Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
bincangkan kesan-kesan darurat di tanah melayu antara tahun 1948 hingga…
bincangkan kesan-kesan darurat di tanah melayu antara tahun 1948 hingga tahun 1960.
pengenalan
Parti Komunis Malaya (PKM) di bawah pimpinan Chin Peng telah melancarkan pemberontakan bersenjata pada tahun 1948 yang bertujuan menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan sebuah Republik Komunis di Tanah Melayu. PKM bertindak sedemikian setelah gagal mengambil alih kuasa pemerintahan menerusi perjuangan secara berperlembagaan. Bagi membanteras pengaruh PKM dan mewujudkan semula keamanan, kerajaan British telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada Jun 1948. PKM telah diharamkan pada tahun 1948. Darurat merupakan satu tempoh penting yang telah meninggalkan kesan-kesan tertentu ke atas perkembangan politik, sosial dan ekonomi Tanah Melayu.
politik
mengharamkan PKM dan mengawal kegiatan Kesatuan-kesatuan Sekerja yang menganut ideologi komunisme. Manakala Kesatuan Sekerja yang tidak menganut fahaman komunisme diberikan latihan-latihan untuk membendung fahaman komunisme dalam kalangan penduduk Tanah Melayu.
menangkap pemimpin-pemimpin berhaluan kiri dan membubarkan parti-parti politik berhaluan kiri yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan British iaitu Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Malayan Democratic Union (MDU).
menggalakkan penubuhan parti-parti politik bersikap sederhana. Perkembangan ini membawa kepada penubuhan Malayan Chinese Associations (MCA), sebuah parti politik Cina. Pergerakan MCA dan UMNO dikawal oleh British supaya sentiasa mengikut panduan yang dikehendaki. Justeru, kedua-dua parti ini telah bergerak berhati-hati dan mengambil sikap bekerjasama dengan British dalam usaha membanteras kegiatan komunis di Tanah Melayu.
memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1951. Terdapat sembilan orang ahli bertaraf Menteri dalam Sistem Ahli ini. Mereka diberi tanggungjawab menjalankan tugas-tugas di beberapa jabatan kerajaan. Sistem Ahli telah memberi pengalaman dan latihan kepada pemimpin-pemimpin tempatan dari pelbagai kaum dalam hal-ehwal pentadbiran.
mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu. Menyedari rasa tidak puas hati penduduk Tanah Melayu dan sebagai usaha menghadapi ancaman komunis, kerajaan British telah mengambil beberapa langkah untuk mempercepatkan proses ke arah berkerajaan sendiri. Ini memberi ruang kepada para nasionalis tempatan menyusun bentuk kerajaan seperti mengadakan pilihanraya. Ekoran daripada itu, Pilihanraya Majlis Bandaran Pulau Pinang telah diadakan pada tahun 1951 dan Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada tahun berikutnya. Pilihanraya Kebangsaan yang pertama pula telah diadakan pada hun 1955. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan yang terdiri daripada gabungan UMNO-MCA MIC telah berjaya membentuk kerajaan dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan Seterusnya, langkah-langkah rundingan ke arah kemerdekaan telah diatur sehingga Tanah Melayu berjaya mencsnai kemerdekaan
sosial
darurat membawa banyak penderitaan kepada penduduk di Tanah Melayu. Mereka hidup dalam ketakutan kerana sering diganggu olch kominis. Tambahan pula, Undang-Undang Darurat menyebabkan ramai orang yang tidak bersalah telah ditangkap.
