Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
bincangkan sistem pembesar di vietnam sebelum kedatangan perancis - Coggle…
bincangkan sistem pembesar di vietnam sebelum kedatangan perancis
pengenalan
Pembesar merupakan pegawai yang dilantik oleh maharaja untuk melaksanaakn tugas tertentu. pembesar Merupakan tulang belakang dalam sistem politik sesebuah negara kerana mereka bertanggungjawab dalam membantu pemerintahan raja atau maharaja. sebelum penjajahan Perancis sistem pembesar di Vietnam terbahagi kepada beberapa kelas atau peringkat dan mempunyai gelaran dan peranan tertentu. Pembesar kanan merupakan golongan yang paling rapat dengan maharaja dan mendapat kepercayaan. Diikuti oleh pembesar wilayah atau daerah dan akhir sekali pembesar peringkat kampung.
pemesar pusat
maharaja akan dibantu oleh Kementerian (Quan), iaitu Perkhidmatan Awam, Kerja Raya, Kewangan, Peperangan, Kehakiman dan Adat Istiadat. Quan Awam merupakan Quan yang paling penting bending Quan-Quan lain.
Ketua Quan terdiri daripada kalangan yang menerima pendidikan Confucius dan turut bertindak sebagai pembesar yang menduduki kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran
menganggotai badan tertinggi kerajaan yang dikenali sebagai Majlis Tertinggi atau Noi-Cac Majlis bertanggungjawab meluluskan atau memberikan pandangan kepada Maharaja dalam hal ehwal pentadbiran negara dan membantu menyelesaikan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Kementerian (Quan).
Majlis noi-Cac menjadi medan dalam menyelesaikan masalah dan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian dan peranan pembesar pusat dalam majlis ini sangat penting
pembesar daerah
mentadbir daerah tertentu dan mempunyai kuasa tertentu. Perlantikan mereka adalah bergangtung kepada pemilihan raja yang memerintah.Oleh itu mereka mempunyai kadar kebergantungan yang tinggi kepada sokongan maharaja. Jika sokongan maharaja berkurangan, secara langsung kedudukan pembesar akan terjejas.
tugas utama ialah menjaga keselamatan dan ketenteraan wilayah serta mengutip cukai.
Contohnya pembesar akan diberi hak oleh raja untuk mengawal sesuatu kawasan berdasarkan sebatang sungai utama atau satu dari cabangnya. Di kawasan tersebut, pembesar diberi hak mengutip cukai dan to perdagangan, pemberian konsensi dan monopoli serta hak memungut hasil dan tenaga daripada penduduk daerahnya.l
bertanggungjawab menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat. Mereka perlu menyelesaikan hal-hal
berkaitan dengan kehakiman. Pembesar wilayah mengambil dan melatih tentera untuk mempertahankan negara
tanggungjawab yang besar kepada pengikut mereka. Keperluan pengikut memainkan peranan penting dalam membantu pembesar melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh raja. Ramainya bilangan pengikut seseorang pembesar bukan sekadar melambangkan kedudukan serta status, malah turut melambangkan kekayaan serta kejayaan mengeksplotasi ekonomi.
pembesar desa
pembesar yang paling rendah kuasanya ialah pembesar peringkat kampung atau Komun.
menjalankan tugas seperti: a) Menyelia projek awam untuk memperbaiki keadaan desa.b) Membahagikan tanah dan air untuk pertanian c) Membahagikan tanah desa kepada petani. d) Menentukan individu yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan. d) Mendamaikan perselisihan yang wujud secara rundingan dan tolak ansur
Peranan pembesar kampung tidak kurang pentingnya dalam mewujudkan kestabilan politik.
kesimpulan
Sistem pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Perancis merupakan satu sistem yang tersusun dan sempurna. Dalam corak pentadbiran Perancis, Mandarin yang tidak berkhidmat dengan penjajah akan dipindahkan ke Annam. Pentadbiran peringkat tertinggi diambil alih oleh pegawai Perancis. Jawatan rendah diisi penduduk tempatan yang menerima pendidikan Perancis. Kesannya golongan Mandarin kehilangan kuasa.