Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kebudayaan Kebangsaan - Coggle Diagram
Kebudayaan Kebangsaan
Nama Ahli : Nurhusna Fatini Binti Hakimim, Nurin Faqihah Binti Baharin Nur Syafiqah Binti Hasnan
Takrif Kebudayaan Kebangsaan
Penting bagi sesebuah negara yang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.
Menjadi garis panduan untuk membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti bangsa.
Dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.
Terbina berlandaskan tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu berteraskan kebudayan rakyat asal rantau, unsur-unsur kebudayan lain yang sesuai diterima dan Islam menjadi unsur yang penting
Berperanan sebagai sebuah pusat pertemuan telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur yang sesuai bagi kebudayaan asas serantau ini daripada pelbagai unsur kebudayaan dunia.
Pelaksanaan Kebudayaan Kebangsaan
Makanan
Makanan merupakan keperluan asas manusia. Di Malaysia, terdapat kepelbagaian makanan yang mencerminkan identiti sebuah negara Malaysia yang berbilang kaum. Kepelbagaian makanan di negara ini telah menjadi tunjang kepada pembentukan perpaduan sejagat.
Makanan Melayu
Nasi Lemak
Ketupat dan rendang
Makanan India
Tosei
Muruku
Makanan Cina
Kuih Bulan
Dumpling
Pakaian
Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna
Pakaian Melayu
Baju Kurung
Baju Melayu
Kebaya
Pakaian Cina
Cheongsam
Hanfu
Pakaian India
Sari
Dhoti
Seni bina
Lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat penginapan orang Melayu.
Struktur rumah Melayu adalah gabungan pelbagai gaya.
Reka bentuk rumah-rumah Melayu memperlihatkan unsur seni bina dari pelbagai daerah di Alam Melayu atau dari luar Alam Melayu.
Menggunakan bahan pembinaan seperti buluh, kayu dan juga daun.
Contoh rumah tradisional Melayu
Rumah Tradisional Minangkabau
Rumah Melayu Melaka
Rumah Panjang Dayak
Rumah Melayu Sarawak
Rumah Tradisional Melanau
Seni
Tertumpu pada kraf ukiran, tenunan dan juga perak malah tekstil mewah seperti songket juga turut dihasilkan serta kain corak tradisional batik.
Tekstil seperti batik, songket, dan juga tekat turut digunakan untuk dijadikan sebagai hiasan dan lazimnya bersulam dengan lukisan ataupun corak.
Setiap kumpulan etnik juga mempunyai seni persembahan yang berbeza seperti di Kelantan terdapat satu bentuk seni dipanggil sebagai mak yong dimana ianya menggabungkan tarian dan juga drama dalam persembahan tersebut.
Dikir barat juga berkembang dengan sangat popular serta dipromosikan secara aktif oleh kerajaan negeri sebagai ikon kebudayaan.
Masyarakat Cina pula membawa bentuk seni tarian singa tradisional dan tarian naga sementara bagi masyarakat India pula membawa bentuk seni seperti Bharata Natyam dan juga Bhangra
Silat juga ialah satu bentuk seni yang ada dalam masyarakat Melayu untuk mempertahankan diri dan ia juga dipercayai meningkatkan kekuatan rohani seseorang.