahjajahan)
Epistemic Arrogance kepada Epistemic Humility
Perkataan 'epistemic' bermaksud apa-apa yang berkaitan dengan pengetahuan.
Epistemic Humility boleh didefinisikan sebagai : Nilai murni (virtue) yang muncul daripada pengiktirafan kepada kerapuhan keyakinan epistemik-iaitu keyakinan
yang diterapkan kepada proses untuk mendapatkan, menilai, dan menggunakan pengetahuan
Epistemic Humility boleh difahami sebagai perasaan rendah hati / diri terhadap andaian kepada pemahaman sendiri. Seperti kita mengakui diri sendiri tidak mengetahui apa-apa, atau mungkin tidak tahu banyak perkara.
Ia juga bermaksud kita mengakui bahawa pemahaman kita terhadap dunia tidak lengkap, dan kesannya
kemungkinan kamu tidak memahami sesuatu perkara secara jelas seperti yang kita rasakan.
Gagasan Epistemic Humility yang bermaksud merendah diri untuk belajar diperlukan untuk membangunkan insan
bersepadu, sejahtera dan ekologikal