Masyarakat peribumi menjalankan kegiatan ekonomi tradisional berasaskan tanaman seperti beras, sekoi, minyak garam, sutera, kapas, barang tembikar dan senjata. Dasar pemerintahan kerajaan Myanmar memang tidak berminat menjalankan perdagangan dengan negara-negara luar kerana mampu menyediakan keperluan sendiri. Namun, penjajahan British di Myanmar telah mengubah kegiatan ekonomi tradisional kepada ekonomi komersial yang mendorong perkembangan ekonomi yang pesat bukan sahaja dalam bidang pertanian bahkan dalam bidang perdagangan, perlombongan dan kemajuan asas