Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Evolusi Manusia Menurut Barat - Coggle Diagram
Evolusi Manusia Menurut Barat
Mitos Penciptaan Yunani dan Rom Kuno
Pandangan manusia pada zaman kini adalah sebagai ritual dan pengorbanan kepada dewa
Mula berubah apabila Ahli Falsafah Yunani menyebarkan ajaran kepada masyarakat Yunani
Masyarakat Rom berubah dengan menganut agama Pantheism yang menyembah dewa-dewa
Dalam Mitologi Yunani Kuno, Prometheus (dewa mereka) menciptakan manusia daripada tanah liat dan dibantu oleh adiknya, Epimetheus. Malangnya, Prometheus cuai dan telah memberikan haiwan kelebihan fizikal yang lebih berbanding manusia.
Menurut Plato dalam karyanya Republic, keturunan manusia adalah berasal daripada besi
Aristotle berpendapat penciptaan manusia mempunyai kaitan dengan embriologi, iaitu sperma lelaki bercampur dengan darah haid perempuan yang bergumpal. Sperma manusia dikatakan mengandungi homunculus atau manusia bersaiz mikroskopik yang lengkap dan kemudiannya akan berkembang di dalam rahim
Namun dinafikan oleh Spallanzi apabila beliau berjaya membuktikan bahawa sperma dan ovum terlibat dalam pembentukan embrio
Tasawur Kristian pada Zaman Pertengahan
Peranan manusia di dalam agama kristian adalah menebus dosa warisan yang dilakukan oleh manusia yang pertama iaitu Nabi Adam dan Hawa
Taarifan manusia dalam masyarakat barat berubah berdasarkan agama kristian
Dalam kitab Bible juga tertulis Allah menciptakan Adam (manusia pertama) dari tanah
Kristian mula diterima apabila Raja Konstantine membuat pengisytiharan Milan. Selepas Kristian diterima dan disebar secara meluas, pandangan masyarakat Barat terhadap manusia dan penciptaannya dibentuk berdasarkan tasawur Kristian
Beranggapan manusia terdiri daripada jasad dan roh
Berubah kepada tasawur tauhid apabila berlaku kemasukan Falsafah Yunani dan Yahudi Kuno
Kemasukan Falsafah Yunani mengubah tanggapan penganut Kristian lalu mengundang penentangan di antara ajaran agama dan akal
Zaman Rennaisans, Reformasi dan Pencerahan
Menolak ajaran Kristian Katolik dan memperkasakan lebih kepada penggunaan akal
William Hervey menyimpulkan bahawa manusia merupakan sebuah jentera organik dimana manusia akan terus hidup selagi jantung berdegup
Penemuan Newton, menyimpulkan graviti punca bulan, matahari dan planet beredar di orbitnya sendiri
Falsafah Rasionalisme mengutamakan peranan akal lebih daripada segalanya
Thomas Hobbes mengatakan bahawa ajaran gereja adalah ajaran yang karut
Gerakan Reformasi agama Kristian yang diketuai oleh Martin Luther (1483- 1546M) menyebabkan lahir mazhab Kristian Protestan yang telah menyebabkan perubahan pemikiran penganut Kristian dan juga menyebabkan negara-negara di Eropah berpecah.
Pandangan Barat Moden dan Pasca-moden
Masyarakat Barat menolak keberadaaan entiti supernatural seperti tuhan, malaikat dan roh
Kitab Bible tidak mampu menjawab soalan saintifik setelah ditokok tambah sehingga hilang keasliaannya
Darwin membuat hipotesis bahawa manusia adalah hasil evolusi daripada makhluk yang lebih primitif yang seakan-akan mawas melalui proses seleksi semulajadi
Friedrich Nietzsche dan Sigmund Freud menggantikan Tasawur Kristian dengan Tasawur Barat bersifat naturalistik dan materialistik
Teori Darwin diperbaiki seiring dengan perkembangan bidang sains dengan menyesuaikan kajian DNA dan genetik