Pada bulan Ogos 1839, James Brooke tiba di Sarawak. Beliau mendapati negeri itu berada dalam kekacauan akibat pemberontakan dan pelanunan. Pemberontakan yang tercetus sejak tahun 1835 dipimpin oleh Pengiran Usop iaitu Bapa saudara Umar Ali Saifuddin II (Sultan Brunei) yang disingkir dari Istana. Pemberontakan itu ditujukan kepada Pengeran Mahkota, pembesar Brunei yang memerintah Sarawak. Pada tahun 1838, sultan Brunei menghantar Pengiran Muda Hashim ke Sarawak untuk menghentikan pemberontakan dan mengambil alih kuasa pemerintahan. Dalam kunjungan ke Sarawak, James Brooke telah pergi menemui Pengeran Muda Hashim. Hasil drpd prtemuan itu, hubungan persahabatan telah terjalin.
Brooke mengambil kesempatan untuk menjelajah sepanjang pantai Pulau Borneo dan kembali semula ke Singapura (1840), tetapi ditolak. Brooke tertarik dengan perkembangan itu memutuskan untuk kembali ke Sarawak dan tiba di negeri itu pada bulan Ogos 1840.