Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 6 : EPISTEMOLOGI (NURUL NABILA BINTI ROHAYZI 2022736987) - Coggle…
BAB 6 : EPISTEMOLOGI (NURUL NABILA BINTI ROHAYZI 2022736987)
Epistemologi Dari Sudut Etimologi
Berasal dari bahasa Yunani :
episteme
dan
logos
Episteme
bermaksud pengetahuan atau kebenaran
Logos
bermaksud ilmu/teori
Epistemologi : teori pengetahuan yang benar
Pengetahuan berbanding ilmu pengetahuan
Dari Sudut Terminologi
Oxford Dictionary of Sociology (2009) :
'The philosophical theory of knowledge on how we know what we know'
Epistemologi adalah mengenai bagaimana pengetahuan yang dimiliki diperolehi oleh seseorang individu
Permasalahan hakikat ilmu pengetahuan, kebenaran, kepastian pengetahuan serta hakikat kehendak dan kebebasan manusia dalam pengetahuan
Suatu upaya rasional untuk menimbang dan menentukan nilai kognitif pengalaman manusia dalam interaksinya dengan diri dan lingkungan sekitarnya
Suatu disiplin ilmu yang bersifat
evaluative
(menilai),
normative
(tentukan standard) dan
critical
(menguji) serta membahas tentang keabsahan pengetahuan
Epistemologi Ilmu
Apa itu pengetahuan?
Dari mana asalnya atau sumber pengetahuan itu?
Untuk apa pengetahuan tersebut dan kegunaannya?
Apakah nilai pengetahuan tersebut?
Bagaimana hendak membentuk pengetahuan yang benar dan tepat?
Apa itu kebenaran?
Apa yang diketahui oleh manusia itu sendiri?
Fokus Utama Epistemologi
Menjawab apa yang benar dan sudah diketahui
Menjawab bagaimana cara untuk mengetahuinya
Melihat kepada perkara yang boleh dilihat secara realiti dan kemudian diteliti secara saintifik melalui pengetahuan yang dimiliki
Kesan Epistemologi
Membantu seseorang untuk mengetahui perkara yang ada dalam sesuatu bidang termasuklah perkara yang tidak berkaitan dengan sesuatu bidang tersebut
Membantu memahami cara dan arah manusia berfikir
Mempengaruhi peradaban manusia
Mendorong manusia untuk sentiasa berfikir dan menciptakan sesuatu yang baharu
Modal dasar dan alat yang strategik dalam merekayasa pengembangan alam
Falsafah Ilmu dan Pengetahuan (Knowledge)
Pengetahuan merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar
Pengetahuan yang tersusun akan meningkat menjadi ilmu atau sains
Ahli falsafah mengatakan ilmu adalah pengecaman bentuk maklumat dalam jiwa
Imam al-Ghazali menjelaskan "Pengetahuan adalah pengetahuan yang sistematik, benar dan menyakinkan"
Ilmu Sains
Merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunanya
Dari sudut etimologi, 'sains' berasal daripada bahasa Latin iaitu
scientia
yang bermaksud mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat
Hubungan Falsafah dengan Sains
Sains pada awalnya merupakan sebahagian daripada cabang falsafah kerana falsafah merupakan induk bagi segala ilmu pengetahuan yang ada
Falsafah dan sains mengalami perubahan di mana subjek sains dan falsafah itu telah berkembang dan mempunyai cabangnya tersendiri
Revolusi Sains/Saintifik
Berlaku di Eropah sekitar tahun 1500 sehingga 1750M
Pada waktu ini, pembangunan sains berlaku dengan rancaknya
Seiring dengan itu, proses pemisahan ilmu pengetahuan daripada nilai-nilai agama Kristian turut bermula
Kesannya, penyelidik di Barat mula disesuaikan dengan keadaan neutral nilai atau dikenali sebagai konsep bebas nilai
KONSEP BEBAS NILAI : Mempunyai makna yang berbeza bergantung kepada konteks
Memberi impak kepada pengertian sebenar penyelidikan saintifik masa kini
Aliran Falsafah Ilmu (Rasionalisme)
Dipelopori ahli falsafah pada abd ke-17 dan 18 seperti Rene Descartes (1596-1650)
Menekankan kepada kemampuan akal atau autoriti akal fikiran untuk memperolehi ilmu dan mencari kebenaran
Bersifat fitrah di mana idea mengenai kebenaran dikatakan sudah ada pada diri manusia secara
a priori
tanpa perlu melalui pengetahuan dan pengalaman
Kemampuan dapat menyusun sistem-sistem kefalsafahan terutama ilmu logik dan matematik yang lahir sejak zaman
Aristotle
Mementingkan subjek daripada objek
Menyingkap melalui cubaanya untuk memahami objek atau sesuatu di luar kesanggupan rasionaliti
POLA ALIRAN
Kebenaran haruslah ditentukan melalui pembuktian logik dan analisis berdasarkan ratio berbanding dengan analisi melalui iman dan ajaran agama
