Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
S2S1Bincangkan Kesan-Kesan Darurat Di Tanah Melayu antara tahun 1948…
S2S1Bincangkan Kesan-Kesan Darurat Di Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga 1960
pendahuluan
Selepas perang dunia kedua tamat, Parti komunis Tanah Malaya ( PKM ) telah mengambil kesempatan untuk menguasai politik tanah melayu melalui cara perlembagaan tetapi gagal oleh itu PKM telah mengubah corak perjuangan dengan cara militan.
Pada tahun 1948, PKM mengambil keputusan untuk menggulingkan pemerintahan British dan menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. Keganasan yang dilakukan oleh PKM telah memaksa pihak British mengisytiharkan darurat pada 15 Julai 1948 dengan bertujuan menghapuskan pemberontakan komunis di Tanah Melayu. Zaman darurat ini telah meninggalkan pelbagai kesan kepada seluruh penduduk Tanah Melayu
Kesan Darurat Dari Segi Politik
Kerajaan British telah membuat keputusan untuk mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu kerana mendapati penduduk Tanah Melayu menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pentadbiran British. Kerajaan ingin mendapat sokongan rakyat agar tidak memihak kepada Komunis. Oleh itu Perikatan UMNO-MCA telah ditubuhkan di bawah pimpinan Tunku Abd Rahman memainkan peranan dalam mencapai kemerderkaan
Hasil rundingan di London, Tanah Melayu telah diberikan kemerdekaan pada Tahun 1957. Pengisytiharan darurat menyebabkan aktiviti politik di Tanah Melayu tergendala, terutamanya Parti Politik Berhaluan Kiri. Parti politik ini telah diharamkan oleh kerajaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM), Angkatan Wanita Sedar(AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf(API).
Pemimpin-pemimpinnya pula telah ditangkap dan dipenjarakan seperti Ahmad Boestaman dan Ishak Hj Muhammad.Terdapat juga parti-parti bersifat sederhana terpaksa dibubarkan akibat tekanan daripada pihak British. Namun kerajaan British masih membenarkan UMNO, MCA dan MIC meneruskan kegitan mereka.
Pada tahun1949, pemimpin-pemimpin orang Cina dalam Majlis Perundangan Persekutuan terutamanya Datuk Tan Cheng Lock telah memainkan peranan penting dalam menubuhkan Malayan Chinese Association (MCA) pada Tahun 1949 bertujuan membuktikan bahawa bukan semua orang Cina menyokong PKM. Penubuhan ini mengubah sikap orang Cina terhadap ideologi komunisme
Kesan Darurat Dari Segi Ekonomi.
Pelaksanaan undang-undang darurat seperti perintah berkurung amat menyusahkan hidup rakyat. Bekalan beras juga berkurangan kerana semakin banyak sawah ditinggalkan oleh petani.
Melalui undang-undang darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahja yang dianggap megancam keselamatan Negara atau bersubahat dengan komunis Sesiapa yang menyimpan senjata api tanpa permit akan dihukum bunuh
Ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina juga menjadi semakin serius. Orang Melyu menggangap semua orang Cina adalah komunis. Untuk mendapatkan sokongan daripada kedua-dua kaum ini bagi membanteras komunis, kerajaan telah melancarkan kempen "Kempen Memenangi Hati Dan Fikiran Rakyat" dan melonggarkan syarat-syarat untuk mendapatkan kerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1952. Langkah ini membolehkan seramai 1.2 juta orang cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu sehingga tahun 1957.
Dengan cara ini kerajaan dapat memenangi hati dan fikiran orang Cina agar menyokong kerajaan pada ketika itu
Kesan Darurat Dari Segi Ekonomi.
Bagi tujuan keselamatan untuk menghapuskan komunis kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 setiap hari. Sepanjang tempoh pengisytiharan darurat kerajaan membelanjakan sebanyak $136.2 juta untuk pertahanan dan sebanyak $721.9 juta untuk memperlengkapkan keselamatan.
Perbelanjaan ini telah menimbulkan beban kewangan sehingga tahun 1953. kedudukan kewangan ini telah menyukarkan kerajaan untuk membangunkan semula ekonomi
Pengganas komunis telah bertindak merosakkan landasan kereta api, jalan raya, lombong bijih timah dan menyerang kenderaan awam. Sabotaj ini dilakukan untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Perkara ini telah meyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat.
eadaan ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak berani melabur diTanah Melayu.
Terdapat banyak usaha dilakukan untuk membanteras darurat yang telah dijalankan oleh kerajaan British dan memberi kesan teruk terhadap ekonomi Tanah Melayu.
Rakyat hidup tertekan kerana tidak dapat menjalankan kegiatan ekonomi.
Rakyat menderita dan sengsara akibat keganasan komunis sepanjang darurat.
Kesimpulan
darurat yang diisytiharkan telah menyebabkan penduduk Tanah Melayu menghadapi pelbagai ancaman oleh komunis.
Perkara ini telah menyebabkan penduduk mengalami penderitaan hidup
Masalah perkauman juga sedikit sebanyak telah menganggu kegiatan ekonomi dan keselamatan negara dan kemudahan pendidikan juga tidak dapat dijalankan.