Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pembelajaran Satu Jam Kimia, JIEVIEYA A/P SUGUMARAN BAB1 : KADAR TINDAK…
Pembelajaran Satu Jam Kimia
Fasa Pengenalan
Chalk Talk
Soalan berkaitan faktor- faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas disediakan dan diberikan kepada pelajar. Para pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan mengikut bilangan faktor kadar tindak balas. Para pelajar akan disediakan dengan peralatan seperti marker dan kertas. Selepas memnulis jawapan, pelajar akan menampal kertas jawapan tersebut di sekeliling kelas. GUru dan para pelajar akan mengadakan perbincangan terbuka dengan menyemak jawapan tersebut bersama - sama.
Embed into Powerpoint
Masukkan video berkaitan setiap faktor yang mepengaruhi kadar tindak balas di dalam PowerPoint supaya pelajar dapat memahami dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan.
Objective Check
Pelajar akan menulis pemahaman mereka berkaitan objektif pembelajaran bagi topik yang mereka pelajari pada hari tersebut berdasarkan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti yang dijalankan dalam kelas.
Fasa Penyampaian
Role Playing
Guru memainkan peranan dengan memilih beberapa pelajar secara rawak dan tugaskan mereka untuk memahami faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Pelajar yang tidak dipilih akan memainkan peranan sebagai pendengar dengan mendengar apa yang disampaikan oleh para pelajar tersebut serta akan menanyakan soalan berkaitan topik tersebut.
Drawing For Understanding
Untuk menguji kefahaman pelajar bagi struktur atom unsur, pelajar untuk memikirkan jawapan bagi beberapa soalan situasi yang ditanyakan oleh guru dengan alasan yang betul.
Who Am I
Bagi membantu pelajar untuk mengingati faktor - faktor kadar tindak balas, kita boleh mainkan satu permainan di dalam kelas dimana setiap murid diberikan satu kad yang mengandungi situasi bagi sesuatu faktor secara rawak. Peranan rakan sekelas yang lain adalah untuk menanyakan soalan supaya mereka dapat meneka faktor yang terlibat dengan betul.
Fasa Penutup
Human Flashcard
Pelajar di dalam kelas dibahagikan dalam kumpulan secara berpasangan. Mereka ditugaskan untujk menghafal faktor - faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas serta sebabnya secara berpasangan.
Circle the Questions
Pada akhir sesi pembelajaran, guru memberikan latihan yang mengandugi beberapa soalan kepada pelajar. Latihan tersebut akan terdiri daripada soalan - soalan berkaitan kadar tindak balas.Latihan ini perlu dihantar kepada guru pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.Semasa membuat tugasan ini, pelajar dikehendaki menmbulatkan soalan yang tidak difahami atau tidak dapat diselesaikan oleh mereka.Latihan ini adalah bersifat individu.
Crossword Puzzle
Pada akhir sesi pembelajaran, para pelajaran diberikan latihan dalam bentuk "crossword puzzle" bagi menguji pemahaman mereka berkaitan tajuk yang dipelajari pada hari tersebut.
1.3 Teori perlanggaran
JIEVIEYA A/P SUGUMARAN BAB1 : KADAR TINDAK BALAS