Institusi penghulu memainkan peranan penting di TM antara tahun 1800-1896.Bincangkan

Pendahuluan

  • Penghulu atau penggawa ialah ketua pentadbir peringkat kampung yang merupakan unit politik terkecil dalam hieraki pemerintahan negeri-negeri Melayu.
  • Mereka dipilih daripada kalangan rakyat biasa, yang dihormati dan berpengaruh.
  • Mereka turut menjadi orang tengah antara rakyat dengan pembesar daerah.
  • Seseorang yang dilantik menjadi penghulu antara tahun 1800 hingga 1896 mempunyai peranan yang sangat penting dalam membantu melicinkan sistem pentadbiran,
  • Namun, selepas 1874, institusi penghulu ini telah mengalami perubahan setelah campur tangan British di Tanah Melayu

Memastikan rakyat taat setia kepada sultan

click to edit

• Peranan penghulu sebelum campur tangan British, memastikan rakyat taat setia kepada sultan.
• Penghulu memainkan peranan yang penting dalam menjaga keamanan kampung dengan menyelesaikan sebarang masalah secara perbincangan.
• Mereka yang melanggar undang-undang dan dianggap sebagai penjenayah akan ditangkap serta dibicarakan.
• Sebagai tanda taat setia, penghulu akan membekalkan tenaga tentera semasa perang dan menyediakan tenaga buruh di bawah sistem kerah.
• Penghulu juga memungut cukai dan hasil-hasil lain akan dilaksanakan oleh penghulu terhadap rakyat sebagai tanda taat setia mereka kepada Sultan
• Penghulu turut melaksanaan tugas yang dikehendaki oleh pembesar atasan.
• Tegasnya, tugas-tugas penghulu adalah sangat luas dalam kalangan penduduk kampung.

Berkuasa penuh terhadap orang bawahan

click to edit

• Penghulu turut berkuasa penuh terhadap orang bawahan atau anak buahnya.

• Penghulu amat dihormati dan disegani oleh penduduk kampung.

• Hal ini kerana pengaruh dan keturunannya dari kalangan orang baik-baik.

• Kadang kala sebahagian penduduk kampung adalah terdiri darpada saudara maranya dan beliau merupakan ahli keluarga tertua dalam kampung tersebut.

• Arahan daripada penghulu, akan dipatuhi oleh anak buah sebagai tanda menghormati ketua mereka.

• Jelaslah bahawa hubungan erat terjalin antara penghulu dengan rakyat bawahan.

Menjadi orang perantaraan

click to edit

• Sebelum campur tangan British, penghulu juga berperanan mejadi orang perantaraan pembesar daerah dengan penduduk kawasannya.

• Semua arahan dan perintah sultan kepada penduduk kampung akan disampaikan melalui pembesar daerah.

• Penghulu akan menghebahkannya pula kepada rakyat bawahan di bawah pemerintahannya.

• Pengulu perlu mengetuai penduduk kampung bagi menjunjung Duli.

• Jika tidak, jawatannya sebagai penghulu boleh dilucutkan.

• Sekurang-kurangnya setahun sekali, penghulu perlu menghadap Sultan di istana.

• Jelaslah penghulu merupakan pemimpin yang menjadi orang tengah kepada pemimpin atasan dengan rakyat jelata.

Perubahan peranan penghulu selepas campur tangan British

click to edit

• Peranan penghulu selepas campur tangan British mengalami sedikit perubahan.

• British mengekalkan fungsi penghulu kerana pengaruhnya dalam kalangan rakyat bawahan.

• Penghulu bertindak sebagai wakil kerajaan di kampung.

• Penghulu tidak lagi dibawah kawalan pembesar daerah tetapi kini dikawal oleh Pegawai daerah British.

• Ketika ini, pencalonan, pelantikan, penetapan tugas, tanggungjawab dan pemecatan penghulu diuruskan oleh Residen dalam Majlis Mesyuarat Negeri.

• Penghulu yang dilantik menerima gaji, diberi pencen dan berpendidikan Inggeris.

• Pada 1882 di negeri Perak, Hugh Low sebagai Residen telah menetapkan tugas-tugas penghulu iaitu

click to edit

 Melaksanakan semua Undang-undang kerajaan di kawasan jagaannya

 Mengutip cukai bagi pihak kerajaan dan dibenarkan menyimpan 10% daripada hasil cukai untuk kegunaan sendiri

 Menjaga keamanan dan menyelesaikan pertikaian anak buah

Kesimpulan

click to edit

• Kesimpulannya, institusi penghulu dikekalkan dan mengalami perubahan yang besar selepas campur tangan British.

• Sumber kuasa beliau datangnya daripada pegawai British.

• Penghulu adalah kakitangan kerajaan yang bergaji tetap dan tertakluk di bawah undang-undang negeri.