Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jelaskan konsep dan Peranan Raja dalam pemerintahan di Negeri-negeri…
Jelaskan konsep dan Peranan Raja dalam pemerintahan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British.
Pendahuluan
- Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu.
- Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing.
- Mengikut sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa dan peranan dengan golongan pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera pentadbiran
- Namun demikian, semua Raja-raja Melayu ini sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik, ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874.
Konsep
- Biasanya raja akan mendirikan pusat pemerintahan dan pentadbiran di muara sungai dan kuasa baginda terhad di kawasan diraja tersebut.
- Dari segi teori, raja dikatakan mempunyai kuasa mutlak. Akan tetapi, kekuasaan politik sebenarnya dipegang oleh pembesar daerah.
- Raja sangat bergantung kepada pembesar untuk menjamin kedudukan, kewibawaan, dan kekuasaan.
- Misalnya, pembesar di perak berkuasa melantik bakal sultan yang disukai dan menyingkirkan calon tidak disukai.
- Dari segi realiti, terdapat pembahagian kuasa dalam kalangan pembesar daerah di sesebuah negeri. Raja menjadi lambang perpaduan rakyat dan baginda menjalankan tugas yang lebih berat kepada hal ehwal keagamaan dan adat istiadat Melayu.
- Sebenarnya, baginda tidak memainkan peranan penting dalam sistem politik negeri kecuali di kawasan diraja.
- Namun, raja diiktiraf sebagai ketua negeri tertinggi, berdaulat dan harus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.
-
Politik
Sebagai Ketua Kerajaan.
- Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri.
- Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal.
- Rakyat termasuk pembesar tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan.
- Perintah sultan menjadi undang-undang.
- Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama.
- Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada golongan pembesar.
Melantik Pembesar.
- Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri.
- Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain.
- Sultan yang melantik pembesar-pembesar daerah sahaja akan menerima sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya
- Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan.
- Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris.
- Ini menunjukkan pembesar hanya menjalankan peranannya di bawah kuasa raja.
- Apabila raja berkuasa melantik pembesar, baginda juga mempunyai hak untuk melucutkan jawatan mana-mana pembesa-
-
Ketua Pertahanan.
- Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing.
- Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera dan membuat keputusan bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain.
- Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara daripada ancaman luar.
- Pada tahun 1830 an-1870an di Negeri-negeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang.
- Kedatangan British juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja. - Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini.
- Malah perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang saudara antara pembesar-pembesar.
- Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan tersebut.
-
Kesimpulan
- Sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial.
- Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua keputusan.
- Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial.
- Sultan kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, semua kuasanya yang lain dikuasai oleh Residen Inggeris.