Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Alahan makanan bagi kanak-kanak - Coggle Diagram
Alahan makanan bagi kanak-kanak
Definisi- Alahan makanan bermaksud kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.
http://www.myhealth.gov.my/alahan-makanan/
Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.
Gejala dan sakit mungkin di tahap sederhana tetapi kadang-kala gejala serius seperti anafilaksis boleh berlaku iaitu saluran pernafasan tersekat dan sistem jantung tidak berfungsi. Ini boleh membawa maut.
Pengelakkan beberapa jenis makanan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan tertentu sekiranya makanan tambahan tidak diambil, contohnya kekurangan kalsium boleh berlaku jika semua produk susu dikeluarkan daripada pemakanan kanak-kanak yang alah kepada susu lembu.
Tumbesaran terbantut dan ia boleh berlaku sekiranya banyak kumpulan makanan dihadkan.
Cara mengenal pasti alahan: Adalah terbaik berjumpa doktor untuk mengenal pasti alahan makanan. Jangan sesekali membuat ujian sendiri untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan boleh mencetuskan alahan. Sesetengah ujian darah untuk mengesan tahap antibodi (IgE) atau ‘ujian suntikan kulit’ (skin prick test) boleh dilakukan oleh doktor untuk membantu mengenal pasti alahan tertentu.
Langkah-langkah rawatan:
Dalam kes yang telah dikenal pasti, elakkan makanan yang menyebabkan alahan. Dapatkan nasihat Pegawai Dietitik jika perlu untuk mengelakkan kekurangan zat makanan.
Memberi rawatan untuk tindak balas yang teruk daripada pendedahan secara tidak sengaja kepada mangsa, termasuklah:
Menyuntik diri sendiri dengan adrenalin/epinephrin menggunakan jarum atau pen khusus yang disediakan.
Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera.
Kebiasaannya ubat-ubatan seperti antihistamin, ‘bronchodilator’ (ubat membuka saluran pernafasan) dan steroid, alatan pembuka saluran pernafasan (insertion of airway) juga cecair intravena diperlukan dalam rawatan alahan.
Memberi makanan yang menyebabkan alahan dalam kuantiti yang amat sedikit dengan beransur-ansur (desensitising) pernah digunakan tetapi ianya bukanlah rawatan piawaian yang diluluskan.
Tanda dan gejala alahan:
‘Angioedema’ (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).
Kesukaran bernafas dan berdehit.
Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (urticaria).
Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
Perut yang sakit dan memulas.
‘Colic’ (sakit perut) dikalangan bayi.
Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.
Gejala yang sama boleh berlaku dalam intoleransi terhadap makanan (food intolerance) dan penyakit-penyakit lain. Maka pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk membuat diagnosa yang tepat.