Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
1.Bincangkan institusi beraja di Negeri-negeri Melayu sebelum campur…
1.Bincangkan institusi beraja di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British.
Konsep
Biasanya raja akan mendirikan pusat pemerintahan dan pentadbiran di muara sungai dan kuasa baginda terhad di kawasan diraja tersebut. Dari segi teori, raja dikatakan mempunyai kuasa mutlak. Akan tetapi, kekuasaan politik sebenarnya dipegang oleh pembesar daerah. Raja sangat bergantung kepada pembesar untuk menjamin kedudukan, kewibawaan, dan kekuasaan. Misalnya, pembesar di perak berkuasa melantik bakal sultan yang disukai dan menyingkirkan calon tidak disukai.
Dari segi realiti, terdapat pembahagian kuasa dalam kalangan pembesar daerah di sesebuah negeri. Raja menjadi lambang perpaduan rakyat dan baginda menjalankan tugas yang lebih berat kepada hal ehwal keagamaan dan adat istiadat Melayu. Sebenarnya, baginda tidak memainkan peranan penting dalam sistem politik negeri kecuali di kawasan diraja. Namun, raja diiktiraf sebagai ketua negeri tertinggi, berdaulat dan harus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.
pendahuluan
Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-negeriMelayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki hierarki tertinggidalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Mengikut sistempemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa dan peranandengan golongan pembesar dalam menjalankan dan melicinkan jentera pentadbiran. Namundemikian, semua Raja-raja Melayu ini sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik,ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874
Peranan dari aspek Politik
Sebagai Ketua Kerajaan.
Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat termasuk pembesar tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan.
§ Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada golongan pembesar
Melantik Pembesar.
Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Sultan yang melantik pembesar-pembesar daerah sahaja akan menerima sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya.
Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris. Ini menunjukkan pembesar hanya menjalankan peranannya di bawah kuasa raja. Apabila raja berkuasa melantik pembesar, baginda juga mempunyai hak untuk melucutkan jawatan mana-mana pembesar
Peranan dari aspek Ekonomi
Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi
Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya.
Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.
Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah
Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya.
Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.
Peranan dari aspek Sosial
Lambang dan memelihara perpaduan negeri.
Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya.
.
§ Pembesar-pembesar daerah merupakan pusat-pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan mereka dan mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentang sultan dan ada kalanya menentang pelaksanaan perintah raja di daerah mereka
Ketua agama Islam dan Adat istiadat Melayu
Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya.
.
§ Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Pada masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan akan mengadakan majlis jamuan
Kesimpulan
Sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua keputusan.
Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Sultan kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, semua kuasanya yang lain dikuasai oleh Residen Inggeri