Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDEKATAN GOLONGAN ORIENTALIS - Coggle Diagram
PENDEKATAN GOLONGAN ORIENTALIS
Pengenalan
Menurut Kamus Dewan, Orientalis ialah pakar dalam bahasa, kebudayaan dan lain-lain bangsa timur.
Golongan Orientalis telah merancang pelbagai dakyah dan propaganda bagi melenyapkan dan menghancurkan Islam dan pengikutnya
Golongan ini wujud bermula zaman Rasulullah SAW, di mana bangsa Yahudi dan kafir Quraisy melakukan pelbagai tipu daya, helah serta muslihat untuk memecahbelahkan umat Islam
Pendekatan Orientalis
Menyerang umat Islam dengan perang Saraf
merencana pelbagai fikrah dan perancangan untuk menyalurkan pelbagai idea seperti pemikiran liberal, pluralisme, materialisme, positivisme, dan lain-lain lagi
Melahirkan keraguan terhadap sumber-sumber dan ketamadunan Islam
Sekiranya di campur adukkan agama dan pengetahuan, pihak tersebut beranggapan akan menyebabkan umat Islam akan mengalami kemunduran dan ketinggalan zaman
Meragukan umat islam terhadap al-Quran, as-Sunnah dan ulamak
Menurut S Parvez Manzoor, dalam bukunya Method Against Truth: Orientalisme and Quranic Studies, pengkajian orientalis Barat ke atas A l-Quran biar apa pun manfaatnya, lahir daripada kebencian yang dipupuk dalam kekecewaan dan diselubungi dengan kebencian.
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak).”
Memutar belit sejarah dan tamadun Islam
mengungkap pelbagai kisah yang digarap kan di dalam buku-buku karya mereka dengan pelbagai fakta yang menyeleweng dan diguna pakai oleh golongan penulis Islam sendiri
Cara Menangani Tindakan Orientalis
Mengukuhkan kefahaman tentang Islam
Pihak yang berkenaan perlu menyanggah tuduhan-tuduhan kaum orientalis terhadap Islam dan umat Islam dengan mengungkap, menganalisis dan memperbetulkan tuduhan-tuduhan yang tidak benar.
Menumbuhkan kesedaran terhadap kesalahan yang dilakukan oleh orientalis kerana kejahilan, salah faham atau kerana sempitnya wawasan keislaman yang mereka miliki
Menjelaskan semaksimumnya tentang agama Islam melalui pelbagai cara termasuk penulisan dan media massa yang berdasarkan fakta dan bukan sekadar kata-kata retorik.
Mengambil langkah menulis sejarah dan tamadun Islam
Menyediakan pusat-pusat pengkajian yang menyelidik kebatilan dan kekeliruan ilmiah kaum orientalis.
Peranan pihak berkuasa: menubuhkan satu kumpulan penyelidik yang terdiri dari umat Islam sendiri dan menghasilkan penulisan yang ilmiah dan dapat mengutarakan kebenaran lebih terjamin keaslian sesuatu sejarah yang berlaku
Memberi kefahaman Islam yang sebenar
Memerlukan strategi dakwah dan tarbiah yang berintegrasi di kalangan umat Islam agar mampu memberikan pengarahan yang benar dan memiliki kefahaman serta nilai yang sebenar sebagaimana yang telah dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w dan golongan sahabat
Mempunyai institusi kewartawanan Islam yang sempurna dan lengkap
Memiliki jiwa berdikari dalam pelbagai aspek kehidupan tanpa menerima sesutu perkara tanpa diketahui kesahihannya.
Menyatupadukan Umat Islam
Umat Islam perlu memiliki jati diri dan nilai keimanan yang tinggi
Sebarang propaganda mampu di tangani bersama kerana penyatuan umat itulah kunci kekuatan Islam. Kekuatan iman pasti akan memberikan kekuatan kepada umat Islam menghadapi pelbagai dakyah ataupun propaganda musuh-musuh Islam
Penguasaan ilmu dan teknologi
Mampu menangani segala krisis dengan bijak bagi membuktikan kebenaran Islam tanpa perlu bergantung pada kajian yang dikhuatiri akan diselewengkan
Peranan Keimanan Terhadap hari Akhirat
-Komited dan iltizam dalam melakukan amalan
Kepercayaan pada hari akhirat menjadi garis perbezaan antara manusia dan haiwan.
Kepercayaan ini akan menguatkan iltizam dalam melakukan amalan dan tidak mudah di gugat oleh sebarang anasir yang mengelirukan
Menjadi pengajaran yang penting bagi meneguhkan keimanan dan juga membawa sikap berlapang dada dan optimis serta menghilangkan fikiran yang sempit dan lebih optimis dengan ajaran Islam
-Menguatkan keimanan dan ketakwaan
Kehidupan kita di dunia ini tiada nilainya dan akan penuh penyesalan di akhirat sekiranya kita tidak beriman dengan Allah dan hari kiamat
Memberi keteguhan akidah dan mampu menolak apa sahaja propaganda yang dilemparkan ke atas kesucian agama Islam
Mengalakkan melakukan amal makruf (kebaikan) dan meninggalkan maksiat.
Seseorang yang sentiasa mengingati akan peristiwa yang pasti berlaku ini, akan mengingati mati.
Tidak berani dan tidak mahu melakukan kemaksiatan kepada Allah dan bertekad untuk melakukan kebaikan dalam segala aspek kehidupan.
Menghindarkan diri dari melakukan pembohongan dan kezaliman.
Kesimpulan
Sebagai umat Islam, kita perlulah mempelajari orientalis dengan tujuan untuk mengkaji sikap orang bukan Islam terhadap Islam, Al-Quran, kenabian dan umat Islam. Ini merupakan kewajipan bagi orang Islam untuk mengetahui penilaian pihak lain terhadap ajaran Islam. Tidak semua yang di bawa oleh Orientalis ini adalah buruk, bahkan kajian mereka banyak membongkar khazanah ilmu Islam yang berharga. Malah terdapat banyak hasil kajian Orientalis yang merungkaikan tentang kehebatan Islam sehingga mampu menarik minat mereka untuk memeluk Islam.