Huraikan dasar politik, ekonomi dan sosial yang dilaksanakan oleh Jepun semasa menduduki Tanah Melayu pada tahun 1941-1945
Pendahuluan
- Negara Jepun dikenali sebagai “Negara Matahari Terbit” bersesuaian dengan kedudukan geografinya.
- Pada tahun 1868, kerajaan Meiji telah membawa pemodenan kepada negara Jepun.
- Dalam perjuangannya ke arah pemodenan dan kemajuan, Jepun menghadapi beberapa masalah, iaitu kekurangan kawasan pertanian dan bahan mentah.
- Oleh itu, Jepun menakluki negara-negara lain untuk tujuan mendapatkan bahan mentah. Negara yang ditakluki Jepun seperti Manchuria, China, IndoChina, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
- Pentadbiran Jepun memerintah selama 3 setengah tahun iaitu bermula dari 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945.
Dasar Politik
Sistem pentadbiran bercorak ketenteraan
- Pentadbiran Jepun memerintah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak selama 3 ½ tahun iaitu bermula dari 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945 adalah bercorak ketenteraan.
- Kuasa tertinggi pemerintahan Jepun di Tanah Melayu terletak pada seorang Jeneral Jepun.
- Negeri-negei Melayu diketuai oleh seorang Gabenor atau Mayor.
- Beberapa biro pentadbiran seperti Hal-Ehwal Umum, Perusahaan, Kewangan, dan Perhubungan ditubuhkan di bawah pentadbiran Gabenor.
- Di Sabah dan Sarawak pula, sistem pentadbiran Jepun juga bercorakan ketenteraan.
- Pentadbiran Sabah, Sarawak dan Brunei disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang dipanggil Borneo Utara.
- Kuasa tertinggi dalam pentadbian ialah Gabenor Jeneral yang berpusat di Kuching.
- Pusat pentadbiran bertukar ke Sandakan selepas berlakunya pemberontakan Double Tenth di Sabah pada bulan Oktober 1943.
Penglibatan Orang Melayu dalam Pentadbiran
- Pemerintahan Jepun mengalami masala kekurangan pegawai awam.
- Demi mengatasi masalah tersebut, Jepun telah mendirikan Kao Kunrenjo, iaitu Sekolah Latihan Kepimpinan.
- Sekolah ditubuhkan di Singapura, Pulau Pinang, dan Melaka yang membieri latihan pentadbiran kepada orang Melayu.
- Pelatih akan diberi jawatan dalam perkhidmatan awam selepas tamat latihan di sekolah tersebut.
- Sebagai contoh, di Tanah Melayu, Kapten Mohd. Salleh Haji Sulaiman dilantik sebagai Pegawai Daerah di Hulu Perak dan Ibrahim Yaakob dilantik sebagai Leftenan Kolonel mengetuai pasukan Pembela Tanah Air (PETA).
Dasar Ekonomi
Dasar Menggalakkan Pergerakan Nasionalisme Melayu
- Sebaik sahaja Jepun berjaya menawan Tanah Melayu, Jepun memberikan sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda (KKM) pimpinan Ibrahim Yaacob.
- Jepun juga menubuhkan Pasukan Sukarela (PETA) atau Pembela Tanah Air yang dikenali sebagai Giyu Gun di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob.
- Jepun menggalakkan pergerakan Melayu memberi bantuan kewangan kepada para nasionalis Melayu melalui KMM.
- Menjelang akhir pendudukan Jepun, Jepun telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945.
- KRIS merupakan satu badan yang akan melaksanakan tugas memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama-sama Indonesia.
Dasar Sistem ekonomi kawalan
- Salah satu sebab Jepun menyerang negara kita adalah kerana sumber-sumber alam yang sangat diperlukan oleh industri Jepun.
- Sistem ekonomi beras ditukar kepada sistem ekonomi kawalan.
- Perniagaan dan perdagangan dalam negeri dikuasai oleh pihak Jepun.
- Misalnya, perusahaan getah dan kayu balak tidak dapat diteruskan di Sabah.
Dasar Sistem Permit
- Jepun mempekenalkan sistem permit bagi mengawal semua jenis perdagangan dan pergangkutan.
- Dengan permit khas, beberapa barangan utama dikawal dengan ketatnya.
- Oleh sebab pengeluaran barangan makanan seperti beras tidak mencukupi, maka Jepun telah memperkenalkan catuan beras.
- Penduduk perlu mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan makanan untuk ditukarkan dengan beras dan dihadkan dua gantang beras sebulan.
Dasar Pengenalan mata wang Pokok Pisang
- Jepun memperkenalkan dan mencetak mata wang baharu bagi tujuan menambahkan penggunaan mata wang yang berimejkan Negara Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
- Bagaimanapun, mata wang ini tidak bernilai di pasaran antarabangsa dan hanya boleh digunakan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sahaja.
Dasar Sosial
Dasar Rancangan Penjepunan
- Jepun berazam untuk menghapuskan pengaruh Barat di negara-negara Asia Tenggara dan negara kita yang menjadi tanah jajahannya.
- Matlamat ini dicapai melalui pelaksanaan rancangan “Penjepunan” melalui ketaatan kepada Maharaja Jepun, wajib menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dan Aikoku Koshin Kyoku.
- Bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar dan bahasa perhubungan dalam semua urusan lain.
- Kelulusan dalam bahasa Jepun menjadi syarat utama untuk tujuan kenaikan pangkat dalam pekhidmatan kerajaan Jepun di TM, Sabah dan Sarawak.
Dasar menindas terhadap kaum Cina
- Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik dengan orang melayu dan India tetapi dasar menindas terhadap kaum Cina.
- Dasar berbaik dengan orang melayu kerana untuk medapatkan sokongan mereka melalui pengekalan institusi kesultanan melayu dan mengambil merka untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
- Dasar menindas orang Cina disebabkan perasaan membalas dendam ke atas orang Cina yang menyumbangkan sokongan kewangan dan peralatan perang kepada China semasa Perang China-Jepun 1937.
- Beribu-ribu orang orang Cina dan India kehilangan nyawa semasa bekerja dalam buruh paksa pembinaan projek membina Jalan Kereta Api Maut di sempadan Thai-Burma.
Kesimpulan
Semangat kebangsaan yang bersemarak semasa pendudukan Jepun mempunyai haluan berbeza dan berpaksi kepada negara asal kaum masing-masing. Perkembagang politik selepas pendudukan jepun memperlihatkan semua kaum di Tanah Melayu berganding bahu membentuk pakatan murni ke arah mencapai kemerdekaan negara.