CONTOH KOLABORASI
:<3:Lesson study**
-Amalan kolaboratif yang memerlukan pengembangan idea, pengalaman dan kemahiran akan
meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru.
-Lesson Study yang merangkumi perjumpaan dan perbincangan sekumpulan guru mampu memupuk
percambahan ilmu, perkembangan idea serta kreativiti individu.
:<3:Learning walks
-Amalan pengurusan ini kemudiannya diguna
pakai secara berfokus dalam bidang pendidikan untuk memenuhi keperluan peningkatan profesionalisme keguruan dan kepentingan sekolah.
-Dengan amalan ini, bukti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas boleh dikumpul dan dijadikan
contoh amalan yang terbaik Perkongsian ini boleh dilaksanakan walaupun secara pemerhatian tidak formal yang boleh merentas mata pelajaran.
-Pada akhirnya amalan ini akan menjurus
kepada peningkatan profesionalisme keguruan di semua sekolah tanpa mengira subjek, kategori dan lokasi sekolah serta kategori murid.
:<3:Bimbingan rakan sebaya guru atau pembimbing instruksi (Peer coaching / instructional
coaches)
-Bimbingan rakan sebaya ialah satu proses yang melibatkan dua atau lebih rakan
profesional bekerja bersama-sama untuk mencerminkan amalan semasa, berkembang, menghalusi, dan membina kemahiran baharu, berkongsi idea, mengajar antara satu sama lain, menjalankan penyelidikan
bilik darjah, atau menyelesaikan masalah di tempat kerja.