Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ISU-ISU YANG TERDAPAT DALAM KEBUDAYAAN MELAYU - Coggle Diagram
ISU-ISU YANG TERDAPAT DALAM KEBUDAYAAN MELAYU
Pengaruh Media Massa
1) Pelayaran Web Negatif
-Suka melayari laman web tidak bermoral dan tidak berfaedah yang akhirnya menganggu perkembangan minda dan fizikal
-Mencetuskan kerosakan maruah, nilai peribadi, jenayah seksualiti, masalah perundangan
-Laman web lucah mudah diakses kepada semua golongan akan memberi kesan negatif
2) Aktiviti Perjudian
-Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian dewasa dan remaja
Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam (haram berjudi)
3) Penyebaran Fitnah dan Gosip
-Gejala utama ialah penyebaran fitnah dan gosip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan dan menjatuhkan pihak lain
-Ia mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara
4) Permasalahan Remaja
-Mendorong remaja menghabiskan masa di cyber cafe
-Berlaku gejala ponteng sekolah, salah guna wang saku dan pembaziran masa
Gaya Hidup Melayu
1) Agama dan Kepercayaan
-Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam
-Sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut.
2) Amalan Adat Istiadat Melayu
-Campuran unsur tempatan dan unsur pengaruh luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam dan Barat ke Alam Melayu
Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan
Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua kelompok : 1) sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral) , 2) sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal)
Oleh sebab kedua-dua kelompok itu menganut agama Islam, jadi sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam
3) Kesenian
-Dalam masyarakat Melayu, seni dapat dibahagikan kepada beberapa aspek: 1) seni persembahan (tarian, nyanyian), 2) persembahan pentas (makyong, wayang kulit, ghazal, kuda kepang), 3) permainan tradisi (gasing, wau)
Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbagai-bagai unsur tempatan dan luar
Aliran Pemikiran Generasi X, Y dan Z
1) The Baby Bust (Lahir pada tahun 1965-1976)
-Dikenali sebagai "Generation X" dari sumber tajuk novel Douglas Coupland
"X" merujuk kepada kumpulan terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan lebih baik berbanding "the baby boom" iaitu generasi yang lahir kemudiannya.
-50 juta manusia dilahirkan ketika ini (berumur 39-50 tahun) dan membesar sebagai kanak-kanak dalam situasi ibu bapa sibuk bekerja dan ibu bapa tunggal
-Mereka ialah generasi televisyen, bersukan, berdikari dan lebih matang dari sudut emosi dan mempunyai gaya hidup seimbang
-Gen X ialah generasi internet yang menganggapnya sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran
2) The Echo of the Baby Boom (lahir pada tahun 1977-1997)
-Gen Y ini terdiri daripada wanita yang memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang lewat
-Disebut gen millennium, "Generation Next", "Net Generation" dan "Echo Boomers"
-Terdedah kepada muzik, permainan videp, aktiviti sosial, teknologi DVD. mp3, ipod
-Hidup senang dan menjadi harapan ibu bapa, ada yang membesar dengan kemudahan telefon bimbit
-Inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan dan inginkan sesuatu pantas serta tidak menghiraukan hal ehwal keluarga
3) Generation Net (lahir tahun 1998 hingga sekarang)
-dikenali sebagai Gen Z, paling tua sekarang ialah berumur 24 tahun
-Membesar dengan teknologi Internet
-Dimanjakan dengan makanan lazat, pelajaran bagus, pakaian mahal dan gajet canggih
Persaingan Global
-Teknologi maklumat dimanipulasikan oleh Barat dan sentiasa membawa perubahan budaya kepada manusia
-Penjejasan budaya dari segi peralaran, perlakuan, pakaian dan lain lain
-Cara hidup orang bandar berubah
-Kesenian makin pudar kerana setiap yang dicipta Barat menjadi saingan
-Nilai, pandangan hidup, falsafah dan corak fikiran meninggalkan kesan mendalam
-Globalisasi menjadi proses atas dasar hubungan antara budaya