Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
bincangkan konsep hierarki dan peranan institusi pembesar di vietnam pada…
bincangkan konsep hierarki dan peranan institusi pembesar di vietnam pada abad ke 19
pendahuluan
Pembesar ialah pegawal kerajaan yang di lantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang kuasa tertentu. Kedudukan golongan pembesar berada pada paras kedua selepas kedudukan raja dalam hierarki pemerintahan dan merupakan tulang belakang dalam sistem politik di Vietnam. Sebelum penjajahan Perancis sistem pembesar di Vietnam terbahagi kepada tiga laitu pembesar di peringkat pusat, daerah dan kampung.
konsep hierarki
Sistem pembesar di Vietnam mempunyai hierarki yang tersendiri iaitu susun lapis atau pembahagian kepada beberapa peringkat dan mempunyai bidang tugas tertentu. Semasa pemerintahan Dinasti Nguyen, kedudukan pembesar di Vietnam lebih teratur dan mendapat kedudukan istimewa dalam pentadbiran Pembesar dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pembesar pusat, pembesar daerah dan pembesar peringkat kampung. Pembesar pusat dikenali sebagai mandarin yang merupakan golongan intelektual yang lulus peperiksaan awam. Mereka inilah yang akan mengetuai Quan atau kementerian dalam membantu maharaja dalam melicinkan pentadbiran negara.
pembesar pusat
maharaja akan dibantu oleh kementerian (quan) , iaitu Perkhidmatan Awam, Kerja Raya, Kewangan, Peperangan, Kehakiman Adat Istiadat. Quan Awam merupakan Quan yang lain. golongan mandarin adalah golongan intelektual yang lulus dalam peperiksaan awam di china
Mereka mempunyai kemahiran dalam bahasa, falsafah dan klasik Confucius. Quan juga akan menganggotai badan tertinggi kerajaan yang dikenali sebagal Majlis Tertinggi atau Noi-Cac. Majlis ini bertanggungjawab meluluskan atau memberkan pandangan kepada maharaja dalam hal ehwal pentadbiran negara dan membantu menyelesaikan perkara yg tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian
Golongan Mandarin akan mengetuai enam Quan atau Kementerian utama. Disamping itu, mereka akan dibahagikan kepada beberapa kelas tertentul iaitu sebagai pembesar kanan, pembesar pusat. menjalankan tanggungjawab di ibu kota dan istana, sebagai pengawal peribadi raja serta memimpin tentera
Contohnya, antara tugas pembesar kanan ialah mengetuai Majlis Sulit iaitu memberi nasihat, pandanagn kepada raja, menyelesaikan masalah masalah besar dan membantu raja membuat keputusan. Manakala pembesar peringkat ibu kota dan istana pula bertanggungjawab mengetuai sesebuah jabatan seperti jabatan peperangan, kehakiman dan percukaian.
pembesar daerah
Pembesar daerah akan mentadbir daerah tertentu dan mempunyai kuasa tertentu. Perlantikan mereka bergantung kepada pemilihan raja yang kepada sokongan Maharaja. memerintah. Oleh itu, mereka sangat bergantung kepada sokongan maharaja
Hal ini kerana kedudukan mereka akan terjejas jika hilang sokongan maharaja. Selain itu mereka mempunyai tanggungjawab besar kepada para pengikut. Hal ini bermakna, seseorang pembesar bukan sahaja bertanggungjawab kepada maharaja tetapi juga kepada pengikutnya
Tugas utama mereka ialah menjaga keselamatan dan ketententeraan wilayah serta mengutip cukai. Contohnya pembesar akan diberi hak oleh raja untuk mengawal sesuatu kawasan berdasarkan sebatang sungai utama atau satu dari cabangnya. Di kawasan ini, pembesar diberi hak mengutip cukai dan tol perdagangan, pemberian konsensi dan monopoli serta hak memungut hasil serta tenaga daripada penduduk daerahnya.
menjalankan upcara keagamaan dan adat istiadat. Meraka perlu menyelesaikan hal-hal berkaitan dengan kehakiman di peringkat daerah. Selain itu, mereka mengambil dan melatih tentera untuk mempertahankan negara
pembesar desa/xuan
Golongan pembesar yang paling rendah kuasanya ialah pembesar peringkat desa Pembesar peringkat desa terdiri daripada Majlis Orang Tua yang bijak dan berpengalaman. Mereka akan mengendalikan urusan pentadbiran desa dan berperanan dalam bidang kehakiman sebagai ketua hakim dan pentafsir undang-undang.
menjalankan tugas-tugas seperti menyelia projek awam untuk memperbaiki keadaan desa, membahagikan tanah dan air untuk pertanian, membahagikan tanah desa kepada petani, menentukan individu yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan dan mendamaikan perselisihan yang wujud secara rundingan serta tolak ansur.
kesimpulan
, sistem pembesar di Vietnam telah dipengaruhi oleh sistem sosial di China dari segi kedudukan Maharaja dan pembesar. Namun, selepas kehadiran kuasa Barat telah mengubah kedudukan dan peranan pembesar di Vietnam. Pentadbiran peringkat tinggi diambil alih oleh pegawai Perancis manakala jawatan rendah diisi oleh penduduk tempatan yang berpendidikan Perancis