Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jelaskan peranan Diponegoron di Indonesia. - Coggle Diagram
Jelaskan peranan Diponegoron di Indonesia.
pendahuluan
Diponegoro merupakan putera sulung Hamengkubuwono III, raja Mataram di Jogjakarta. Beliau lahir pada 11 November 1785 di Jogjakarta. Nama sebenarnya ialah Bendoro Raden Mas Ontowiryo diketepikan daripada takhta kerajaan Jogjakarta apabila Hamengkubuwono III mangkat pada tahun 1814. Raffles melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta dengan gelaran Hemengkubuwono IV.
Raffles berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta selepas kemangkatan Djarot. Raffles tidak berada di Jogjakarta apabila Djarot mangkat pada tahun 1822 Belanda melantik putera Djarot yang baru berumur dua tahun sebagai pengganti dengan gelaran Hamengkubuwono V. Diponegoro hanya dilantik sebagai penasihat. Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang Jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa
pembatalan kontrak sewa tanah
Kontrak penyewaan tanah telah menindas gologan petani yang terpaksa bekerja keras seperti buruh paksa. Oleh itu, Van der Capellan telah membatalkan kontrak tersebut yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan.
Pembatalan ini mengakibatkan pengusaha Eropah dan Cina memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang pendahuluan mereka dikembalikan.
Rentetan daripada itu, gologan petani sekali lagi ditindas untuk bekerja lebih keras agar tuan tanah dapat membayar wang pendahuluan kepada pengusaha Eropah dan Cina
Perkara ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan tersebut
Kontrak sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa pada tahun 1811 hingga tahun 1816
pembela kesucian agama
Islam
Pihak Belanda telah bercadang untuk membina jalan raya dari Jogjakarta ke Magelang. Cadangan Belanda telah menyinggung Diponegoro kerana pembinaan jalan raya tersebut akan merentasi tanah perkuburan nenek moyang beliau.
Masyarakat Jawa juga menyokong Diponegoro kerana mereka percaya bahawa beliau ialah Ratu Adil atau Wali Allah yang akan membantu masyarakat tempatan bebas daripada segala penindasan
Perkara ini telah menyebabkan Diponegoro melancarkan Perang Jihad
pemimpin perang Jawa
Pada tahun 1825 hingga tahun 1830 telah berlangsung Perang Jawa. Dalam perang ini, beliau berjaya mendapat sokongan daripada golongan petani, ulama, bangsawan tempatan dan para bupati
Antara pengikut Diponegoro ialah Kyai Mojo, Sentot dan Mangku Bumi. Mereka telah melancarkan perang gerila terhadap orang Belanda. Awalnya, Diponegoro berjaya dalam pertempuran yang berhampiran Lengkong dan Delanggu.
Beliau telah dilantikmenjadi Sultan dengan gelaran ‘Sultan Abdulhamid Tanah Jowo’. Perang Jawa telah berlarutan selama 5 tahun menyebabkan sistem ketenteraan Diponegoro semakin lemah. Tentera beliau ramai yang mati akibat kebuluran dan diserang penyakit. Orang kanan beliau iaitu Sentot dan Mangku Bumi telah berpaling tadah kepada Belanda yang menyebabkan perjuangan Diponegoro semakin lemah lalu setuju untuk berdamai dengan Belanda. Belanda turut enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai Sultan Surakarta dan Ratu Adil.
pembela nasib masyarakat peribumi
Diponegoro berjuang untuk membebaskan penduduk tempatan daripada penindasan Belanda. Masyarakat peribumi Jawa tidak berpuas hati dengan tindakan Van der Capellan yang membatalkan kontrak penyewaan tanah pada tahun 1823. Pembesar tempatan dan golongan bangsawan berasa tertekan kerana terpaksa memulangkan balik wang sewaan dan wang pendahuluan kepada pengusaha asing yang terlibat dalam kontrak tersebut
Demi menyelesaikan wang pendahuluan tersebut, pembesar tempatan dan tuan tanah memaksa petani bekerja lebih kuat. Semasa kontrak penyewaan tanah masih berlansung, petani telah ditindas oleh golongan pengusaha dan penyewa tanah. Penduduk tempatan hidup sengsara apabila pemungut cukai mengenakan kadar tol sesuka hati. Orang cina memberi pinjaman wang kepada orang jawa dengan kadar faedah yang tinggi. Mereka menjadi orang tengah dalam perdagangan garam. Mereka memaksa penduduk tempatan menjual garam dengan harga murah dan selepas itu mereka akan menjualnya dengan harga yang tinggi di kawasan Bandar
kesimpulan
Kesimpulannya, peranan penting Diponegoro dalam perang Jawa tidak boleh dinafikan. Beliau Berjaya memimpin satu penentangan yang agak berkesan bertujuan untuk memulihkan pemerintahan Islam di Jawa dan membebaskan penduduk tempatan daripada penindasan orang kafir. Perjuangan Diponegoro menyedarkan pentadbiran Belanda bahawa penduduk tempatan tidak boleh dipermainkan.