Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bidang Pembelajaran Daripada Surah Al-Hasyr Ayat 18 - Coggle Diagram
Bidang Pembelajaran Daripada
Surah Al-Hasyr Ayat 18
Bidang Penguasaan Ilmu
Aras pengetahuan
Dalam surah ini menegaskan manusia untuk sentiasa beringat akan apa yang perlu diperbuat untuk persediaan masa akan datang
Murid mengingati setiap topik dan info yang diberikan oleh guru dengan baik bagi menghadapai ujian mendatang
Aras Kefahaman
Dalam surah ini seorang muslim perlu faham berkenaan perbuatan atau persiapan yang perlu dipersiapkan bagi mengahadapi hari kiamat
Murid perlu memahami setiap topik yang diajar agar dapat diaplikasikan dalam ujian dan kehidupan mendatang
Aras Aplikasi
Dalam surah ini setiap muslim perlu mangamalkan setiap perbuatan baik untuk menjadi seroang yang bertakwa
Murid bukan sahaja mempunyai ilmu dan memahami perkara yang dipelajari malah perlu mengaplikasikan dalam kehidupan harian cotohnya solat.
Aras Analisis
Dalam surah ini perkara utama yang perlu dianalisis adalah setiap perkara yang diperlakukan akan dihitung oleh Allah yang Maha Teliti
Guru menganalisis setiap pengetahuan yang ada pada murid dan merekodkannya bagi semakan semula
Aras Penilaian
Manusia perlu mengetahui setiap perbuatan baik akan dinilai bagi menjamin keselamatan di akhirat kelak
Guru menjalankan penilaian untuk setiap murid agar tahap penguasaan pembelajaran dapatditingkatkan dari semasa ke semasa
Pengertian: 18. Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
Bidang Penguasaan Kemahiran
Bidang ini berfokus kepada psikomotor dan pergerakan tubuh seseorang
Bidang kemahiran dalam Pendidikan Islam fokus kepada bidang ibadah seperti solat, wudhu, haji, tayamum dan bersuci
Dalam setiap ibadah contohnya solat mempunyai skop yang terperinci bermula daripada perlaksanaan wudhu, sebab sah dan batal solat, rukun-rukun solat dan jenis solat fardu dan sunat
Melalui surah ini Allah S.W.T. Maha Teliti dan begitu juga setiap ibadah yang disyariatkan mempunyai ketelitian yang tertentu agar ia menjadi sempurna dan diterima oleh Allah S.W.T.
Sebagai seorang guru, pendidikan yang terperinci perlu diberikan kepada murid khususnya dalam bidang ibadah. contohnya ibadah solat yang merupakan satu kefardhuan bagi umat islam. murid-murid perlu menguasai setiap rukun dan perbuatan solat bermula dari takbirratulihram sehingga salam pertama.
Bidang Penghayatan dan Amalan
Bidang penghayatan ini merangkumi nilai-nilai, emosi dan sikap seorang murid
Sekiranya seorang murid berjaya menguasai ilmu solat dan mahir melakukannya beserta dengan rukun dan syarat-syarat sah, maka satu penghayatan perlu diterapkan agar solat yang didirikan akan lebih berkesan dan melahirkan kesan dalam diri
Melalui surah ini dapat diihat, Allah S.W.T. menyuruh setiap muslim untuk bertakwa. Takwa adalah satu tahap yang amat tinggi nilainya disisi Allah S.W.T. dan ia memerlukan kepada penyerahan jiwa dan raga kepada Allah S.W.T dalam setiap ibadah
Seorang guru boleh mengingatkan kepada murid tentang kesan-kesan dan akibat jika seseorang itu mendidirikan solat atau meninggalkannya dengan sengaja.
Guru juga boleh menayangkan video berkaitan seksaan kubur bagi orang yang meninggalkan solat. ini akan lebih memberi kesan kepada murid kerana ia lebih jelas dilihat dengan pemerhatian dan pendengaran.