Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kebudayaan Kebangsaan - Coggle Diagram
Kebudayaan Kebangsaan
Pelaksanaan
-
Seni Bina
- Kayu, buluh dan daun menjadi bahan utama pembinaan.
- Rumah di utara seperti di Thailand manakala di selatan sama seperti di Jawa.
- Wujud pelbagai unsur seni bina dalam reka bentuk rumah Melayu.
- Rumah tradisional di Negeri Sembilan bebas sepenuhnya dari paku.
-
Kesenian
-
Seni Rupa
Seni tembikar: Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap.
-
-
Seni anyaman: Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain.
-
Seni Persembahan
Seni Tari
- Tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya.
- Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.
- Tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. (tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan)
- Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya.
Seni Drama
- Makyung ialah drama tradisional yang popular dinegeri Kelantan. Drama ini berasal daripada ritual memuja roh datuk nenek.
- Wayang kulit merupakan sejenis drama tradisonal melayu yang terbahagi kepada beberapa jenis seperti wayang golek, wayang wang, wayang topeng dan wayang beber.
- Drama Main Puteri yang berkembang dengan popular sekali di desa-desa di negeri Kelantan. Drama ini digunakan untuk mengubati orang sakit.
Seni Muzik
- Muzik Hadrah merupakan seni budaya muzik terkenal di Perak yang menggunakan kompang.
- Muzik Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional.
- Muzik Ghazal merupakan seni budaya muzik yang terkenal di Johor dan menggunakan alat muzik Gambus.
Takrif
- Merangkumkan ciri-ciri penting mengenai lambang-lambang dan institusi-institusi kebangsaan yang dapat menimbulkan emosi dan kepunyaan kita bersama.
- Kebudayaan kebangsaan setiap wilayah adalah jelas dan unik, tidak dapat mencari dua jenis budaya kebangsaan yang sama,
- Kebudayaan yang mengatasi kebudayaan-kebudayaan sukuan atau kaum.
- Kebudayaan kebangsaan sesetengah kawasan mungkin hasil gabungan identiti kebangsaan yang berbeza yang telah bertindih dari masa ke masa.
Prinsip
- Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai diterima.
- Islam adalah unsur yang penting.
- Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
Objektif
- Membangun dan menjaga keperibadian kebangsaan yang wujud daripada kebudayaan kebangsaan.
- Mempertingkatkan kualiti kehidupan insaniah yang seimbang melalui pembangunan sosioekonomi.
- Memantapkan perpaduan bangsa dan negara menerusi kebudayaan.