Rasionalisme tidak mengingkari kegunaan indera dalam memperolehi pengetahuan kerana ia merangsang akal dan memberi bahan-bahan untuk akal bekerja. tetapi sampainya manusia kepada kebenaran adalah melalui akal
EMPIRISME
Dipelopori oleh ahli falsafah British pada abad ke-18 seperti David Hume (1711-1776)
Berasal dari bahasa Yunani
empeirikos
yang bermaksud pengalaman
Ia menolak pandangan falsafah rasionalisme bahawa akal manusia mempunyai konsep terhadap sesuatu objek sebelum proses tanggapan di alam dunia
KELEMAHAN
Objek yang menipu
Indera yang terbatas
Indera menipu
Implikasi- Dunia fikiran seseorang, dunia di luar minda yang mengandungi zat
SKEPTISISME
Dipelopori David Hume (1711-1776)
Berasal dari bahasa Yunani skeptomai yang bermaksud untuk melihat sekitar dan untuk mempertimbangkan
Doktrin dalam ilmu pengetahuan yang menekankan ketidakpastian dalam wilayah ilmu
Merangkumi tindakan mempertanyakan sikap ketidakpercayaan dan sikap keraguan
Membawa penerimaan terhadap doktorin Fenomenalisme
Membataskan kewujudan kepada fenomena sahaja iaitu dunia yang dapat ditanggapi
Menolak idea atau hakikat metafizik
Apa yang ditanggapi oleh pancaindera sahaja dianggap wujud
Meneri 2 jenis kebenaran iaitu fakta yang jelas dan kebenaran yang boleh diterima akal
3 jenis pengalaman pancaindera yang bersifat ilusi - Ilusi garapan pancaindera, penglihatan fatamorgana di padang pasir
Garapan pancaindera bersifat relatif, objek yang bulat akan dilihat bujur dari sudut tertentu
Halusinasi sesuatu yang dilihat, dirasa, dibau, didengari yang sebenarnya tidak wujud
Sumber Perolehan Ilmu
Wahyu dan Tradisi
Intuisi dan Ilham
Ilmu Hudhuri
Kearifan Tempatan
Hikmah
WAHYU
Berasal dari perkataan Arab yang bermaksud memberitahu dengan segera atau segala yang disampaikan secara rahsia kepada pihak lain supaya dapat diketahui
Dari sudut terminologi, segala yang disampaikan Allah kepada nabi dan rasul yang berupa ajaran atau perkhabaran dalam bentuk sejarah, hukum hakam, peristiwa akan datang, perkara ghaibiyyat dll
PERANAN WAHYU-
Menjaga dan memelihara syariat Islam dan petunjuk kepada manusia dan seluruh alam
Sebagai mukjizat kepada nabi S.A.W
Sebagai rujukan dan penyelesai masalah. ia adalah sumber rujukan ke atas kebenaran pengetahuan rasional, empirikal dan intuisi
-HAKIKAT WAHYU-
Wahyu pengalaman yang diperolehi golongan yang terkhusus
Wahyu urusan Allah yang tidak boleh difikirkan dan diusahakan
Bukan pengalaman pancaindera yang dapat difahami oleh akal
Merupakan pengalaman kerohanian yang tidak dapat diketahui hakikatnya
ILHAM/ INTUISI
Pengetahun yang diperolehi tanpa melalui proses penalaran (pemikiran)
Boleh berlaku dalam keadaan tidak sepenuhnya sedar iaitu datang ketika tidak difikirkan atau dikehendaki
Intuisi bersifat personal datang secara tiba-tiba dan tidak boleh diramalkan
Al-Ghazali menyatakan bahawa ilmu adalah berupa cahaya yang datang kepada nurani yang bersih dan lembut
Ilmu yang didapati tanpa jalan mengkaji dan mencari dalil
Intuisi mempunyai banyak nama dan istilah yang pelbagai seperti Basirah, Kasyaf, Wujdan, Ilmu Ladunni/ Hudhuri
AKAL
Akal yang sihat merupakan saluran untuk mengetahui ilmu yang jelas
Akal yang sihat mampu mengatur dan menemukan hubungan yang sesuai dalam setiap ruang ilmu dan antara satu sama lain
Merupakan fakulti mental yang mampu mengambil pengajaran daripada pengalaman
Akal dan indera tidak dapat dipisahkan kerana keduanya saling berhubungan. Al-Quran amat menganjurkan kepada manusia untuk melihat fenomena alam- untuk menusia berfikiran tentang kebesaran pencipta
PANCAINDERA
Deria rasa. bau , sentuhan, penglihatan dan pendengaran
Menurut al-Quran, sumber pengetahuan dapat ditemukan melalui 3 jalan yakni al-sama (pendengaran), al-bashar (penglihatan). al-qalb (hati)
Kebenaran yang diperolehi tidak semestinya selalu betul dan tepat
Menurut Imam al-Ghazali, metode indera tidak menimbulkan keyakinan
Seperti mana akal, pancaindera sahaja tidak mencukupi untuk memahami fenomea yang ada
3 Kecenderungan Epistemologi Islam terhadap Sumber ilmu
Bayani
Irfani
Burhani
PEMBAHAGIAN & HIRARKI ILMU BERDASARKAN ASPEK BERIKUT
Sumber
Hukum
Keperluan
BERDASARKAN SUMBER ILMU : Naqli (Wahyu), Aqli (Intelek)
PEMBAHAGIAN & HIRARKI ILMU BERDASARKAN HUKUM MEMPELAJARI ILMU : Hukum pelajari ilmu, Fardu ain, Fardu kifayah