Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN
KONSEP MOTIVASI
Motivasi merupakan penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan demi mencapai matlamat. Secara ringkasnya, motivasi ialah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan yang diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat
Ia termasuk kegiatan membuat rujukan, menyelesaikan masalah pembelajaran, membuat catatan dan mengemukakan soalan sewaktu perbincangan di dalam bilik darjah
JENIS MOTIVASI
MOTIVASI INTRINSIK
Motivasi yang berkait dengan aktiviti yang merupakan ganjaran tersendiri.
Teknik motivasi intrinsik berkait dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam pembelajaran
MOTIVASI EKSTRINSIK
Motivasi ini direka cipta oleh faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan. Ganjaran yang nyata seperti pujian, hadiah, markah dan sebagainya diberikan kepada mereka yang berjaya mencapai prestasi baik atau melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti yang diamanahkan
PERSPEKTIF BEHAVIORIS
TEORI PENGUKUHAN SKINNER
Mempercayai bahawa sesuatu tingkahlaku itu di pengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan.Apabila ada rangsangan ia akan diikuti dengan gerakbalas.Dikenali oleh Skinner sebagai pembelajaran melalui pelaziman operan
PENEGUHAN POSITIF
Peneguhan positif merupakan ganjaran yang mendorong individu.Contoh seperti pujian, penghargaan, hadiah dan lain-lain.
PENEGUHAN NEGATIF
Ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan diberikan berikutan sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini dilakukan.Contoh seperti lewat menyiapkan kerja /tugasan akan didenda lambat keluar masa rehat
PERSPEKTIF KOGNITIF
TEORI ATRIBUSI WEINER
Terdapat empat faktor yang mempengaruhi motivasi dalam pendidikan berasaskan perspektif kognitif iaitu:
Kebolehan-merupakan faktor dalaman yang stabil iaitu murid tidak mempunyai kawalan secara langsung.
Usaha-faktor dalaman yang tidak stabil dan murid boleh mengawalnya.
Nasib-faktor luaran yang tidak stabil kerana murid mempunyai kawalan yang paling sedikit.
Kesukaran tugasan-faktor luaran yang stabil dan ini tidak boleh dikawal oleh murid sendiri
TEORI EKSPEKTASI X NILAI
Dua konsep penting dalam teori motivasi adalah seperti berikut:
Nilai tugasan yang dipersepsikan atau dipersoalkan. Nilai ini berdasarkan kepercayaan kognitif peribadi setiap individu termasuk matlamat, nilai, dan minat.
Ekspektasi , iaitu kepercayaan tentang kompetensi peribadi dan kebolehan individu terhadap tugasan.
TEORI DISONANSI KOGNITIF
Disonansi kognitif ialah situasi yang merujuk kepada konflik mental, yang berlaku apabila kepercayaan, sikap dan tingkah laku seseorang tidak sejajar. Sebagai contoh, seorang perokok terus merokok, walaupun dia tahu bahawa rokok memudaratkan kesihatannya.
PERSPEKTIF HUMANISTIK
Perspektif Humanistik menekankan bahawa manusia menginginkan kebebasan peribadi dalam membuat pilihan dan memiliki kegigihan kendiri yang mendorong untuk melakukan tingkah laku tertentu ke arah penyempurnaan kendiri.Perspektif Humanistik juga meninjau tentang ciri-ciri peribadi seseorang seperti kompetensi kendiri, harga diri, kegigihan kendiri, penmcapaian kendiri, dan autonomi serta memberi penekanan terhadap individu yang mengawal secara dalaman tentang proses hidup.