Joginder Singh Jessy dalam Sejarah Tanah Melayu menyatakan bahawa kesan daripada pengisytiharan darurat pada Jun 1948 malah timbul masalah perkauman yang semakin serius. Ini disebabkan pasukan tentera yang dibentuk oleh kerajaan untuk menentang komunis terdiri daripada orang Melayu. Sedangkan kebanyakan ahli komunis terdiri daripada orang Cina yang tinggal di pinggir-pinggir hutan Justeru, tercetus permusuhun dan sentimm perkauman antara orang Melayu dan Cina
1952, Gerald Templer telah membuat pindaan dalam syarat-syarat kewarganegaraan. Beliau berpendapat bahawa kesetiaan orang Cina mesti diperoleh sebagai satu cara untuk melemahkan PKM tahun 1952 hingga 1957, bilangan orang Cina yang mendapat taraf kewarganegaraan telah meningkat sehingga 1.2 juta orang berbanding 307,000 orang pada tahun 1952
British telah mengubah sistem pendidikan di Tanah Melayu bagi menyekat kerasukan dan perkembangan sistem pelajaran dari China dan India ke Tanah Melayu, Langkah ini bertujuan memupuk rasa taat setin orang Cina dan India kepada pemerintahan British di Tanah Melayu. British telah memperkenalkan skim latihan guru yang membolehkan beratus-ratus orang guru mendapat latihan khas di Liverpool, Bedford dan Birmingham supaya guru-guru ini tidak terikat dengan semangat kenegerian
pemimpin-pemimpin Melayu, Cina dan India iaitu Dato' Chan Jaafar, EEC Thuraisingham dan Tan Cheng Lock telah bersepakat menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Kaum pada 10 Januari 1949. Jawatankuasa ini bertujuan mengurangkan ketegangan kaum
Pelaksanaan Rancangan Briggs semasa darurat menyebabkan kemunculan Kampung-kampung Baru yang dibekalkan dengan kemudahan-kemudahan awam seperti balai polis, perhubungan dan kawalan keselamatan. Langkah ini bertujuan menyekat dan memutuskan rangkaian Min Yuen terutamanya dalam kalangan setinggan-setinggan Cina dengan komunis di pinggir-pinggir hutan.
merenggangkan hubungan antara kerajaan British dengan penduduk Tanah Melayu secara keseluruhannya. Ini adalah kesan daripada pemerintahan Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu (1952-1954). Templer sering bertindak tegas sehingga menyebabkan penduduk Tanah Melayu tidak mematuhi dasar pemerintahan British. A.H.Mill dalam bukunya British in Malaya menyatakan penduduk Tanah Melayu mula menentang British melalui pertubuhan-pertubuhan politik masing-masing.
ekonomi
Darurat menyebabkan segala rancangan pembangunan ekonomi terbantut. Ekonomi Tanah Melayu hanyal bergantung kepada sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah telah terjejas teruk. Tanah Melayu mengalami kemelesetan ekonomi, perdagangan antarabangsa terbantut dan rakyat hidup menderita.
Kerajaan menubuhkan RIDA (Rural Industrial Development Authority) pada tahun 1950 bertujuan memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutamanya orang Melayu, Dato' Onn bin Jaafar dilantik sebagai pengerusi pertama RIDA
keganasan komunis sepanjang darurat. Ladang, lombong dan balai polis menjadi sasaran kommunis, di samping terdapatnya serangan ke atas pegawai keselamatan dan orang awam. Perlaksanaan Undang-Undang Darurat telah mendatangkan kesukaran kepada penduduk untuk menjalankan aktiviti harian. Contohnya, kerajaan telah menguatkuasakan perintah berkurung di Perak. Selangor dan Pahang. Di bawah perintah berkurung, ackatan jalan raya dan catuan bekalan makanan telah dijalankan bagi menyekat pergerakan Min Yuen di pinggir hutan.
kesimpulan
Pemberontakan bersenjata PKM gagal mencapai matlamatnya. Pengaruh komunis semakin lemah selepas Rundingan Baling pada tahun 1955. Darurat ditamatkan pada tahun 1960. Darurat telah mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu. Darurat membuka ruang kepada orang Melayu bersatu sebagai persiapan ke arah berkerajaan sendiri dan mendapatkan kerjasama orang Cina dan India. Kompromi antara ketiga-ketiga kaum terbesar ini telah membentuk Parti Perikatan yang berjaya membentuk kerajaan. Seterusnya Tunku Abdul Rahman telah mengepalai usaha sehingga Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.