Kegiatan ekonomi komersial di Sabah dan Sarawak pada abad ke 19 banyak dipengaruhi oleh pihak Barat. Pihak Barat telah menggunakan penduduk tempatan untuk menjalankan kegiatan ini. Di Sabah, masyarakatnya yang terdiri daripada orang Bajau, Kadazandusun, Melayu Brunei dan Kadayan. Setiap kaum atau penduduk peribumi Sabah mengamalkan sistem ekonomi komersil yang pelbagai seperti pertanian, pembalakan dan perladangan. Di Sarawak pula, perkembangan ekonomi komersil yang pesat bermula sejak pemerintahan Charles Brooke. Ekonomi komersil di Sarawak yang penting ialah hasil-hasil pertanian yang terdiri daripada rempah ratus, sagu, di samping aktiviti perlombongan dan galian galian lain.