Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
S3S2:Nilaikan kepentingan prinsip Rukun Negara dalam usaha memupuk…
S3S2:Nilaikan kepentingan prinsip Rukun Negara dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
pendahuluan
-
Rukun Negara diperkenalkan selepas tercetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang mengancam keselamatan negara.
Ekoran peristiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan bagi mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundangan Negara bagi membincangkan isu perpaduan serta merangka ideologi negara.
Majlis Perundingan Negara telah mengemukakan ideologi yang dikenali sebagai Rukun Negara. Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 dan Rukun Negara mengandungi lima prinsip yang menjadi panduan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
Kepercayaan kepada Tuhan
Agama merupakan prinsip penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Semua rakyat Malaysia harus mengakui bahawa Tuhan melebihi sebarang kuasa lain. Islam yang dipilih sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia telah menjadi rujukan dan panduan keseluruhan umat manusia. Walau bagaimana pun, agama-agama lain boleh dianuti oleh rakyat.
Secara umumnya, seseorang yang patuh dan taat kepada ajaran agamanya mempunyai budi perkerti yang mulia serta sifat-sifat yang terpuji. Keteguhan imannya dan bersikap tolong menolong kepada orang yang susah tanpa mengira kaum.
Berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa rakyat Malaysia mempunyai sikap rendah diri dan sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan oleh Tuhan.
-
Keluhuran Perlembagaan
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara. Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia seharusnya patuh akan Perlembagaan supaya negara menjadi aman dan damai
alam konteks ini, tiada individu yang terkecuali daripada mematuhi Perlembagaan. Perlembagaan bertanggungjawab menjaga hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan negara
Sebagai contoh, seseorang tidak boleh mempersoalkan kesetiaan seseorang rakyat lain berdasarkan keturunan atau kaum. Pada hakikatnya, Perlembagaan menentukan bentuk pentadbiran serta melindungi hak asasi manusia secara keseluruhannya.
Kesimpulan
Tuntasnya, Rukun Negara merupakan ideologi yang mengukuhkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum. Hal ini penting bagi menjamin kesejahteraan hidup dan kepentingan bersama rakyat Malaysia.
Kedaulatan Undang-undang
Undang-undang dapat menjamin keadilan serta keamanan kerana setiap rakyat tertakluk pada perlaksanaan undang-undang.
Dengan kata lain, semua rakyat adalah sama di sisi undang-undang. Sesiapa yang melanggar undang-undang negara akan dihukum tanpa mengira bangsa dan kaumnya. Di Malaysia, undang-undang yang sedia ada memang cukup baik dan relevan dalam membendung masalah seperti jenayah,penipuan, penindasan dan sebagainya
eadaan ini dapat dibuktikan di mana kes-kes jenayah berada pada indek rendah berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini. Keadaan masih terkawal kerana setiap rakyat Malaysia memahami situasi ini, aspek keamanan dan keselamatan harus dipelihara selamanya.
Kesopanan dan kesusilaan
Pengamalan prinsp Kesopanan dan kesusilaan ini boleh membawa kepada perhubungan yang harmoni dalam masyarakat kita. Rakyat yang bersopan santun dan bertatasusila dapat membentuk masyarakat yang bersatu-padu.
Prinsip ini sangat penting untuk mewujudkan masyarakat yang menghormati dan menghargai kepentingan kaum lain. Sesuai dengan Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk, rakyat harus menghormati dan sling memahami adat resam dan nilai hidup kaum lain dan tidak menyinggung perasaan orang lain.