Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS), Khoo,Koh,Lai,Hoong -…
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya ianya dapat melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Standard digunakan dalam KSSR ialah bagi memastikan semua pelajar melepasi standard yang telah ditetapkan, pentetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas, mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning), mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran, serta pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dapat dijalankan.
Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Penerimaan Guru Terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Dengan Komitmen Guru Dalam Melaksanakan PBS Sekolah Rendah :
Kementerian Pelajaran menjelaskan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah pentaksiran dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan teknologi haruslah dimanfaatkan oleh guru mahupun penggunanya secara efektif supaya sistem pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dapat di terima dan dikuasai oleh guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS ).
Penggunaan teknologi dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dapat membantu kerja guru supaya dilaksanakan dengan efektif dan berkesan tanpa ada masalah dalam membuat penilaian terhadap murid.
Komitmen guru dalam melaksanakan PBS
Pertama, komitmen kepada sekolah sebagai satu unit sosial. - Guru yang mempunyai komitmen ini bertanggungjawab terhadap sekolah dan profesionnya dan sedia secara sukarela dengan kerja-kerja tambahan yang akan membantu peningkatan iklim dan peranan sekolah
Kedua, komitmen kepada matlamat akademik sekolah. Guru yang mempunyai komitmen ini memperuntukkan banyak masa dalam kerja-kerja akademik seperti perancangan pengajaran, aktiviti bilik darjah dan sentiasa berfikir tentang cara untuk meningkatkan penglibatan dan pencapaian pelajar.
Ketiga, komitmen kepada pelajar sebagai individu yang unik. Guru yang mempunyai komitmen ini akan bermotivasi untuk berurusan dengan penyelesaian masalah pelajar, dan lebih sensitif dan sedar tentang perkembangan pelajar sebagai seorang remaja.
Keempat, Komitmen kepada pengetahuan yang diperlukan untuk pengajaran berkesan. Guru jenis akan sentiasa bersedia dengan perubahan-perubahan dan pengetahuan baru dan terkini dan menggabungkan idea-idea baru dalam bilik darjah dan kurikulum
Jika guru memiliki keempat-keempat jenis komitmen ini, maka penerapan dan pengekalan dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menjadi lebih mudah dan bermakna.
penerimaan guru terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah dengan komitmen guru dalam
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berdasarkan sorotan kajian di atas, guru perlulah
(i)
Berfikiran Positif dalam melakukan perubahan
Guru perlulah bersedia dari pelbagai aspek seperti minat, sikap, penguasaan kemahiran dan pengetahuan dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
(ii)
Bersedia untuk meningkatkan pengetahuan pedagogi pengajaran
Guru perlulah tahu berkenaan pengetahuan pedagogi kerana ia akan mempengaruhi pendekatan dan kaedah pengajaran serta penyediaan sumber pengajaran. Guru perlu tahu bagaimana cara untuk menarik murid.
(iii)
Membuat perancangan
Guru perlulah merancang agar sistem pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan mudah tanpa
ada pelbagai masalah tidak cukup masa untuk menyediakan isi yang bersesuaian dengan pembelajaran
Isu Kesediaan Guru dalam Amalan Melaksanakan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
Guru masih tidak yakin dalam amalan mentaksir murid. Hal ini disebabkan mereka kurang latihan, pengetahuan, kemahiran dalam melaksanakan PBS.
Guru-guru juga masih kabur dan tidak mahir terutama dalam teknik-teknik penilaian PBS
guru masih tidak jelas dalam pelbagai aspek pentaksiran termasuk tujuan, masa pelaksanaan, teknik melaksana, mentafsir dan menggunakan maklumat pentaksiran untuk membuat keputusan berkaitan pengajaran dan pembelajaran
Transformasi pendidikan yang telah dilaksanakan mulai tahun 2010 ini adalah dengan melaksanakan sistem penilaian pelajar berasaskan sekolah atau lebih dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ianya bagi menggantikan system pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.
Menerusi sistem ini, penilaian pelajar dibuat secara berterusan berdasarkan prestasi pelajar.
Salah satu komponen PBS dalam bidang akademik adalah Penaksiran Sekolah (PS).
PS adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mapu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P.
bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya.
PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN PBS
Perbanyakkan Latihan dalam Pentaksiran
Pemantauan yang Bermatlamat
Kurangkan Beban Kerja Guru
PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, SIKAP DAN MASALAH GURU DALAM MELAKSANAKAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BAHASA MELAYU DI SEKOLAH RENDAH
Dijalankan di Betong Sarawak
sejauh manakah isu pelaksanaan PBD di sekolah rendah tercapai dengan sempurnanya dari aspek tahap kesediaan guru untuk menjalankan tugas membuat PBD?
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah di kawasan luar bandar dan pedalaman melaksanakan PBD Bahasa Melayu. Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:
Mengenal pasti tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan PBD.
Mengenal pasti tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan PBD.
Mengenal pasti tahap sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan PBD.
Mengenal pasti tahap masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan PBD.
Instrumen: Soal selidik
Kesimpulan
kajian ini telah berjaya mengesan beberapa kelemahan golongan guru dalam melaksanakan PBD. Kelemahan tersebut adalah setiap pentaksiran perlu mengikuti dokumen standard kurikulum dan pentaksiran Bahasa Melayu serta tahu PBD dilaksanakan mengikut garis Panduan Pelaksanaan PBD yang ditetapkan oleh KPM (2018) tersebut.
Perlaksanaan PBS di sekolah rendah dapat meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar ianya lebih relevan dengan cabaran masa kini dan akan datang
Tahap keprihatinan guru sangat penting untuk
menyokong segala perubahan yang berlaku di sekolah kerana keprihatian adalah mewakili perasaan, keupayaan, pemikiran dan kemampuan yang ditunjukkan oleh guru terhadap tugasan perubahan yang diberikan.
Isu semasa menjalankan PBS di sekolah rendah
guru merasakan perubahan sistem pendidikan telah meningkatkan beban kerja mereka.
Guru juga merasakan transformasi tersebut terlalu cepat tanpa sokongan yang mencukupi dan berasa bimbang sekiranya ianya mengundang kegagalan dalam pelaksanaan PBS kerana perlu menyesuaikan masa dan memerlukan banyak latihan dan sumber.
Guru sukar untuk membebaskan diri mereka daripada konsep penilaian yang sedia ada iaitu secara tradisional.
guru berasa kurang berkeyakinan untuk melaksanakan PBS kerana mereka kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan PBS secara berkesan.
Khoo,Koh,Lai,Hoong