Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan kesan2 darurat di Tnh Melayu antara thn 1948 hingga thn 1960 -…
Bincangkan kesan2 darurat di Tnh Melayu antara thn 1948 hingga thn 1960
Pendahuluan
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, parti-parti politik mula ditubuhkan .
Pentadbiran Tentera Inggeris gagal memulihkan sosio-ekonomi rakyat yang menderita akibat kekejaman Jepun.
PKM mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu tetapi gagal, lalu bergerak secara militant.
1948 PKM melancarkan revolusi bersenjata bagi menggulingkan pemerintahan Inggeris dan menubuhkan Republik Tanah Melayu.
Keganasan PKM memaksa Inggeris mengisytiharkan darurat untuk mematahkan pemberontakan komunis di Tanah Melayu.
Isi 1 - Kesan politik
Pengharaman PKM mengakibatkan sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis di tangkap dan dipenjarakan tanpa pembicaraan
Pergerakan kesatuan Sekerja dikawal rapi supaya tidak mengadakan pakatan sulit dengan PKM dan bersubahat untuk mengadakan permogokan.
Inggeris bertindak keras terhadap parti politik berhaluan kiri yang terpengaruh dengan idea PKM.
Pemimpin politik berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan, pertubuhan mereka dibubarkan. Hanya parti politik sederhana dan pro-Inggeris dibenarkan bergerak seperti UMNO,MCA,MIC dan Parti Negara.
Kerajaan Inggeris mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu mencapai status berkerajaan sendiri.
Pilihanraya diadakan di George Town (Disember 1951 ) dan Kuala Lumpur 1952.
Isi 2 - Kesan Ekonomi
Kegiatan ekonomi terjejas dan pengeluaran hasil bumi terbantut akibat daripada orang ramai tidak mempunyai kebebasan untuk keluar mencari nafkah.
Dasar Bumi Hangus melumpuhkan ekonomi negara
Sistem pengangkutan darat dihentikan akibat sekatan jalan raya di kawasan yang menjadi sarang komunis.
Keganasan komunis telah melumpuhkan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara
Isi 3 - Kesan Sosial
Rakyat mengalami tekanan hidup akibat kehilangan kebebasan bergerak kerana dikenakan perintah berkurung terutamanya kawasan yang masih terdapat ancaman komunis.
Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan hidup – terpaksa mematuhi banyak peraturan keselamatan seperti arahan mewajibkan rakyat mendaftar dan mempunyai kad pengenalan.
Timbul masalah perkauman – peperangan menentang komunis dianggap sebagai peperangan orang Melayu dengan Cina kerana sebilangan besar ahli PKM terdiri daripada orang Cina sementara orang Melayu berkhidmat dalam pasukan bersenjata kerajaan.
Kerajaan mula memberi layanan terhadap beberapa tuntutan orang Cina terutama soal kerakyatan – bertujuan menarik mereka pro-kerajaan
Syarat kewarganegaraan dilonggarkan - kesannya 307,000 orang Cina diluluskan permohonan untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Antara 1952 -1957 1.2 juta orang Cina mendapat kerakyatan.
Banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah akibat pengisytiharan darurat termasuklah pegawai Tinggi Inggeris Sir Henry Gurney.
Kerajaan menghabiskan sejumlah besar wang untuk membenteras kegiatan komunis contoh; antara 1948 -1955 kerajaan mengeluarkan $150 juta untuk menumpaskan pergerakan komunis.
Pengenalan rancangan Briggs untuk mewujudkan kampung baru, penempatan semula setinggan menyebabkan kemudahan asas disalurkan ke kawasan tersebut. Ini menyebabkan orang Melayu yang banyak membantu kerajaan Inggeris melahirkan rasa tidak puas hati lalu menuntut pemulihan ekonomi.