Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
‘kedudukan raja atau sultan dalam masyarakat melayu tradisional sangat…
‘kedudukan raja atau sultan dalam masyarakat melayu tradisional sangat kukuh sebelum campur tangan British’. Bincangkan pernyataan ini.
pendahuluan
• Sistem pemerintahan beraja merupakan sistem pemerintahan tertua di Tanah Melayu. Sebelum campur tangan British, raja memainkan peranan yang amat penting dalam bidang politik , ekonomi dan sosial dalam sesebuah negeri atau kerajaan . Selain itu , raja-raja di negeri- negeri juga mempunyai kedudukan yang tersendiri.
berkuasa mutlak
-
-
-
• Keputusan yang dibuat oleh raja, pembesar dan rakyat hanya menuruti sahaja. Sistem penggantian raja berbeza mengikut negeri. Beberapa negeri mengikut sistem penggantian secara warisan yang diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka. Contoh : Pahang. Terengganu, Johor Sistem penggiliran dibuat di Perak iaitu putera sultan perlu menjadi Raja Dihilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan kemudian Sultan. Sistem pemilihan secara demokrasi di Negeri Sembilan pemilihan ketua negara (Yam Tuan Negeri) dibuat oleh orang bawahan iaitu secara pemuafakatan.
kedudukan istimewa
• Raja juga mempunyai kedudukan istimewa. Raja Dianggap insan yang paling mulia, suci dan berada dalam hierarki tertinggi masyarakat. Menurut ajaran Hindu- Raja paling suci, dianggap sebagai Anak Tuhan.
• Menurut Islam- raja sebagai Khalifah Allah, pemegangamanah Allah. Kedudukan istimewa :
-
-
• c) Penggunaan alat kebesaran- keris panjang. nobat, rebana, ccop mohor
melantik pembesar
• Raja memilih dan melantik pembesar di peringkat pusat, daerah dan Melantik pembesar kampung untuk membantu menguruskan pentadbiran agar lancar dan teratur.
• Pembesar yang dilantik terdiri daripada kerabat diraja dan tokoh yang berjasa, mempunyai pengaruh dan disegani. Pembesar yang dilantik menerima watikah pelantikan yang mengandungi cop mohor diraja. Berkuasa menguruskan pentadbiran mengikut bidang kuasa yang dinyatakan
• Raja juga berkuasa menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh serta berkuasa memungut cukai. Jawatan yang dianugerahkan oleh sultan adalah berbentuk warisan kecuali di Negeri Sembilan yang dipilih oleh anak buah.
penggubal undang-undang
• Undang-undang digubal bagi memastikan negeri berada dalam keadaan aman tenteram. Perundangan digubal untuk memastikan bahawa kedudukan raja dipertahankan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Perundangan digubal bagi memastikan adat istiadat diraja dipertahankan dan dikuti oleh rakyat.
ketua pungut cukai
Rakyat menyerahkan cukai kepada raja dalam bentuk hasil pertanian, cukai pelabuhan, dan cukai labuh batu. Melantik pembesar untuk memungut cukai. Hasil cukai dijadikan sumber pendapatan negeri. Raja juga Memperkenalkan sistem mata wang. Mata wang diperkenaikan untuk melicinkan urusan perdagangan di pelabuhan. Mata wang yang digunakan ialah logam emas, perak dan timah dalam pelbagai bentuk.
• Mata wang yang syiling pertama ialah semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.
sistem kerahan
• raja tidak mempunyai buruh sendiri tetapi di bawah sistem kerahan, boleh mengerah tenaga rakyat berkerja secara percuma
• rakyat diawasi oleh pembesar untuk membuat kerja-kerja seperti mmbina istana, parit dan tali air
ketua agama dan adat
• Memastikan rakyat melaksanakan ajaran Islam yang sebenar. Raja Menggubal undang-undang berlandaskan kepada agama dan adat istiadat Melayu.
• Raja juga melantik pembesar istana untuk menguruskan berkaitan adat istiadat Melayu
pemimpin agama
• Raja Melantik pemimpin agama untuk memastikan rakyat sentiasa patuh kepada ajaran lslam serta membimbing rakyat. Pemimpin agama yang dilantik dalam kalangan pedagang Arab yang digelar sebagai Maulana, Syeikh atau Syed. Raja jugs Menyediakan madrasah/istana sebagai pusat penyebaran Islam.
kesimpulan
, jelaslah bahawa raja mempunyai kedudukan tersendiri dan memainkan peranan yang amat penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British. Namun begitu , peranan raja telah mengalami perubahan selepas British memperkenalkan sisitem Residen pada tahun 1874.