Pada 1954, jawatankuasa pilihan raya persekutuan telah ditubuhkan oleh pihak british. melalui pertubuhan ini, sebanyak 52 kerusi majlis perudangan persekutuan yang dipertandingkan melalui pilihan raya. antara parti yang bertanding dalam pilihan raya ini ialah parti perikatan, parti buruh, parti negara, pas dan parti prifesif perak. melalui pilihan raya yang telah diadakan pada 1955, parti perikatan telah memenangi 51/52 kerusi dan 1 kerusi dimenangi oleh pas. kemenangan besar parti perikatan ini berlaku kerana adanya kerjasama dari pelbagai kaum disamping faktor kepimpinan dan manifesto yang menarik. antara isi kandungan manifesto yang dijanjikan pemipin parti perikatan kepada rakyat ialah merdeka dalam jangka 4 tahun, tamatkan darurat secepat mungkin, melindungi insitutsi raja-raja melayu dan lain-lain lagi. oleh itu, melalui kemenangan ini, parti perikatan telah diberi mandat untuk membentuk kerajaan baru dan seterusnya memulakan rundingan dengan pihak british tentang kemerdekaan tanah melayu.