Huraika dasar politik, ekonomi dan sosial yang dilaksanakan oleh Jepun semasa menduduki TM pada tahun 1941-1945

pendahuluan

Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan pada zaman pemerintahan Meiji. Perkembangan ini mendorong Jepun melancarkan dasar perluasan kuasa ketika tercetus Perang Dunia Kedua. Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941. Jepun berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu dan Singapura pada 15 Februari 1942. Semasa pemerintahan Jepun pelbagai perubahan diperkenalkan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu. Perubahan yang diperkenalkan oleh Jepun telah meninggalkan pelbagai kesan ke atas penduduk dan negara kita.

Dasar politik

Latihan pentadbiran orang Melayu

Kebangkitan Nasionalisme Melayu

Pentadbiran ketenteraan

Jepun memperkenalkan sistem pentadbiran bercorak ketenteraan di Tanah Melayu. Kuasa tertinggi sistem pemerintahan Jepun di Tanah Melayu diterajui oleh seorang Jeneral

Singapura diasingkan dan dikenali sebagai Syonan yang membawa maksud Cahaya Timur.

Bagi melicinkan pentadbiran, Tanah Melayu dibahagikan kepada tujuh wilayah yang diperintah oleh Gabenor. Jepun menyerahkan Negeri-Negeri Melayu Utara iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand pada tahun 1943. Dalam pada itu, sultan dikekalkan kedudukan sebagai ketua agama dan adat Melayu.

Tentera Jepun menubuhkan pasukan polis sulit yang dikenali sebagai kempetai. Tujuan kempetai ditubuhkan adalah bagi mengintip dan melaporkan mereka yangnterlibat dalam kegiatan anti-Jepun.

Jepun memberi peluang kepada orang Melayu melibatkan diri dalam bidang pentadbiran. Bagi tujuan tersebut, sekolah latihan kepimpinan yang dikenali sebagai Kon Kunrenji ditubuhkan. . Sekolah latihan ini memberi latihan dalam pentadbiran kepada orang Melayu. Selepas menamatkan latihan, mereka akan diberikan jawatan dalam perkhidmatan awam. Contoh, orang Melayu yang menerima jawatan penting pada zaman pendudukan Jepun adalah Ibrahim Yaacob iaitu Leftenan Kolonel pasukan Pembela Tanah Air (PETA), Dr Burhanuddin al-Helmy iaitu Penasihat kebudayaan dan adat istiadat Melayu, Dato Onn Jaafar iaitu Ahli Majlis Melayu Johor serta Kapten Mohd Salleh Haji Sulaiman iaitu Pegawai Daerah Hulu Perak

Jepun menggalakkan perkembangan nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Selepas menduduki Tanah Melayu, Jepun bertindak membebaskan nasionalis tempatan yang dipenjarakan oleh British.

Antara nasionalis yang dibebaskan oleh Jepun adalah Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan Ibrahim Haji Yaacob

Jepun memberikan sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaacob.

Jepun menubuhkan Pembela Tanah Air (PETA) di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob

Dasar ekonomi

Eksploitasi sumber alam

Catuan makanan

Ekonomi kawalan

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, sistem ekonomi kawalan dilaksanakan. Sistem ekonomi bebas yang diamalkan semasa pemerintahan British telah dihapuskan

Ekoran perubahan ini, hubungan perdagangan antara Tanah Melayu dengan dunia luar terputus. Tambahan pula, kegiatan perniagaan dan perdagangan dimonopoli oleh pihak Jepun

Jepun bertindak memonopoli kekayaan sumber alam yang terdapat di Tanah Melayu. Contohnya, kekayaan bahan galian seperti bauksit dan besi dieksploitasi untuk kepentingan Jepun.

Bahan galian yang diperoleh daripada Tanah Melayu dieksport ke Jepun untuk kegunaan sektor perindustrian di negara tersebut.

Jepun mengambil langkah-langkah untuk mengawal semua kegiatan ekonomi di Tanah Melayu. Contohnya, sistem permit diperkenalkan bagi mengawal pengedaran barang barang makanan seperti beras.

Pada tahun 1943, Jepun memperkenalkan catuan beras kerana bekalan beras tidak menampung keperluan penduduk.

Dasar sosial

Dasar perkauman

Dasar Penjepunan

Jepun memperkenalkan Dasar Penjepunan bagi menghapuskan pengaruh barat di Tanah Melayu. Perubahan dilakukan dalam sistem pendidikan dengan memperkenalkan sistem pendidikan Jepun. Bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar di sekolah dan buku-buku dalam Bahasa Jepun diterbitkan. Kelulusan dalam Bahasa Jepun dijadikan syarat utama dalam kenaikan pangkat

Pentadbiran tentera Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik dengan orang Melayu dan orang India. Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik terhadap orang Melayu bagi mendapatkan sokongan daripada orang Melayu. Jepun memberikan layanan baik terhadap orang India untuk mendapat kerjasama bagi membebaskan India daripada penjajahan British. . Dalam pada itu, Jepun mengamalkan dasar menindas terhadap orang Cina di Tanah Melayu. Jepun ingin membalas dendam terhadap orang Cina yang menyokong negara China ketika tercetus Perang China-Jepun

Kesimpulan

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu tamat apabila Jepun menyerah kalah pada 12 September 1945. Pemerintahan Jepun menyaksikan perubahan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial yang mempengaruhi kehidupan penduduk Tanah Melayu. Perubahan ini membangkitkan kesedaran politik dan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu.